1.1
PENGENALAN:
1.1.1
Konsep pemulihan
Program
pemulihan merupakan langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk membantu
murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas
3M (membaca, menulis dan mengira). Mereka patut dipulihkan sebaik sahaja
masalah yang dihadapi itu dapat dikesan dan ditentukan oleh guru bilik darjah
atau guru mata pelajaran dengan langkah-langkah yang berbeza bergantung kepada
jenis masalah.
Kamus
Dewan Edisi Keempat (2005: 1245,1246)
“Pulih” bermaksud kembali seperti biasa (keadaan semula).
“Pemulihan” bermaksud perbuatan memulihkan dan pengembalian kepada keadaan
semula. Dalam konteks ini konsep pemulihan merujuk kepada kanak-kanak yang
menghadapi masalah dalam pembelajaran.
Pembelajaran pemulihan biasanya dikaitkan dengan usaha untuk memperbaiki
sesuatu kekurangan atau memperbetul sesuatu.
Blair
(1956)
Pemulihan ialah program khas berbentuk tambahan bagi
memenuhi keperluan kanak-kanak yang
menghadapi masalah pembelajaran agar ketidakupayaan yang menghalangnya dapat
diatasi. Aktiviti pemulihan tertumpu
kepada penguasaan kemahiran.
O.
C. Simpson (1975)
Aktiviti pemulihan merupakan tindakan khas atau tindakan
khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami
kesulitan dari segi pembelajaran dalam kelas khas di sekolah biasa, di
pusat-pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dan dalam darjah untuk pengajaran pembelajaran
biasa.
Syarifah
Alawiah Alsagoff (1983)
Pemulihan ialah satu tindakan yang diambil untuk mengatasi
keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran
dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang diasingkan daripada
sekolah biasa dan dalam darjah untuk pengajaran pembelajaran biasa.
Menurut Ab. Rahman, et. al. (1997), dalam konteks Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), program pemulihan merupakan langkah-langkah
khas yang diusahakan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran
tertentu dalam menguasai kemahiran asas 3M (membaca, menulis, dan mengira). Mereka ini kemudiannya diberikan program
pemulihan sebaik-baik sahaja masalah mereka dapat dikesan dan dikenal pasti.
1.1.2 Rumusan Keseluruhan Konsep Pemulihan.
Pendidikan pemulihan ialah suatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran
alternatif untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah di dalam kelas.
Pelaksanaan program pemulihan ini bermatlamatkan supaya jurang perbezaan
pencapaian di antara murid dapat dikecilkan dan mereka dapat belajar
bersama-sama dalam suasana pembelajaran yang lebih baik di dalam kelas biasa.
1.1.3
Rasional Pendidikan Pemulihan.
·
Murid-murid
merupakan indidvidu-individu yang berbeza dari segi pengalaman, minat, dan
kebolehan. Perbezaan-perbezaan tersebut jika tidak diberi perhatian boleh
menjadi punca masalahh yang utama kepada kegagalan pencapaian objektif-objektif
pembelajaran yang telah ditetapkan.
·
Dalam Laporan
Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran yang telah
dikeluarkan, beberapa penetapan telah dibuat sebagai langkah untuk mengatasi
masalah-masalah yang terdapat dalam sistem persekolahan. Antaranya ialah :
·
Kenaikan darjah
secara automatik seperti yang berlaku
sekarang dikekalkan dan mereka yang lemah dalam bidang kemahiran tertentu
diberi pendidikan pemulihan.
·
Kurikulum yang
ada sekarang hendaklah disusun semula supaya dapat diubah suai bukan sahaja
untuk membolehkan murid-murid yang lemah mencapai kemahiran asas bahkan
membolehkan murid yang cerdas bertambah maju.
·
Keutamaan
hendaklah diberikan kepada usaha-usaha untuk membaiki dan meninggikan taraf
pendidikan di kawasan-kawasan yang mundur sejajar dengan dasar kerajaan.
·
Usaha untuk
merapatkan hubungan antara sekolah dengan masyarakat hendaklah dijalankan
dengan sepenuhnya melalui kegiatan-kegiatan PIBG.
·
Rancangan
Amalan Makanan dan Pemakanan dan Rancangan Makanan Tambahan diteruskan kerana
faedah-faedah yang diperoleh.
1.1.4
Matlamat Pendidikan Pemulihan
Antara matlamat utama program pemulihan ialah :
·
Membantu
murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran untuk menguasai kemahiran
tertentu.
·
Membantu
murid-murid membetulkan sikap yang negatif dan tingkah laku yang menjejaskan
pembelajaran.
·
Memupuk serta
mengembangkan keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.
1.1.5 Objektif Pendidikan Pemulihan
Program ini
bertujuan untuk membolehkan murid-murid :
·
Menguasai
kemahiran tertentu dengan mengikuti aktiviti-aktiviti yang dipilih dan
menggunakan bahan-bahan yang bersesuaian dengan kemampuan murid.
·
Mendapatkan
layanan dan kemudahan yang sesuai dengan keupayaan dan perkembangan mental individu.
·
Mengurangkan
beban masalah yang dihadapi oelh murid-murid yang lemah melalui bantuan guru
dan pihak yang berkenaan (pihak sekolah dan ibu bapa).
·
Mengembangkan
potensi dan minat mereka dalam pelajaran ke tahap yang lebih maju.
·
Memperoleh
serta mengukuhkan keyakinan diri dan sifat berdikari apabila berada dalam
kumpulan dan masyarakat.
·
Mendapat
peluang yang sama seperti rakan-rakan mereka dengan melibatkan diri dalam
aktiviti-aktiviti social di dalam dan di luar bilik darjah
·
Meneruskan
pelajaran dalam sistem persekolahan biasa atau sekolah khas yang bersesuaian
dengan keperluan masing-masing.
1.1.6 Kumpulan
Sasaran Pendidikan Pemulihan
Pendidikan
pemulihan diajalankan untuk menampung keperluan-keperlaun murid di dalam kelas
biasa yang menghadapi masalah-masalah berikut, bukan masalah kecacatan akal
atau terencat akal :
·
Masalah
pembelajaran:
·
Ketidaksesuaian
bahan dan teknik pengajaran guru
·
Sering tidak
hadir ke sekolah
·
Cuai
menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran
·
Leka dan lambat
·
Masalah-masalah
yang menghalang pembelajaran :
·
Masalah
peribadi
·
Masalah
psikologi
·
Kurang
kecerdasan iaitu lambat berfikir dan bertindak, cepat lupa, sukar memahami dan
lemah pengamatan.
1.1.7 Prinsip
Pendidikan Pemulihan
Terdapat
beberapa prinsip yang perlu dipatuhi dalam melaksanakan pendidikan pemulihan.
Antaranya ialah :
i) Menentukan objektif pendidikan pemulihan
Guru perlu mengetahui objektif yang hendak dicapai semasa
pendidikan pemulihan dijalankan bagi membantu murid-murid mengatasi masalah
pembelajaran, membimbing mereka mengubah sikap negatif dan tingkah laku yang
menghalang pembelajaran dan mewujudkan keyakinan dalam diri. Guru juga harus
memastikan aktiviti pengajarannya melibatkan deria rasa, penglihatan,
pengdengaran dan pertuturan.
ii) Menyusun strategi pendidikan pemulihan
Terdapat
beberapa cara dalam menyusun strategi
pendidikan pemulihan antaranya:
·
Mengenal pasti
murid-murid yang memerlukan pemulihan melalui ujian saringan, ujian diagnostik,
laporan guru dan sekolah serta maklum balas daripada temu duga yang dibuat
dengan ibu bapa.
·
Mengenal pasti
masalah pembelajaran yang dihadapi oleh
murid yang antaranya terdiri daripada masalah dalam kemahiran lisan (mendengar
dan bertutur), membaca dan menulis.
·
Mengenal pasti
punca-punca yang menjadikan murid-murid bermasalah dalam pembelajaran dari
aspek fizikal, intelek, emosi dan pembelajaran.
·
Merancang
pelbagai aktiviti untuk menolong murid lemah sama ada secara individu, kumpulan
kecil atau melalui rakan sebaya.
·
Membuat
penilaian untuk menentukan kemajuan yang bertujuan untuk mengekalkan pelajar
dalam kelas biasa atau dihantar ke kelas pemulihan.
·
Menjalinkan
hubungan mesra antara guru dengan murid dan murid dengan rakan sebayanya.
iii) Merancang dan menyusun aktiviti pendidikan pemulihan:
Dalam merancang
dan menyusun aktiviti pendidikan pemulihan terdapat beberapa kreteria yang
perlu diikuti antaranya:
·
Pemilihan dan
aktiviti hendaklah berdasarkan kebolehan murid.
