Search This Blog

Sunday, March 24, 2013

Operasi Matematik

 
 1.0.DEFINISI MATEMATIK 
 Matematik selalunya didefinisikan sebagai pembelajaran kajian mengenai corak struktur, perubahan dan ruang atau dengan kata lain, kajian mengenai nombor dan gambar rajah. Matematik juga ialah penyiasatan aksiomatik yang menerangkan struktur abstrak menggunakan logik dan symbol matematik. Matematik dilihat sebagai lanjutan mudah kepada bahasa perbualan dan penulisan,dengan kosa kata dan tatabahasa yang sangat jelas untuk menghurai dan mendalami hubungan fizikal dan konsep. Matematik juga adalah badan ilmu berpusat pada konsep-konsep ibarat kuantiti,ruang dan perubahan dan disiplin kajian-kajian ilmiah berkaitan dengannya. Ia berkembang melalui penggunaan pemujaradan dan penaakulan logik,daripada membilang, pengiraan, pengukuran dan kajian bentuk-bentuk dan pergerakan objek-objek fizikal. Ahli-ahli matematik meneroka konsep-konsep tersebut bertujuan untuk merumuskan tekaan-tekaan(kemungkinan)baru dan mengwujudkan kebenaran mereka secara penyuntingan ketat yang dipilih melalui aksiom dan takrif-takrif yang sesuai. Disamping itu, kemahiran penyelesaian masalah matematik dalam kehidupan seharian dapat merangsang perkembangan intelek seseorang individu itu. Ia meningkatjan lagi perkembangan kognitif dalam perkembangan seseorang supaya lebih cepat untuk menyelesaikan masalah yang sering berlaku dalam kehidupan. Ianya ialah satu bidang ilmu yang mengkaji kuantiti, struktur, ruang dan perubahan. Ahli matematik mencari pola, memformulasikan konjektur yang baru, dan menghasilkan fakta dengan deduksi rapi dari aksiom dan definisi yang dipilih dengan baik Terdapat percanggahan pendapat samada objek matematik seperti nombor wujud secara semula jadi, ataupun hasil ciptaan manusia. Ahli matematik Benjamin Peirce menggelar matematik sebagai "sains yang memberi kesimpulan yang sewajarnya". Albert Einstein sebaliknya menyatakan "selagi hukum matematik itu merujuk kepada realiti, maka ia tidak pasti, dan selagi ia pasti, ia tidak merujuk kepada realiti. Dengan penggunaan pengabstrakan dan penaakulan logik, matematik berevolusi dari pembilangan, pengiraan, pengukuran, dan kajian sistematik terhadap bentuk dan pergerakan objek fizikal. Matematik gunaan telah wujud dalam aktiviti seharian manusia sejak kewujudan rekod bertulis. Hujah yang rapi mula wujud dalam Matematik Yunani, antara yang terkenal ialah karya Euclid, Elemen. Matematik kemudiannya terus berkembang, contohnya di China pada kurun ke-3 sebelum masihi, di India pada kurun pertama masihi dan di dunia Islam pada kurun ke-8 masihi, sehingga kemunculan Zaman Pembaharuan, apabila penciptaan matematik berinteraksi dengan penemuan saintifik yang baru, membawa kepada peningkatan yang sangat besar dalam penemuan matematik yang kekal berterusan sehingga hari ini. Matematik digunakan di seluruh dunia sebagai alat penting di dalam pelbagai bidang, termasuklah sains semula jadi, kejuruteraan, perubatan dan sains sosial. Matematik gunaan, satu cabang matematik yang mengkaji aplikasi ilmu matematik ke dalam bidang lain, memberi inspirasi dan memanfaatkan penemuan matematik yang baru dan kadangkala menjadi pencetus kepada pembangunan disiplin matematik yang baru sepenuhnya seperti statistik dan teori permainan. Ahli matematik juga terlibat dalam matematik tulen, satu cabang matematik yang khusus untuk bidangnya sahaja, tanpa aplikasi ke dalam bidang yang lain, walaupun aplikasi yang praktikal untuk apa yang bermula sebagai matematik tulen sering ditemui.

