Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif
(KBKK) adalah merupakan salah satu konsep yang diperkenalkan dalam situasi
Pembelajaran Bestari. Ianya
bertujuan untuk menggalakkan pelajar-pelajar berfikir dalam menentukan sesuatu
cadangan atau jawapan. Beberapa
alat pemikir (thinking tools) digunakan sebagai panduan kepada
guru-guru dalam mengendalikan pembelajaran
dalam kelas.
Definisi
yang sesuai untuk kemahiran berfikir masih dipertikaikan kerana kebanyakan
tokoh mempunyai pendapat yang berbeza-beza. Walaupun tafsiran tentang pemikiran
itu berbeza-beza, namun secara amnya kebanyakan tokoh pemikir bersetuju bahawa
pemikiran dapat dikaitkan dengan proses menggunakan minda untuk membuat
keputusan dan menyelesaikan masalah. Dapatlah dirumuskan bahawa,Pemikiran ialah
proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu,
menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang
wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat
refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialami.
Kemahiran berfikir secara
Kreatif
Menurut Woolfolk (1998), kretiviti adalah pemikiran
imaginati, baru dan asli apabila menyelesaikan masalah atau menghassilkan
produk baru. Kemahiran berfikir secara kreatif juga dapat dirumuskan sebagai
kecekapan atau keupayaan menggunakan minda menerokai pelbagai kemungkinan menghasilkan
sesuatu yang baru, asli dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea
atau gagasan. Kemahiran kreatif dikaitkan dengan otak bahagian kanan atau
hemisfera kanan. Kesimpulannya kreativiti ialah keupayaan menghasilakan atau
mencipta sesuatu objek atau idea yang baru, asli dan unik. Antara contoh
kemahiran berfikir secara kreatif termasuklah:
·
Menjana
dan menghasilakan idea yang pelbagai
·
Mencipta
analogi
·
Mencipta
metafora
Kemahiran berfikir secara
Kritis
Perkataan critical berasal daripada perkataan kritikos
yang beerti menyoal bagi mempertingkatkan pengetahuan. Perkataan kritikal
dicipta bagi istilah mengelak berlakunya kesilapan, kekeliruan dan
andaian-andaian yang kurang tepat. Dalam hal ini kemahiran berfikir secara
kritis boleh dimaksudkan sebagai kecekapan dan keupayaan minda menilai
kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, menganalisis atau meneliti
kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang
wajar menggunakan alasan dan bukti yang munasabah. Kemahiran berfikir secara
kreatif juga akan memperluaskan idea dan memperkembangkan imiginasi.
Contoh-contoh kemahiran berfikir secara kritis adalah seperti yang berikut:
·
Membanding
dan membezakan
·
Membuat
kategori
·
Meneliti
bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan
·
Membuat
sekuens
·
Menerangkan
sebab
·
Membuat
ramalan
·
Mengusul
periksa andaian
·
Membuat
infrens
·
Mengesahkan
sumber maklumat
KBKK dalam Pendidikan Islam
Bagi subjek Sirah Nabawiyah contohnya, murid boleh
membincangkan bagaimana starategi peperangan yang diatur oleh Rasulullah SAW
dan para sahabat dari sudut logik, hikmah serta memahami latar belakang
perancangan tersebut secara holistik dan mendalam. Pelajar juga boleh
memikirkan pengaplikasian pengajaran yang diperolehi daripada sirah Nabi untuk
di gunapakai pada hari ini.
Seterusnya bagi subtopik Akhlak, program ini menjadi
keperluan kritikal kerana banyak situasi dunia luar daripada bilik darjah yang
memerlukan kepada kemahiran berfikir kritis ini. Sebagai contoh dalam bab
bergaul dengan keluarga. Pelajar diajar untuk memahami punca masalah dan
seterusnya mencadangkan tindakan-tindakan yang boleh diambil. Maka apabila
perkara tersebut benar-benar terjadi, pelajar mampu berfkikir, mencari jalan
penyelesaian yang terbaik dan bertindak secara rasional.
Subtopik Ibadah, pelajar boleh didedahkan dengan
permasalahan dalam ibadah. Kesannya pelajar boleh mengaplikasikan ilmu teori
atau konsep yang dipelajari ke dalam situasi kehidupan. Sebagai contoh tajuk
Solat Jama’ dan Qasar dalam sukatan
pelajaran tahun 5, yang membolehkan musafir yang bermusafir sejauh 90 kilometer
boleh mengabungkan dua waktu solat. Apabila situasi ini terjadi dalam
kehidupan, ianya boleh diaplikasikan dan secara tidak langsung mendedahkan
pelajar dengan kemahiran berijtihad dalam islam.
Bagi pendidikan Aqidah pula, cara ini boleh dijalankan ke
atas topik yang melibatkan pencarian dalil-dalil akal tentang kewujudan Allah,
sifat-sifat Allah-Al Wahid, Ar-Rahman dan sebagainya serta dalil kewujudan
Malaikat. Pelajar boleh membincangkan bukti-bukti kewujudan tersebut selain
daripada yang terdapat dalam silibus.
PRODUK SUAMI TAHAN LAMA. MENDAYUNG LEBIH 30 MINIT DENGAN PRODUK BUATAN MELAYU, MUSLIM, MALAYSIA.TAHAN LAMA ISTERI GEMBIRA
(KLIK GAMBAR DI BAWAH)
(KLIK GAMBAR DI BAWAH)
KEJUTKAN ISTERI ANDA DENGAN SAIZ ZAKAR LUAR BIASA HEBAT??
(KLIK GAMBAR DI BAWAH)
(KLIK GAMBAR DI BAWAH)
No comments:
Post a Comment