·
Aktiviti
hendaklah menekankan penggunaan bahan pelbagai bentuk untuk membolehkan murid
menggunakan deria yang ada pada mereka.
·
Matlamat hasil
kerja daripada aktiviti hendaklah disampaikan dengan segera.
iv) Memilih pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai
Terdapat
pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik yang boleh digunakan dalam melaksanakan aktiviti
pemulihan. Antaranya :
·
Pendekatan
Deduktif
·
Pendekatan
Induktif
·
Pendekatan
Elektif
·
Kaedah
Komunikatif
·
Pendekatan Main
Sambil Belajar
·
Teknik
Bercerita
·
Teknik Latih
Tubi
·
Teknik Bersoal
Jawab
1.2 CARA MENGESAN MURID-MURID YANG BERMASALAH
PEMBELAJARAN.
Terdapat beberapa cara bagi mengesan murid yang bermasalah pembelajaran
antaranya ialah:
Pengesanan
Murid Bermasalah
i) Pemerhatian
·
Guru boleh
membuat pemerhatian secara tidak langsung dalam bilik darjah masing-masing.
Guru boleh memerhatikan wajah murid-muridnya sama ada berwajah ceria, takut,
sedih, takut, bingung dan sebagainya. Sekiranya wujud murid yang menunjukkan
wajah yang bermasalah, guru perlu mengenal pasti masalah mereka dengan lebih
teliti dengan membuat pemerhatian secara berterusan dan berulang kali serta
memerhatikan setiap perubahan yang berlaku.
ii) Pentafsiran rekod prestasi
·
Rekod prestasi
ialah rekod yang menyimpan maklumat tentang pencapaian akademik murid,
khususnya dari segi kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai pada sesuatu peringkat
pembelajaran secara berterusan. Tujuan utama penyimpanan rekod-rekod ini adalah
untuk membekalkan maklumat dan keterangan yang tepat dan lengkap tentang
pencapaian murid-murid dalam kelas.
iii) Rekod profil
·
Rekod profil
ialah rekod yang memberi maklumat tentang pencapaian murid-murid dalam semua
mata pelajaran yang diikuti di sekolah. Pencapaian ini ditunjukkan dengan
menggunakan markah dan gred. Rekod ini
mencatatkan prestasi murid-murid pada setiap penghujung semester. Biasanya
catatan dibuat pada awal tahun, pertengahan tahun dan akhir tahun atau mengikut
semester. Pencapaian daalm rekod ini berdasarkan satu ujian sumatif pada akhir
setiap semester. Rekod profil yang disarankan dalam KBSR dan KBSM adalah bentuk
senarai kemahiran, minat, bakat dan lain-lain yang tidak begitu formal
bentuknya. Segala maklumat tentang murid-murid haruslah didasarkan kepada
penilaian yang dibuat dalam bentuk pemerhatian yang dilakukan secara tidak
formal. Walau bagaimanapun, ujian kertas dan pensel yang biasanya dibuat secara
formal juga dilaksanakan.
iv) Ujian kertas dan pensel
·
Ujian bentuk
ini melibatkan penggunaan perkataan secara tidak langsung menguji penguasaan
bahasa murid. Ujian kertas dan pensel terdiri daripada ujian objektif dan ujian
subjektif. Ini bermakna dalam sesuatu ujian, soalan-soalan itu memerlukan murid
membaca, meneliti, mengkaji dan menulis jawapan.
v) Temu bual dengan guru darjah
·
Perbincangan
dengan guru darjah dapat member maklumat tentang seseorang murid yang hendak
dikenal pasti. Melalui temu bual dengan guru darjah atau guru mata pelajaran,
kita boleh mendapatkan maklumat-maklumat seperti rekod kedatangan, ketepatan
masa, pencapaian kerja akademik, ciri-ciri tingkah laku yang khusus dan
perbezaan-perbezaan individu dalam kalangan murid-murid yang lain.
Makluamt-maklumat ini dianalisis dan hasilnya akan dapat membantu guru mengesan
masalh pembelajaran murid.
vi) Temu bual dengan ibu bapa
·
Ibu bapa
seharusnya bekerjasama dengan guru untuk memberikan maklumat tentang masalah
pembelajaran murid, terutamanya murid Tahun Satu. Melalui temu bual dengan ibu
bapa, guru dapat mengetahui banyak maklumat
contohnya tentang latar belakang keluarga, aspek kesihatan, pemakanan,
kemudahan pembelajaran dan kemudahan asas yang lain di rumah. Dengan adanya
maklumat ini, guru dapat mengenal pasti punca-punca masalah pembelajaran murid
dan dapat merangka suatu perancangan yang berkesan untuk membantu murid-murid
bermasalah.
1.3 PROGRAM PEMULIHAN DI SEKOLAH
Konsep
pendidikan pemulihan di sekolah dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu :
1.
Pendidikan pemulihan kelas biasa
·
Pendidikan
pemulihan kelas biasa dirancang dan dilaksanakan oleh guru mata pelajaran,
khususnya guru bahasa Pendidikan Islam. Objektifnya adalah untuk mengatasi
kelemahan murid-murid menguasai kemahiran yang diajar dalam setiap
pembelajaran. Waktu memulihkan murid-murid berkenaan adalah secara berterusan
sepanjang pengajaran-pembelajaran dan diteruskan selepas tamat waktu mengajar
pada hari biasa
2.
Pemulihan bagi program kajian tindakan
·
Kelas pemulihan
bagi program kajian tindakan difokuskan kepada murid-murid yang akan mengambil
peperiksaan khususnya Ujian Pencapaian Tahap Satu dan Ujian Penilaian Sekolah
Rendah (UPSR). Program ini dilaksanakn berasaskan masalah yang dihadapi oleh
murid yang mungkin menjelaskan pencapaian yang baik dalam ujian penilaian.
3.
Kelas pemulihan khas
·
Kelas pemuliahn
khas merupakan kelas yang diwujudkan khusus untuk mengatasi masalah murid-murid
yang lemah dalam penguasaan kemahiran asas, khususnya 3M. Kelas ini
dikendalikan oleh seseorang guru khas yang terlatih. Murid-murid daripada
pelbagai perbezaan umur tetapi menghadapi masalah yang sama dikelompokkan dalam
satu kelas untuk memudahkan pengajaran-pembelajaran.
Kenal pasti dan
menganalisis:
·
Murid
bermasalah melalui pemerhatian dan keputusan ujian;
·
Masalah
pembelajaran yang dihadapi oleh murid melalui Ujian Saringan dan
Diagnostik;
·
Punca masalah dari
aspek fizikal, intelek, dan emosi yang mengganggu
pembelajaran.
·
Merancang
aktiviti pemulihan yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi.
·
Menyediakan
bahan pengajaran dan pembelajaran.
·
Melaksanakan
aktiviti pemulihan yang telah dirancang.
·
Membuat penilaian
untuk menentukan kemajuan yang telah dicapai.
·
Menjalankan
tindakan susulan seperti memindahkan semula murid berkenaan ke dalam kumpulan
murid yang biasa atau merancang semula aktiviti pemulihan yang baru sekiranya
murid berkenaan belum pulih.
Kemahiran
Lisan
Kemahiran lisan terdiri daripada dua
aspek penting iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Bagi menguasai
kemahiran lisan, kanak-kanak perlulah menguasai kedua-dua aspek ini dengan baik
terlebih dahulu. Kanak-kanak yang mahir dalam bahasa lisan akan dapat
melahirkan perasaan dan pendapat dengan baik, dan akan lebih yakin untuk
berinteraksi dengan orang lain dalam apa jua situasi. Lisan adalah pertuturan
atau percakapan. Apabila seseorang bertutur, ia bukan hanya melibatkan
kemahiran bertutur sahaja tetapi juga melibatkan kemahiran mendengar. Ini
bermakna kemahiran lisan merangkumi dua kemahiran penting iaitu mendengar dan
bertutur. Bagi menguasai kemahiran lisan dengan baik, seseorang itu perlu
menguasai kedua-dua kemahiran ini. Sebagai contoh, kanak-kanak yang mengalami
masalah pendengaran akan mengalami masalah pertuturan juga. Malah bagi kes
masalah pendengaran yang teruk (pekak), kanak-kanak tersebut tidak dapat
bertutur langsung atau dikatakan sebagai bisu.
Apabila diteliti perkembangan bahasa
kanak-kanak, ianya bermula daripada proses mendengar terlebih dahulu dan
diikuti dengan meniru atau mengajuk bunyi-bunyi yang didengar dan seterusnya
bercakap. Lambang-lambang tulisan hanya diperkenalkan apabila kanak-kanak sudah
biasa dengan bahasa dan boleh bertutur dengan baik ( Kamarudin Hj. Husin,
1988). Kemahiran berbahasa juga merupakan satu kemahiran atau kecekapan seseorang untuk menerima dan
mentafsir maklumat melalu pendengaran, pertuturan, pembacaan dan penulisan.