 2.0 PERKEMBANGAN MATEMATIK 
Perkembangan Matematik sentiasa selari dengan perkembangan tamadun manusia itu sendiri. Matematik bukan sahaja penting dalam kehidupan seharian, malah ia sering dihayati sebagai satu kesenian dan keindahan serta sebagai alat komunikasi. Dalam Matematik, perhubungan idea-idea menggunakan bahasa istemewa dan khusus. Kebanyakan orang beranggapan bahawa Matematik itu terdiri daripada nombor, tanda dan simbol sahaja, yang disususun dalam bentuk persamaan. Mereka juga beranggapan bahawa Matematik bersifat kuantitatif yang tiada unsur-unsur kualitatif dan bahasa dalamnya (Sufean, 1992). Bidang Matematik mempunyai bahasanya tersendiri yang perlu dikembangkan dan diberi perhatian, khususnya oleh pendidik matematik. Suatu sifat istimewa yang terdapat dalam matematik ialah dari segi asspek bahasa yang unik dan tersendiri. Bahasa matematik yang dicipta oleh pakar-pakar matematik (BODMAS) dari zaman ke zaman menjadi lambang dan hukum yang universal dengannya ilmu matematik terus berkembang dan dikenali oleh hampir setiap manusia. Simbol dan istilah matematik yang dicipta menjadikan operassi matematik menjadi lebih mudah. Bahasa menjadi simbol-simbol dan sistem yang menghubunginya. Asas sistem bahasa ini ialah tatabahasa. Dalam bahasa matematik, tatabahasa terdiri daripada hukum-hukum, teorem-teorem dan rumus-rumus matematik yang menghubungi simbol-simbolnya. Tidak dapat dinafikan bahawa matematik memeainkan peranan penting dalam pembelajaran matematik kerana semua fakta, konsep, operasi dan hukum matematik diwakili oleh bahasa matematik. Kefahaman konsep dan penyelesaian masalah matematik dipermudahkan dengan pengguanaan bahasa matematik. Sebagai contoh, operasi seperti ‘empat tambah dengan lapan dapat dua belas’ dapat dipermudahkan sebagai “ 4+8=12”. 

3.0 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MATEMATIK 
Perbincangan tentang matematik banyak merujuk kepada nombor dan angka. Nombor ialah simbol yang digunakan untuk menyatakan bilangan atau kuantiti. Nombor berada dalam bentuk abstrak. Nombor tidak boleh dilihat dan dipegang. Nombor ditulis dengan menggunakan simbol atau lambang yang dinamakan angka. Mengikut sejarah, manusia zaman purbakala menggunakan batu-batu kecil, garisan-garisan yang dilukis diatas dinding, gua atau batang-batang kayuatau membuat simpulan pada utas tali dan sebagainya untuk melambangkan bilangan harta mereka. Peringkat ini dikenali sebagai peringkat prasejarah nombor. Manusia mula menggunakan simbol untuk mewakili nombor kira-kira 5000 tahun yang lalu. Dengan berlakunya zaman demi zaman, manusia di tempat tempat tamadun kuno seperti Mesir, Babilon, Yunani, Rom, Maya, China, India dan Timur Tengah, telah mencipta pelbagai sistem penomboran. Sistem nombor yang digunakan pada masa kini berdasarkan dan dikembangkan daripada sistem pernomboran Hindu-Arab (Land 1975). Sistem ini mula diperkenalkan oleh orang Arab ke Sepanyol pada pertengahan abad, serupa dengan sistem pernomboran kini. Penciptaan simbol ‘0’ seterusnya memberikan suatu sumbangan yang besar kepada perkembangan nombor dan matematik itu sendiri. Simbol ‘=’ mula diperkenalkan oleh Robert Record pada tahun 1557 dan akhirnya menjadi simbol yang paling terkenal. “Kita tidak boleh membicarakan tentang matematik tanpanya (Light, 1989) Sejarah penggunaan simbol dan istilah ukuran dan sukatan (ukuran panjang, timbang berat, isipadu dan masa) juga bermula ditempat kuno seperti Mesir dan China. Istilah unit ukuran panjang pada ketika itu dicipta berdasarkan unit anatomi manusia atau benda-benda yang mempunyai bentuk lurus seperti cubit (hasta), uncia (lebar kuku), langkah (= 5 kaki) dan sebagainya. Lilit ukuran berat pula diukur dengan menggunakan pelbagai jenis bahan yang terdapat dalam tanah atau barang dagangan seperti beras dan kerbau. Unit ukuran dan sukatan berbeza antara satu tempat dengan tempat yang lain dan sentiasa mengalami perubahan. Pada tahun 1670, Gabriel Mouton dari Perancis mencadangkan istilah meter sebagai unit ukuran panjang yang piawai. Pada tahun 1889, istilah Kilogram digunakan untuk timbangan berat (Land, 1975). 