Lazimnya seseorang yang mahir berbahasa ialah orang yang pendengaran dan
pertuturannya baik. Kemahiran mendengar pula bolehlah ditakrifkan sebagai satu
proses yang melibatkan dua peringkat kemahiran iaitu menerima dan membezakan
bunyi dan memahami bunyi bahasa yang bermakna seperti perkataan, frasa dan
ayat. Pemahaman tentang bunyi bahasa itu bergantung kepada pengetahuan,
pengalaman budaya dan sikap pendengar. Untuk memahami bahasa, seseorang itu
perlu mempunyai tiga unsur iaitu pengatahuan sedia ada pada pendengar, pengetahuan
tentang situasi berlaku pertuturan yang didengar dan pengetahuan tentang sistem
bahasa.
Apabila ketiga-tiga unsur ini ada,
maka seseorang itu akan memahami bunyi bahasa yang didengar dengan lebih
senang. Proses mendengar adalah satu proses yang aktif. Si pendengar mesti
mengenal pasti dan mengetahui makna bunyi bahasa. Selain itu, pendengar juga
memilih dan menyimpan apa yang difahami dalam ingatannya. Ini menunjukkan
mendengar
adalah suatu proses yang aktif kerana berlaku tindak balas selepas mendengar.
Kemahiran
bertutur boleh ditakrif kan sebagai satu proses komunikasi yang kompleks yang
melibatkan proses mental yang merangsang alat pertuturan untuk mengeluarkan
bunyi bahasa yang bermakna. bagi menguatkan maksud pertuturan, seseorang perlu
menggunakan unsur linguistik seperti intonasi, nada, tekanan, sebutan dan jeda
yang sesuai.
Bertutur merupakan satu cara
berkomunikasi yang paling tua, paling mudah dan murah serta cepat untuk
dipelajari. Lazimnya kedua-dua kemahiran mendengar dan bertutur ini saling
memerlukan. Jika salah satunya tidak dapat dikuasai seperti kecacatan alat
pendengaran, maka seseorang itu tidak akan dapat bertutur.
Kemahiran Mendengar
Mendengar
adalah kemahiran awal yang dikuasai oleh kanak-kanak dalam perkembangan pemerolehan
bahasanya. Lundsteen (1979) telah mendefinisikan mendengar sebagai satu proses
minda yang memberi makna kepada bahasa pertuturan. Berdasarkan definisi
mendengar ini, Jalongo (1992) menyatakan bahwa kemahiran lisan melibatkan tiga
perkara penting, iaitu;
i. Pendengaran (Hearing) – iaitu proses
fisiologikal yang merangkumi ketajaman pendengaran atau keupayaan mendengar,
dan persepsi pendengaran iaitu keupayaan untuk membezakan bunyi-bunyi, mengadun
bunyi-bunyi, dan menyimpan urutan bunyi dalam ingatan,
ii. Mendengar (Listening) - merupakan
bentuk tingkah laku persepsi iaitu memberi tumpuan, menjadi peka, dan memilih
petunjuk-petunjuk isyarat (cues) daripada persekitaran,
iii. ”Auding” - iaitu tingkah laku pemahaman yang
bermula daripada pendengaran dan mendengar. Auding termasuklah memperoleh makna
daripada apa yang diudengar, menghubungkan bunyi sesuatu yang sudah diketahui,
menyusun, membayangkan, dan menghargai apa yang didengar.
Kepentingan Kemahiran Mendengar
Kemahiran
mendengar sangat penting dalam kehiduipan kerana kemahiran mendengar adalah
asas kepada proses komunikasi. Interaksi dua hala akan terganggu berlaku
apabila salah seorang gagal mendengar dengan baik. Kemahiran mendengar adalah
kebolehan bahasa yang mula-mula sekali bagi kanak-kanak. Sebaik sahaja organ
pendengaran kanak-kanak sudah terbentuk di dalam kandungan ibu mereka sudah
mula mendengar. Bayi yang baru lahir akan bertindak balas terhadap bunyi-bunyi
yang berbeza di sekitarnya, dan mereka akan ditenteramkan oleh bunyi-bunyi yang
biasa didengarnya ketika dalam kandungan ibunya. Lebih dari itu, mendengar
adalah asas kepada kemahiran bahasa yang lain iaitu bertutur, membaca, dan
menulis.
Keduanya,
mendengar adalah kemahiran bahasa yang paling kerap digunakan oleh manusia.
Lundsteen (1979) membuat persamaan berikut untuk menegaskan kepentingan
mendengar, iaitu dalam sehari kita mendengar sama banyak dengan sebuah buku,
kita bertutur bersamaan sebuah buku seminggu, kita membaca bersamaan sebuah
buku sebulan kita menulis bersamaan sebuah buku setahun. Di sebalik
kepentingannya, kemahiran mendengar adalah kemahiran yang diabaikan. Proses
pengajaran dan pembelajaran di kelas sangat kurang menitikberatkan kemahiran
ini dan guru lebih tertumpu kepada mengajar kemahiran membaca dan menulis.
Keperluan Mendengar
Abd.Aziz
Talib (2000) menyatakan bahawa keperluan mendengar berbeza mengikut situasi
sama ada berbentuk tidak formal atau formal. Kemahiran mendengar dalam situasi
tidak formal berlaku di rumah, di taman permainan, ketika bermain dengan rakan
dan sebagainya. Walaupun secara tidak formal, keperluan mendengar sangat
penting kerana kanak-kanak perlu mendengar dan memahami percakapan ibu bapa dan
ahli keluarganya yang lain. Begitu juga apabila dia perlu mendengar untuk
berhibur seperti mendengar radio, atau menonton televisyen. Keperluan mendengar
di sekolah bercorak formal, iaitu bahan-bahan yang didengar adalah bercorak
akademik. Selain itu, aktiviti lain seperti syarahan, pidato, kuiz, dan
sebagainya menjadikan kemahiran mendengar lebih penting lagi. Keperluan
mendengar sama ada bersifat formal atau tidak formal dapat dilihat dari segi
tujuankita mendengar.
Abd. Aziz Talib (2000) memberikan tiga tujuan
kita mendengar, iaitu:
i. mendengar
dalam interaksi sosial seperti berbual dan bermesyuarat,
ii. mendengar
untuk mendapatkan hiburan seperti mendengar radio,menonton televisyen, atau
filem, dan
iii. mendengar
untuk mendapatkan maklumat atau pengetahuan seperti di dalam kelas, mendengar
ceramah dan sebagainya.
Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kemahiran Mendengar
Terdapat
beberapa faktor yang mempengaruhi kemahiran mendengar. Antaranya ialah faktor
fizikal. Kanak-kanak normal mempunyai deria pendengaran yang semula jadi sejak
ia dilahirkan. Peringkat kemahiran ini berbeza antara seseorang. Ada yang
mempunyai pendengaran yang tajam dan ada yang sebaliknya walaupun mereka tidak
tergolong dalam cacat pendengaran.
Faktor yang kedua ialah faktor
jantina. Terdapat perbezaan kemahiran antara mendengar antara kanak-kanak
lelaki dan perempuan, misalnya kanak-kanak lelaki yang berumur antara 7-9 tahun
lebih lemah kefahaman mendengar berbanding dengan kanak-kanak perempuan yang
sebaya dengannya.
Faktor yang ketiga ialah status
sosio ekonomi. Latar belakang keluarga, termasuk kemudahan di rumah dan interaksi
antara ahli-ahli keluarga mempengaruhi kebolehan mendengar kanak-kanak. Latar
belakang keluarga juga boleh mempengaruhi emosi kanak-kanak. Kanak-kanak yang
terganggu emosinya tidak akan dapat memberi tumpuan sepenuhnya
terhadap apa
yang didengar.
Fakor yang keempat ialah faktor
bunyi. Semasa mendengar biasanya seseorang itu diganggu oleh pelbagai jenis
bunyi seperti bunyi bising yang boleh mempengaruhi kebolehan mendengarnya.
Faktor
yang kelima dan terakhir ialah faktor mental. Kemahiran mendengar berkait rapat
dengan daya pemikiran seseorang kerana sesuatu yang didengar melalui deria
telinga akan melalui proses mental untuk mendapat tindak balas. Tahap pemikiran
kanak-kanak akan mempengaruhi kecekapan mereka mendengar.
Halangan Dalam Menguasai Kemahiran Mendengar
Terdapat
beberapa halangan dalam menguasai kemahiran mendengar. Halangan-halangan ini
mungkin disebabkan oleh beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan. Antara
halangan dalam menguasai kemahiran mendengar
ialah kekeliruan dalam membezakan bunyi.
Murid-murid
sepatutnya mempunyai kemahiran dalam menentukan persamaan dan perbezaan bunyi
yang didengar dan seterusnya dapat memberi makna terhadap apa yang didengar.
Kekeliruan dalam membezakan bunyi akan menyebabkan pelajar tidak dapat memahami
makna perkataan yang sebenar tentang apa yang terkandung dalam ayat.
Halangan yang kedua
ialah kelemahan dalam memahami apa yang didengar. Jika
seorang murid
tidak memahami perkara yang didengarnya, ini akan menyukarkannya untuk membuat
tindakan terhadap perkara tersebut. Pelajar yang lemah, terutamanya yang tidak
memahami penggunaan penanda wacana yang menjadi wahana penting dalam membentuk
kesinambungan
ayat akan menghadapi masalah untuk mengaitkan apa yang didengar dengan makna
keseluruhan ayat.
Halangan yang ketiga
ialah tidak cekap dalam memproses maklumat. Pendengar yang aktif mempunyai
reaksi terhadap apa yang mereka dengar. Maklumat yang didengar akan diproses
dan disimpan untuk digunakan kembali. Contohnya seperti semasa murid-murid
mendengar pesanan guru supaya pesanan tersebut disampaikan kembali kepada
beberapa orang kawan mereka yang tidak datang ke sekolah.
Halangan yang keempat
ialah pertuturan yang terlalu cepat. Pertuturan yang terlalu cepat ini akan
menimbulkan masalah kepada pelajar untuk mentafsirkan makna dan maklumat yang
hendak disampaikan. Komplikasi ini menyebabkan murid-murid sukar untuk memahami
sepenuhnya
makna berdasarkan ujaran yang didengar.
Halangan yang seterusnya ialah gaya pertuturan. Gaya
pertuturan juga boleh mempengaruhi kemahiran mendengar, sebutan, tekanan dan
intonasi. Penggunaan ciri-ciri suprasegmental yang kurang jelas semasa
pembelajaran juga boleh mempengaruhi gaya pertuturan seseorang. Salah satu cara
untuk mengatasinya adalah dengan menggunakan Bahasa Melayu baku ketika
bertutur. Selain itu para penyampai maklumat terutamanya guru
wajar merancang langkah-langkah yang sesuai bagi
mengatasi kemungkinan masalah kemahiran mendengar. Antara perancangan yang
harus dibuat ialah pemilihan bahan.
Cara Meningkatkan Kemahiran Mendengar.
Terdapat
beberapa cara untuk meningkatkan kemahiran mendengar ini. Antaranya adalah :
1) Memandang
kepada pengucap
2) Berprasangka
baik
3) Niat yang
betul
4) Tumpuan yang
tinggi
5) Perhatikan
apa yang ditulis
6) Fokus apa
yang ditunjuk
7) Latih diri
banyak mendengar dari bertutur.
Kegiatan
pembelajaran yang sesuai dijalankan oleh guru untuk meningkatkan kemahiran
mendengar dalam kalangan pelajar:
a. Mendengar
rakaman kaset yang mengandungi pelbagai jenis pertuturan seperti perbualan, ucapan,
cerita, drama, dan juga pelafazan puisi.
b. Mendengar
lagu Melayu yang tema dan bahasanya sesuai dengan perkembangan mental dan emosi
pelajar.
c. Pertandingan
kuiz di mana pelajar dilatih untuk mendengar soalan yang dibacakan oleh guru
serta memberi jawapan yang betul.
d. Menjalankan
permainan bahasa yang dapat meningkatkan kemahiran mendengar dalam kalangan
pelajar.
Pengalaman
mendengar boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu mendengar bunyi percakapan
(bahasa) dan bukan percakapan. Berikut ialah jenis gerak kerja yang boleh
dijalankan dalam pelajaran Pendidikan Islam :
i.) Mendengar
bunyi alamiah.
- Mengecam bunyi biasa seperti bunyi kenderaan, binatang dan
lain-lain secara berasingan atau dalam satu turutan bunyi, secara jelas atau
digangguioleh bunyi latar belakang.
- Mendengar dan mengingat semula satu turutan bunyi yang biasa
dan jarang didengar.
- Mencari bunyi yang sengaja dihilangkan dalam sesuatu konteks
pendengaran.
- Mencari bunyi yang tidak sesuai dalam sesuatu konteks
tertentu.
- Memikirkan satu turutan peristiwa berdasarkan satu turutan
bunyi yang diberi.
- Memanjangkan arah dan jarak bunyi secara berasingan dan juga
bersama-sama dengan bunyi lain.
ii.) Kefahaman
mendengar (percakapan)
- Mendengar, mengingati dan menyebut semula kenyataan.
- Mendengar. Mengingati dan melakukan arahan dengan teliti.
- Mendengar dan encuba mencari kelainan dan persamaan bunyi.
- Mendengar dan mencari isi atau butir utama dalam sesuatu
cerita, laporan, perbahasa, ceramah dan perbualan.
- Mendengar dan mencari suatu butiran terperinci yang
dinyatakan terlebih dahulu ataupun tidak.
- Mendengar dan membuat jangkaan daripada sesuatu cerita,
kenyataan, pendapat dan sebagainya.
- Mendengar untuk mencari bahan berkaitan ataupun tidak.
- Mendengar dan memahami tafsiran tentang pendapat seseorang.
- Mendengar dan menilai sesuatu kenyataan.
- Mendengar dan membincangkan cerita atau laporan melalui
pengingatan.
- Mendengar sesuatu perbualan, kemudian menjangka keadaan,
perasaan dan ragam penuturnya.
- Mendengar perbualan dan menjangkakan perhubungan antara
penutur.
- Mendengar dan mencari perkara yang bercanggahan dalam
sesuatu perbalahan pendapat.
Kesimpulannya, seseorang kanak-kanak yang telah
menguasai kemahiran mendengar seharusnya dapat mendengar denga baik apa saja
yang dituturkan oleh orang lain kepadanya. Sehubungan dengan itu, untuk
memungkinkan seseorang murid itu fasih berkomunikasi dalam bahasa yang
dipelajarinya,kemahiran mendengar ini tidak sahaja perlu diajar, bahkan perlu
dikuasai sebaik-baiknya diperingkat awal pengajaran bahasa sebelum kemahiran
lain diajar kepada mereka. Dalam usaha merealisasikan hasrat ini, aspek-aspek
pendengaran itu boleh dikonsepsikan dengan pelbagai cara iaitu gabungan bunyi
bahasa yang didengar, difahami dan diingati, proses yang berlaku dipengaruhi aspek
fizikal, psikologi dan neurologi, berlaku melalui latihan-latihan khas secara
berperingkat-peringkat dan berpusatkan idea utama, hujah, bukti dan estetika.
Kemahiran Bertutur
Bertutur
adalah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat sebutan
(artikulator) ,ia merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana berbahasa
manusia ( Kamarudin Hj. Husin, 1978). Kemahiran bertutur dikuasai oleh
kanak-kanak hasil daripada meniru atau mengajuk pertuturan orang dewasa di
sekelilingnya. Rangsangan dan ganjaran yang diterimanya akan menggalakkannya
mengulang-ulang perkataan yang disebutnya sehingalah ia dapat menguasai
pertuturan yang lebih kompleks. Apabila kemahiran bertutur sudah dikuasai,
kanak-kanak akan mula berinteraksi dengan orang lain di sekelilingya. Sebab
itulah orang dewasa perlu menunjukkan model pertuturan yang baik kepada
kanak-kanak bagi membolehkan mereka bertutur dengan berkesan.
Dalam
ilmu linguistik, bahasa diungkapkan dengan sempurna melalui pertuturan. Hal ini
demikian dalam bahasa tulisan, aspek sebutan seperti intonasi, rentak ,
tekanan, jeda dan persediaan tidak dapat digambarkan dengan jelas. Namun
demikian, ini tidak bermakna guru bahasa mengajarkan penguasaan audio-lingual
sahaja. Pernyataan tadi memberi
implikasi bahawa menghurai bahan bertulis dengan tidak mengetahui
pola-pola bahasa seperti yang terdapat dalam pertuturan itu, sebenarnya tidak
lengkap dan tidak sempurna sifatnya.
Tujuan Bertutur.
Bertutur atau bercakap merupakan suatu kemahiran bahasa.
Dalam komunikasi lisan terdapat dua pihak, iaitu penutur sebagai penghantar
komunikasi lisan dan pendengar sebagai penerima komunikasi lisan.Terdapat
beberapa tujuan bertutur iaitu :
i. Bercakap
untuk tujuan memaklumkan -
Bercakap bertujuan memaklumkan orang lain tentang sesuatu
perkara yang mungkin berbentuk nasihat, tunjuki ajar dan berita. Bagi profesion
tertentu, terdapat orang yang tugasnya memeberitahu atau memaklumkan kepada
orang lain tentang sesuatu, misalnya, guru atau pengajar dan jurujual
ii. Bercakap
untuk keseronokkan
·
Di mana-mana
sahaja kita pergi dan apa pun yang kita buat, kita suka bercakap atau berbual
dengan orang lain. Biasanya, bercakap atau bersembang dengan orang lain memang
menyeronokkan kita, terutama apabila kita berhimpun atau berkumpul dalam
sesuatu majlis keramaian seperti majlis perkahwinan dan majlis kenduri.
·
Dalam keadaan
seperti di atas, banyak yang berlaku adalah perbualan sosial, kadangkala kita
diminta atau dijemput untuk memberi sedikit ucapan secara spontan yang
berkaitan dengan sesuatu majlis.
iii. Bercakap
untuk tujuan mempengaruhi.
Bercakap untuk memengaruhi orang lain merupakan perkara
biasa dalam kehidupan manusia dan merupakan asam garam dalam perhubungan harian
sama ada dari segi sosial, politik, ekonomi dan agama. Sebagai contoh, ahli
politik yang berkempen semasa pilihan raya bertujuan untuk mempengaruhi rakyat,
begitu juga pendakwah agama, peniaga dan sebagainya. Malahan, kadangkala kita
bercakap kerana kita berasa amat perlu mempengaruhi orang lain sama ada untuk
kebaikan orang itu atau diri kita sendiri, atau untuk kebaikkan kedua- duanya.
iv. Bercakap
untuk tujuan menyelesaikan masalah
Tiada manusia yang boleh lari daripada masalah. Oleh yang
demikian, apabila timbul masalah, perkara tersebut perlu diatasi atau
diselesaikan. Masalah itu boleh jadi pada pada peringkat individu, keluarga,
sekolah, institusi, pejabat, negeri atau negara.Walau pada peringkat apa pun
masalah tersebut, kita perlu bercakap untuk menyelesaikan sebarang masalah,
kesulitan dan sebagainya. Oleh yang demikian, kita mengadakan mesyuarat,
perbincangan , perundingan, simposium, forum, debat dan perbicaraan, misalnya
perbicaraan di mahkamah, iaitu perbicaraan yang berbentuk perdebatan antara
peguam bela dengan peguam cara yang dihakimi oleh para juri dan tuan hakim.
Tetapi semua pihak perlu bercakap (termasuk orang yang dikatakan bersalah dan
saksi-saksi). Matlamatnya adalah untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang
timbul melalui perbicaraan tersebut. Pada asasnya cara untuk menyelesaikan
masalah itu adalah dengan bercakap melalui perbicaraan mahkamah yang melibatkan
peguam.
Aspek-aspek Pertuturan
(a)
Sebutan: Dalam aspek sebutan murid-murid diajar mengenal dan
membunyikan setiap huruf, suku kata, perkataan, frasa kata dan ayat. Dalam
hal ini, murid-murid diajar menyebut dan membunyikan suku kata dan
perkataan dengan jelas dan tepat mengikut kaedah bunyi, sebutan dan
maknanya. Aspek ini penting, terutamanya melibatkan perkataan yang
mempunyai ejaan yang sama tetapi kaedah sebutan dan makna yang berlainan
seperti semak, boleh dibunyikan sebagai /semak/ dan /sǝmak/ dan
seumpamanya;
(b) Tekanan: Tekanan merujuk kepada cara dan
bagaimana penutur menyebut dan memberi tekanan kepada sama ada suku kata,
perkataan atau rangkai kata tertentu bagi tujuan menegaskan sama ada keras
atau lembutnya sesuatu pengucapan;
(c) Mora (panjang-pendek): Mora atau
panjang-pendek merupakan kadar (dalam bahasa Arab disebut ‘harakat’),
tidak begitu membezakan makna dalam bahasa Melayu;
(d) Jeda (persendian): Unsur ini merujuk kepada
aspek persendian – memisahkan elemen-elemen linguistik dalam perkataan, rangkai
kata atau ayat. Dalam ayat, jeda digunakan sebagai hentian sementara yang boleh
membezakan makna jika unsur ini digunakan. Misalnya ungkapan, ‘jangan tembak,’
jika tidak menggunakan jeda bermaksud larangan melepaskan tembakkan, sebaliknya
jika jeda digunakan, ‘jangan/tembak,’ bermaksud menangguhkan seketika dan
kemudiannya melepaskan tembakkan!
(e) Intonasi: Intonasi merujuk kepada kedaan
sama ada dilafazkan secara menurun atau menaik sesuatu. Intonasi dalam ayat
sama ada menaik, menurun atau mendatar berbeza-beza mengikut jenis ayat.
Misalnya, ayat tanya biasanya mempunyai intonasi menaik, manakala ayat penyata
mempunyai intonasi menurun di hujung ayat.
(f) Nada: Nada merujuk kepada keadaan bunyi sama
ada menaik atau menurun ketika sesuatu perkataan itu disebut. Dalam muzik
misalnya terdapat lapan nada: Do, Re, Mi, Fa, So, La, Ti dan Do – setiap nada
mewakili satu suku kata. Pun demikian dalam bahasa Melayu, nada tidak bersifat
fonemik berbanding dengan bahasa Cina, kewujudannya lebih jelas.
(g) Tatabahasa: Aspek tatabahasa merujuk kepada
aturan, formula, kaedah dan tatacara menentukan hukum dalam berbahasa –
meliputi bidang fonologi, sintaksis dan semantik. Aspek tatabahasa dalam
pertuturan kerap kali tidak diberatkan berbanding dalam aktiviti penulisan.
Walau bagaimanapun untuk memperoleh kebiasaan yang baik dan kesan yang mendalam
dalam pengucapan, aspek tatabahasa perlu diguna pakai sebaik-baiknya;
(h) Kelancaran: Aspek kelancaran menegaskan
perihal dan keupayaan murid bertutur dengan baik, teratur dan kemas tanpa
gangguan/tersekat. Ini banyak dipengaruhi dan ditentukan oleh tahap penguasaan
dan kecekapan berbahasa dalam kalangan murid-murid.
(i) Kefasihan: Aspek kefasihan menentukan bukan
sahaja murid boleh bertutur dengan baik, lancar dan berkesan, sebaliknya boleh
membunyikan kata atau menyebut perkataan dalam ayat dengan jelas, betul dan
betul;
(j) Laras bahasa: Aspek laras bahasa dalam
konteks ini menegaskan kemahiran murid-murid menggunakan bahasa dalam
konteks yang situasi, keadaan dan disiplin ilmu berlainan. Ini penting bagi
tujuan mempastikan murid-murid boleh berkomunikasi secara berkesan.
Terdapat pelbagai jenis aktiviti yang diklasifikasikan sebagai aktiviti bertutur iaitu seperti berikut
1.Berbual
2.Berceramah
3.Bercerita
4.Berpidato
5.Berpuisi
6. Berbincang
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pertuturan
Terdapat
beberapa faktor yang mempengaruhi pertuturan seseorang individu. Antaranya
adalah seperti berikut :
·
Umur - Umur seseorang dapat membezakan pertuturan.
Kanak-kanak bertutur secara pelat dan tidak lancar manakala orang dewasa pula
dapat bertutur dengan lancar dan butir-butir pertuturan dapat difahami dengan
jelas.
·
Alam sekeliling
- Alam sekeliling atau sesebuah kawasan dapat mempengaruhi pertuturan seseorang
individu ini kerana setiap kawasan yang berbeza mempunyai dialek kawasan
masing-masing. Sebagai contoh, pelajar yang tinggal di Kelantan akan bertutur
dalam dialek Kelantan kerana sejak kecil mereka telah diajar dan diasuh dengan
dialek kawasan tersebut. Biasanya faktor taraf sosioekonomi dan perhubungan
keluarga boleh mempengaruhi perkembangan bahasa kanak-kanak.
·
Fizikal - Pertuturan
biasanya terhasil daripada organ-organ vokal manusia. Jika secara fizikalnya
didapati organ-organ ini rosak atau tidak dapat berfungsi dengan baik, maka
sudah pasti kanak-kanak itu tidak dapat bertutur dengan baik. Kecacatan fizikal
dapat mempengaruhi pertuturan sesorang. Hal ini kerana, jika seseorang individu
itu mengalami kecacatan di bahagian mulut atau hidung, mereka tidak dapat
bertutur dengan baik dan kadangkala perkataan yang dituturkan sukar difahami
oleh orang lain.
·
Jantina - Jantina
yang berbeza dapat mempengaruhi pertuturan. Lelaki kebiasaannya bertutur dengan
suara yang kasar atau parau manakala perempuan pula akan bertutur dengan sopan
dan lemah lembut. Melalui kajian yang dijalankan, didapati kanak-kanak
perempuan terlebih dahulu dapat bercakap berbanding kanak-kanak lelaki. Hal ini
disebabkan oleh perkembangan jasmani kanak-kanak perempuan yang berkaitan
dengan urat saraf pertuturan mereka yang berlaku lebih cepat berbanding
kanak-kanak lelaki.
·
Kesihatan - Kesihatan
amat penting untuk mendapatkan pertuturan yang baik dan lancar. Jika seseorang
individu itu menghadapi masalah kesihatan, pertuturan mereka tidak jelas dan
tidak dapat menyampaikan maksud yang ingin dinyatakan . sebagai contoh, pesakit
strok atau angin ahmar, mereka tidak dapat bertutur dengar lancar dan baik
kerana kesihatan mereka amat lemah dan sukar untuk bercakap. Hal ini akan
menyebabkabkan halangan dalam komunikasi. Selain itu, jika seorang kanak-kanak
mendapat sakit yang berlanjutan ketika masih kecil, penguasaan bahasa mereka
akan terganggu. Biasanya kanak-kanak yang lemah dan sakit tidak mempunyai
kekuatan untuk berfikir dan bercakap.
·
Kecerdasan - Kecerdasan
pula melibatkan proses minda. Setiap orang mempunyai kecerdasan otak
masing-masing. Kecerdasan seseorang dapat dibezakan melalui pertuturan mereka.
Sesorang yang cerdas dapat mengeluarkan idea atau pendapat yang bernas serta
dapat menyelesaikan sesuatu masalah dengan cepat dan betul. Sekiranya seseorang
itu bertutur tanpa apa -apa maklumat yang ingin disampaikan, mereka digolongkan
dalam kalangan orang yang kurang cerdas.
Cara Meningkatkan Kemahiran Bertutur
Terdapat
berbagai teknik dan cara serta aktiviti yang boleh dilakukan untuk meningkatkan
kemahiran bertutur murid dan di samping itu menjadikan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran menjadi sesuatu yang menyeronokkan. Berdasarkan hakikat ini, maka,
eloklah guru memilih aktiviti pengajaran untuk tujuan tersebut seperti cadangan
yang berikut:
a.
Aktiviti
bercakap untuk keseronokkan
1. Murid menyampaikan cerita.
2. Murid menyampaikan lawak atau jenaka.
3. Murid menyampaikan sajak atau sebagainya.
4. Murid menyanyi.
5. Dua orang murid berbual (melalui telefon). Guru boleh
menyuruh dua orang murid berlakon atau berbual seolah-olah mereka sudah lama
berkenalan atau baru sahaja berjumpa dan ingin berkenalan.
6. Murid berucap dalam majlis hari jadi atau majlis perpisahan
seseorang kawan atau guru.
7. Murid mengucapkan selamat datang kepada rakan baru dalam
kelas atau guru baru yang datang mengajar di kelas mereka.
8. Murid menyampaikan pidato orang kenamaan. Misalnya, pidato
yang pernah dibacakan oleh Tuanku Abdul Rahman Putra al-Haj pada 31 Ogos 1957.
b.
Aktiviti
bercakap untuk memaklumkan.
1. Murid membaca berita dalam radio atau televisyen.
2. Murid membuat demonstrasi di hadapan kawan- kawannya di
dalam kelas tentang cara membuat sesuatu, misalnya, cara menggunakan kamera ,
atau cara memasak sesuatu masakan.
3. Murid membuat pengumuman tentang aktiviti yang berlaku di
sekolah , misalnya, tentang rancangan atau jadual kokurikulum.
4. Murid memberi taklimat tentang rancangan atau program yang
berkaitan dengan sesuatu projek sekolah, lawatan, strategi permainan dalam
perlawanan bola sepak, ragbi, bola jaring atau bola keranjang.
5. Murid membuat laporan secara lisan tentang lawatan, aktiviti
kelab atau persatuan di sekolah.
6. Murid membentangkan secara lisan hasil bacaan atau temu duga
yang dijalankan berkaitan dengan sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru.
Aktiviti ini adalah kerja kumpulan. Untuk menjalankannya, murid-murid
dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan diberikan tugas oleh guru
untuk mencari bahan yang berkaitan dengan subtajuk dalam sesuatu karangan atau
esei.
c.
Aktiviti
bercakap untuk mempengaruhi.
1. Murid bercakap dalam aktiviti perbahasan (debat) sama ada
sebagai pencadang atau pembangkang.
2. Murid berkempen untuk menjadi wakil kelas, ketua darjah atau
ketua murid.
3. Murid berucap atau berkempen bagi mendapatkan ahli baru
untuk sesuatu persatuan yang diwakilinya di sekolah.
4. Simulasi murid berkempen untuk mempengaruhi orang supaya membeli
atau mencuba sesuatu barang baru dalam pasaran, misalnya, barang elektrik,
sabun pencuci, berus gigi, pencuci pinggan mangkuk atau penyedut habuk.
d.
Aktiviti
bercakap untuk tujuan menyelesaikan masalah.
1. Murid berbincang untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Masalah yang dipilih oleh guru eloklah yang berkaitan dengan kehidupan murid di
sekolah atau di rumah. Misalnya, tentang kes kecurian buku atau wang di bilik
darjah, kebersihan kantin, kes murid merosakkan harta benda sekolah atau
mencalarkan kereta guru.
2. Murid bermesyuarat atau berbincang tentang bagaimana hendak
mengumpulkan wang melalui aktiviti di sekolah untuk mendapatkan wang bagi
membina dewan sekolah, membeli bas sekolah, membesarkan perpustakaan dan
sebagainya.Dalam hal ini guru bahasa perlu mengatur, mengajar, mengawas,
membimbing, menegur dan membetulkan murid dalam menjalankan atau mengambil
bahagian dalam mesyuarat, perbincangan atau forum adalah terhad.
3. Simulasi murid menjadi hakim, peguam bela atau pendakwa
dalam sesuatu perbicaraan. Kes yang dibicarakan biarlah yang boleh menarik
minat dan menyeronokkan murid. Amat baik sekiranya guru mengadakan simulasi
perbicaraan yang menyerupai mahkamah dengan menjadikan kelas itu sebagai
mahkamah. Selain berlakon sebagai hakim, peguam bela, pendakwa dan orang yang
dituduh atau didakwa, murid- murid lain boleh disuruh berlakon sebagai saksi,
pegawai polis dan juri.
4. Simulasi runding cara antara dua atau tiga murid, dengan
seorang daripada mereka menjadi guru pembimbing, dan yang lain berlakon sebagai
murid yang mempunyai masalah pembelajaran. Mereka bercakap dan berunding
tentang masalah tersebut dan mencari jalan untuk mengatasinya.
5. Simulasi murid yang bergaduh dan murid ketiga berlakon
sebagai orang ketiga yang cuba mendamaikan atau menyelesaikan perselisihan
faham tersebut dengan cara berunding supaya kedu- duanya berbaik semula.
6. Simulasi parlimen bersidang. Murid-murid dibahagikan kepada
dua kumpulan iaitu parti pembangkang dan parti pemerintah. Guru atau ketua
darjah boleh menjadi Tuan Pengerusi (Tuan Yang Dipertua). Isu yang dibincangkan
mungkin masalah pendatang haram atau masalah penyalahgunaan dadah.
Pengelolaan Bilik Darjah
·
Murid
ditempatkan pada kedudukan ia boleh mendengar/melihat dengan baik bagi
mengelakkan dia tidak menyedari bahawa anda sedang bercakap/berkomunikasi
dengannya
·
Murid duduk di
mana ia boleh melihat wajah,bibir dan isyarat tangan guru dengan jelas
·
Pastikan mereka
boleh melihat wajah rakan di antara satu sama lain
·
Pastikan mereka
berada dalam keadaan penuh perhatian sebelum memberi arahan atau pengajaran
·
Guru hendaklah
menghadap kelas semasa bercakap/berisyarat
·
Gunakan suara
yang biasa tetapi terang/isyarat yang tepat
·
Gunakan
ayat-ayat dan rangkai kata
·
Gunakan kod
isyarat yang biasa digunakan dan difahami
·
Sentiasa menghadap
cahaya semasa mengajar
·
Jangan halang
mulut/tangan dengan sebarang objek semasa bercakap/berkomunikasi atau membaca
·
Berdiri pada
satu tempat sahaja semasa bercakap/berisyarat
·
Galakan
murid-murid bertanya
·
Jika murid
kurang faham tukarkan struktur ayat kepada yang lebih mudah difahami
·
Gunakan alat
pandang dengar atau BBM semaksimum mungkin semasa mengajar
·
Perkataan baru
yang digunakan dicatatkan pada satu sudut di papan hitam
·
Tuliskan
maknanya
·
Tuliskan contoh
ayat bagi perkataan berkenaan
·
Ringkasan isi pengajaran-buat
edaran sebelum pengajaran
·
Isi penting
dicatatkan pada satu sudut di papan hitam untuk rujukan
·
Galakan tumpuan
sepenuhnya yang berterusan semasa mengajar
PROGRAM PENGAYAAN
Konsep Pengayaan
Pengayaan ialah
aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas pembelajaran yang
dijalankan sama ada dalam atau luar waktu sekolah. Pengayaan mengandugi
unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran
yang sedang dipelajari. Melalui aktiviti-aktiviti ini murid mengembangkan
potensi mereka sesuai dengan bakat, minat dan kreativiti. Di samping itu dapat
memupuk sifat ingin tahu, sikap berdikari, kepimpinan serta melibatkan diri
dalam membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan dan masyarakat.
·
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 693)
“Pengayaan” sebagai “perihal
(usaha, proses, dsb) mengayakan, misalnya mengayakan atau meluaskan kosa kata”.
Pengayaan merupakan aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang
dilakukan sama ada semasa sesi persekolahan atau di luar waktu persekolahan.
·
Mok Soon Sang (1990: 55)
Aktiviti pengayaan
disediakan untuk semua murid di dalam kelas, sama ada di peringkat sekolah
rendah, menengah, sama ada dalam kumpulan cerdas, sederhana, atau lambat.
Menurutnya lagi, melalui aktiviti pengayaan, murid-murid akan dapat memperluas
pengalaman dan pengetahuan sejajar dengan kebolehan dan minat mereka dalam
sesuatu bidang pelajaran tertentu. Justeru, tujuan program pengayaan adalah
untuk memperluas pengetahuan dan pengalaman di samping memperkukuh kemahiran
yang sedang dipelajari. Penglibatan murid-muird dalam aktiviti ini membolehkan
mereka mengembangkan lagi sifat ingin tahu, minat, kreativiti, sikap berdikari
dan bakat kepimpinan serta melibatkan diri dalam membuat sesuatu keputusan
untuk diri sendiri, kumpulan, dan masyarakat.
Rasional Pengayaan
·
Guru akan
mengelaskan murid mereka dengan kumpulan-kumpulan sama ada secara diketahui umum
ataupun hanya diketahui oleh guru sendiri sahaja.
·
Dibahagikan kepada kumpulan cerdas, kumpulan sederhana
dan kumpulan lambat.
·
Kumpulan cerdas
dan kumpulan sederhana akan bosan terhadap pelajaran kerana aktiviti
pembelajaran tidak sejajar dengan minat dan perkembangan mental mereka
·
Berpeluang
menikmati pelbagi pengalaman, seterusnya menimbulkan minat mereka dalam proses
pembelajaran.
Objektif Pengayaan
·
Menggunakan
kemahiran-kemahiran yang telah dikuasai dalam pelajaran biasa untuk
memperluaskan pengalaman dan pengetahuan mereka dalam pelajaran-pelajaran
tertentu.
·
Menjalani
aktiviti-aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk mempertingkatkan
pencapaian mereka.
·
Menggunakan
masa lapang untuk memperkembangkan minat dan bakat mereka.
·
Memupuk tabiat
membaca malalui suatu program membaca dalam bentuk pengayaan dengan tujuan
memperolehi ilmu pengetahuan.
·
Menyemai sifat
berdikari dan minat belajar dalam aktiviti pembelajaran dan seterusnya
membolehkan merekan terus mencari ilmu pengetahuan sendiri dalam seumur hidup.
·
Memperkembangkan
bakat-bakat ciptaan serta keupayaan menilai sesuatu hasil kerja mereka melalui
aktiviti-aktiviti pengayaan seperti kerja projek, lukisan, ukiran, binaan dan
sebagainya.
·
Memperkembangkan
bakat kepimpinan kepada peringkat yang lebih tinggi melalui cara kumpulan
mengikut pelbagai kebolehan.
Jenis-Jenis Pengayaan
Aktiviti
pengayaan boleh dikelaskan kepada dua jenis:
·
Pengayaan
mendatar
·
Pengayaan
menegak
1. Pengayaan Mendatar
·
Pengayaan
mendatar merupakan aktiviti pengayaan berdasarkan kebolehan murid-murid dalam
sesuatu kumpulan. Aktiviti pengayaan dilaksanakan berdasarkan kepada tahap
pencapaian murid.
·
Murid-murid
dalam kumpulan lambat diberi aktiviti pengayaan yang lebih mudah dan kurang
mencabar daripada aktiviti pengayaan yang diberi kepada kumpulan sederhana dan
cerdas.
2. Pengayaan Menegak
·
Pengayaan
menegak merupakan aktiviti pengayaan berdasarkan minat dan bakat murid dalam
kumpulan cerdas sahaja. Aktiviti pengayaan akan dirancang dan dilaksanakan
dalam bentuk yang lebih kompleks, mencabar dan dalam peringkat yang lebih
tinggi daripada taraf pencapaian murid darjah biasa.
Jenis –jenis Pengayaan
Prinsip program pengayaan
Prinsip program pengayaan terbahagi kepada enam yang
digambarkan seperti di bawah;
·
1. Memberi penekanan kepada aktiviti yang bersifat
kreatif dan eksperimental.
·
2. Membuat
kerja sendiri dan hasilan kendiri.
·
3. Menggunakan daya usaha sendiri.
·
4. Memberi peluang untuk mengembangkan sifat kepimpinan
sosial.
·
5. Menggunakan kaedah dan organisasi yang mudah ubah.
·
6. Melibatkan pembacaan luas.
Strategi Pelaksanaan Aktiviti Pengayaan.
·
Aktiviti
Pengayaan Kumpulan Mengikut Kebolehan.
§ Kelas dibahagikan kepada tiga kumpulan: cerdas, sederhana
dan lambat. Setiap kumpulan menjalankan aktiviti pengayaan dengan menggunakan kemahiran yang sama tetapi kadar
kesukaran yang berbeza
·
Aktiviti
Pengayaan berjalan serentak dengan aktiviti pemulihan.
§ Semasa murid-murid cerdas dan sederhana menjalankan aktiviti
pengayaan, murid-murid lambat menjalankan aktiviti pemulihan. Arahan yang
diberikan kepada kumpulan cerdas dan sederhana perlu jelas agar mereka dapat
menjalankan aktiviti pengayaan secara individu tanpa bimbingan guru. Guru boleh
memberi perhatian atau membantu murid-murid lambat menjalani aktiviti pemulihan.
·
Aktiviti
Pengayaan melalui kumpulan pelbagai kebolehan
§ Murid-murid cerdas akan dilatih membantu murid-murid lambat
menjalankan aktiviti pengayaan yang disediakan Murid-murid cerdas dapat
menambahkan pengalaman memimpin dan memupuk semangat kerjasama antara murid
dalam kumpulan masing-masing. Cara ini amat sesuai untuk menjalankan pelbagai
aktiviti yang berlainan dalam masa yang sama. Antara aktiviti yang boleh
dilaksanakan ialah: kerja projek, permainan dan rekreasi dan sebagainya.
Pengelolaan
Aktiviti Pengayaan
Objektif
·
Aktiviti pengayaan harus diberikan kepada semua peringkat
murid dalam bilik darjah, peringkat cerdas, sederhana dan lambat. Memandangkan
kebolehan tiap-tiap kumpulan adalah berbeza, maka objektif aktiviti pengayaan
haruslah berlainan mengikut kesesuaian dan kebolehan serta taraf pencapaian
kumpulan masing-masing.
Bidang
·
Memandangkan
kebolehan dan taraf pencapaian adalah berbeza, maka aktiviti pengayan haruslah
berlainan.
·
Murid-murid
dalam kumpulan cerdas dan sederhana diberikan aktiviti pengayaan yang lebih
kompleks dan mencabar. Bagi kumpulan yang lambat, aktiviti yang lebih mudah
tetapi menarik.
Masa
·
Setiap hari;
20-30 minit.
·
Selepas
murid-murid menguasai sesuatu atau beberapa kemahiran.
·
Selepas
murid-murid menguasai semua kemahiran dalam sesuatu unit pembelajaran.
Aktiviti
·
Aktiviti
pengayaan haruslah dijalankan secara tidak formal. Segala aktiviti pengayaan
haruslah secara bersendirian atau secara kumpulan.
·
Bagi aktiviti
kumpulan, guru boleh menyuruh murid yang cerdas membimbing murid-murid dalam
kumpulannya atau kumpulan lambat. Cara ini memberikan peluang kepada murid yang
cerdas menambah pengalaman dan mengasah bakat kepimpinan mereka.
·
Corak aktiviti
haruslah menarik, mencabar bdan sesuai dengan kebolehan, minat dan bakat murid.
·
Selepas
aktiviti pengayaan selesai dijalankan, guru boleh berbincang dengan murid-murid
mengenai dengan hasil aktiviti mereka serta memberikan penghargaan sebagai
galakan.
BAHAN
Bahan yang
biasanya digunakan untuk aktiviti pengayaan;
* Kad-kad bacaan tambahan, lembaran kerja dan
alat-alat bantu mengajar.
* Bahan-bahan pengajaran haruslah mengandungi
arahan atau penerangan yang jelas supaya
murid boleh menjalankannya tanpa banyak
bergantung daripada tunjuk ajar guru.
RUANG / TEMPAT
·
Penyusunan meja
dan kerusi murid adalah berdasarkan kepada aktiviti kumpulan. Biasanya kumpulan
dibahagikan kepada tiga iaitu kumpulan cerdas, sederhana dan lambat. Tiap-tiap
kumpulan mempunyai bilangan murid yang berbeza, biasanya kumpulan sederhana
lebih ramai dariapada kumpulan yang lain.
·
Murid-murid
dalam sesuatu kumpulan tidaklah semestinya kekal dalam kumpulan itu. Mereka
boleh dipindahkan mengikut kemajuan mereka dalam sesuatu mata pelajaran.
AKTIVITI PENGAYAAN
Aktiviti
pengayaan biasanya terbahagi kepada 3 iaitu bacaan tambahan,kerja- kerja projek
dan permainan & rekreasi:
Bacaan Tambahan
* Kad-kad bacaan mengikut tajuk dan tema
* Buku pengetahuan dan cerita kanak-kanak
* Majalah pelajar
* Surat khabat / keratan
* Risalah-risalah
Kerja – kerja Projek
* Lawatan
* Melapor Peristiwa
* Menulis Cerita
* Membuat Zoo Mini Sekolah
* Mengumpul setem, gambar, keratan akhbar –
Buku Skrap
* Mengadakan pameran bilik darjah
* Minggu Bahasa [ Kuiz, Teka Silang Kata ]
Permainan & Rekreasi.
·
Teka Silang
Kata
·
Teka Benda
·
Teka Teki
·
Mencari Jalan
Keluar
·
Menyambung
Titik
·
Mencari tajuk
kepada sesuatu gambar /cerita
·
Mencari benda
tersembunyi
·
Meneka bunyi
·
Dam
·
Catur
·
Sahiba
·
Bingo
·
Ular dan Tangga
·
Jigsaw Puzzle
·
Bermain bentuk
geometri
PELAKSANAAN AKTIVITI PENGAYAAN
Aktiviti-aktiviti
pengayaan boleh dilaksanakan:
1. Dalam masa yang telah ditentukan
setiap hari.
2. Selepas menjalankan aktiviti-aktiviti
asas untuk sesuatu kemahiran
3. Selepas menguasai sesuatu kemahiran
atau sekumpulan kemahiran
4. Selepas menguasai semua kemahiran
dalam sesuatu unit pembelajaran
BAHAN – BAHAN UNTUK AKTIVITI PENGAYAAN
Biasanya bahan
– bahan untuk aktiviti pengayaan terbahagi kepada 3 bentuk seperti:
Ciri – ciri Bahan Pengayaan
·
Dapat mengukuh
dan meningkatkan penggunan bahasa seperti penguasaan empat kemahiran berbahasa
iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
·
Mempunyai
rangsangan dan bahan yang menarik.
·
Memberi peluang
kepada pelajar untuk berinteraksi antara pelajar dengan pelajar, pelajar dengan
guru dan tindak balas pelajar dengan bahan.
·
Dapat
merangsang pelajar bertidak balas secara aktif dan positif.
·
Melibatkan
pelajar secara aktif sama ada dalam kumpulan atau kelas.
·
Mempunyai
arahan dan peraturan yang jelas.
·
Mencabar dan
menggalakkan pelajar untuk berfikir secara rasional dan kritis.
·
Permainan
bahasa menyediakan aktiviti ke arah memupuk sikap-sikap positif seperti
bekerjasama,berdisiplin, dan berkepimpinan di kalangan pelajar.
KEPENTINGAN AKTIVITI PEMULIHAN
·
Kematangan
mental pelajar rendah.
Pelajar yang di kesan untuk pemulihan adalah terdiri
daripada pelajar – Pelajar yang lembap di mana mereka kurang berkebolehan dalam
memahami pelajaran dan membina konsep. Mereka ini juga tidak mahir membaca dan
kelemahan inilah yang menyebabkan pencapaian mereka menjadi lemah.
·
Kematangan
emosi yang berkurangan.
Kawalan dan seliaan guru amat penting bagi pelajar pemulihan
di mana mereka perlukan perhatian yang lebih untuk berjaya. Kedatangan mereka
kesekolah adalah kerana ada tekanan dan kecewa oleh sikap ibubapa. Pelajar ini
akan keliru dan tidak tahu apakah punca masalah mereka.
·
Pergaulan
Sosial yang tidak matang.
Pelajar pemulihan kurang bergaul di sekolah dan j uga di
rumah sehingga menjadikan mereka kurang berpengalaman dalam pengurusan hidup
dan tidak suka berkerjasama dalam aktiviti kumpulan.
·
Kecacatan
fizikal tubuh badan.
Tubuh badan pelajar – pelajar pemulihan biasanya mempunyai
masalah kesihatan, mereka memiliki mata yang rabun, kabur, tidak dapat
mendengar dengan jelas dan yang lebih teruknya cacat anggota tubuh badan.
·
Psikologi yang
lemah.
Keupayaan pelajar pemulihan amat terbatas dari segi tumpuan
dan ingatan, keadaan ini turut melemahkan tahap proses menggambarkan dan
pengamatan. Mereka juga tiada kreativiti dan kemahiran di dalam menyelesaikan
masalah.
KEPENTINGAN AKTIVITI PENGAYAAN
·
Membolehkan
murid menjalani aktiviti-aktiviti yang lebih mencabar
·
Menambahkan
minat dan pengalaman yang boleh membantu kebolehan mereka Menambahkan sifat ingin
tahu arah perkembangan diri dan bakat mereka
·
Meningkatkan
semangat berdikari
·
Meningkatkan
kemahiran berfikir pembelajaran
·
Memantapkan
pengetahuan dan kemahiran yang telah dikuasai oleh murid
·
Meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran murid dalam unit pembelajaran yang sama.
·
Lebih mencabar
dan boleh dijalankan oleh murid secara terarah kendiri.
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulanya pendidikan
pemulihan suatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran alternatif untuk membantu
murid – murid yang menghadapi masalah di dalam kelas.Ianya bertujuan untuk
mengecilkan jurang perbezaan pencapaian di kalangan murid – murid di dalam
kelas dan mereka dapat belajar bersama –sama dalam suasana pembelajaran yang
lebih baik di dalam kelas biasa.
Manakala program pengayaan pula
merupakan satu aktiviti yang banyak membantu untuk cekap dan menguasai sesuatu
pembelajaran dengan lebih bermakna.Jika aktiviti pengayaan ini di jalankan
dengan cara yang berkesan,murid akan dapat banyak manfaatnya.Ini kerana mereka
bukan sahaja didedahkan dengan pelbagai bahan dan aktiviti yang dapat
mengukuhkan pengetahuan sedia ada mereka
malah mereka juga didedahkan dengan pelbagai pengetahuan baharu yang boleh
meningkatkan rasa minat dan lebih bermotivasi untuk belajar.
RUJUKAN
7. Mok Soon
Sang,(2003). Siri Pendidikan Perguruan. Ilmu Pendidikan untuk KPLI(Sekolah
Rendah: Komponen1&2, Psikologi
Pendidikan dan Pedagogi). Kumpulan BudimanSdn.Bhd
. Subang Jaya.
8. Pusat
Perkembangan Kurikulum.(1997),Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran, Kementerian Pendidikan
Malaysia, KualaLumpur
Testimoni dari Seorang Makcik
yang sudah 10 Tahun Menderita sakit Urat Saraf, bila kami menyarankan
untuk mengamalkan Kapsul "PENAWAR RAJA SARAF" tak habis 1 botol yang
mengandungi 20 set botol kecil. insyaa Allah semua jadi kembali Normal
Alhamdulillah. (KLIK GAMBAR UNTUK VIDEO MAKCIK INI)
No comments:
Post a Comment