4.0 KEPENTINGAN DALAM KEHIDUPAN 
 Operasi matematik sangat penting dalam kehidupan manusia,contohnya dalam hal berurus niaga.Pemilik kedai runcit akan menggunakan operasi matematik dalam hal berurus niaga dengan pelanggan.Oleh itu,peniaga ini seharusnya sudah memikirkan untuk menukar syiling yang banyak kerana banyak syiling diperlukan untuk dipulangkan kepada pelanggan.Secara tidak langsung ,pemilik kedai runcit sudah belajar cara memulangkan baki kepada pelanggan.Ramai peniaga yang wujud di dunia ini tidak pandai menulis tapi pandai mengira dengan lancarnya.Ini kerana,wujudnya konsep operasi matematik seperti tambah,tolak,bahagi dan darab.Itulah kepentingan operasi matematik dalam kehidupan seharian kerana wujud praktikal jika diamalkan selalu. Di samping itu,operasi matematik juga wujud dalam sistem perbankan dan kewangan.Contohnya,individu yang membuat pinjaman dengan pihak bank akan dikenakan faedah. Jadi operasi matematik akan wujud dalam hal mengira faedah yang akan dikenakan kepada peminjam.Selain daripada itu,dalam urusan menguruskan akaun juga akan melibatkan operasi matematik. Pembahagian harta pusaka atau faraid juga akan melibatkan operasi matematik.Hal ini kerana,untuk membahagikan harta pusaka tersebut,Penggunaan operasi matematik perlu digunakan untuk masalah ini.Selain daripada itu,belanjawan kewangan sesebuah keluarga juga akan melibatkan operasi matematik,Ini kerana,sesebuah keluarga akan mengaplikasikan kemahiran penggunaan operasi matematik dalam menguruskan belanjawan dan perbelanjaan di dalam kekeluargaan. Bidang kedoktoran juga memerlukan operasi matematik. Sukatan dos ubat untuk sesuatu penyakit dikira dengan teliti dengan menggunakan operasi matematik.Di samping itu,sewaktu doktor melakukan pembedahan,ukuran untuk lakukan bedahan tersebut adalah dikira dengan teliti dengan menggunakan operasi matematik. Matematik juga memainkan fungsi penting alam bidang ekonomi. Penelitian struktur program sarjana muda dan ijazah lanjutan dalam bidang ekonomi, dan penulisan tesis oleh calon ijazah lanjutan, dan hasil penyelidikan ahli akademik menunjukkan peningkatan yang nyata dalam pengungkapan menggunakan matematik (termasuk statistik dan ekonometrik). Laporan ekonomi seperti yang diterbitkan oleh Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia, institut penyelidikan seperti Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), dan bahagian ekonomi akhbar utama, mengandaikan kecelikan matematik dan statistik yang baik untuk seseorang itu memahami analisis ekonomi yang terkandung di dalamnya. Keputusan yang dibuat dalam pasaran modal, saham dan kewangan banyak berasaskan kepada model matematik. Di sektor swasta, pengurus firma perlu tahu menggunakan pendekatan matematik untuk merancang strategi firma yang bermatlamatkan keuntungan, seperti strategi memaksimumkan jumlah hasil dan meminimumkan jumlah kos tertakluk kepada batasan tertentu seperti harga input, harga output dan kuantiti input yang ditetapkan. Kenyataan tersebut menunjukkan seseorang yang ingin memahami penyelesaian masalah masalah ekonomi memerlukan pemahaman teknik matematik yang bersesuaian . Di kalangan pembuat dasar negara pula, terdapat beberapa alasan yang menyokong kepentingan menggunakan kaedah matematik untuk tujuan perancangan. Pertama, model ekonomi berguna kepada pembuat dasar yang berkaitan dengan pengurusan makroekonomi yang mempunyai objektif seperti pertumbuhan ekonomi, kestabilan harga, guna tenaga penuh dan keseimbangan imbangan pembayaran. Misalnya, terdapat banyak faktor yang mempengaruhi pertumbuhan ekonomi, dan faktor itu lebih mudah diteliti jika dirangkumkan ke dalam satu kumpulan, dan dikenalpasti faktor mana yang paling kuat mempengaruhi pertumbuhan ekonomi. Seterusnya, model struktur ekonomi boleh memberikan gambaran kasar mengenai potensi ekonomi untuk mencapai matlamat pembangunan jangka panjang seperti pertumbuhan pendapatan, pengwujudan peluang pekerjaan, pengagihan pendapatan dan pembasmian kemiskinan. Model yang dibentuk juga membantu menerangkan kesan yang berlaku dari pelbagai strategi alternatif yang dipilih. Model analisis kos faedah (benefit cost analysis, BCA) yang banyak digunakan oleh pembuat dasar banyak membantu kerajaan dalam membuat keputusan tepat pemilihan pelaburan awam yang memberikan pulangan ekonomi yang optimum.

 5.0 TOKOH-TOKOH MATEMATIK DUNIA 

Rene’ Descartes (1596 – 1650) Perancis 
Beliau adalah pencipta bagi cabang matematik geometri koordinat. Menurut beliau, adalah mencukupi untuk melukis suatu garis lurus jika panjangnya diketahui. Graf dilukis pada paksi Cartesan mengandungi satu set pasangan tertib (x,y). Beliau dikatakan mendapat idea mengenai koordinat ketika beliau sedang terbaring dan memerhatikan seekor labah-labah pada siling biliknya. John Venn (1834 - 1923) England Sumbangan: Gambar rajah Venn telah diperkenalkan oleh John Venn melalui penulisannya bertajuk "On the Diagrammatic and Mechanical Representation of Propositions and Reasonings" yang telah diterbitkan dalam "Philosophical Magazine and Journal of Science", mengisahkan tentang berbagai kaedah untuk mewakilkan “proposition” menggunakan gambar rajah. Penemuan Gambar rajah Venn adalah sangat penting kerana ia digunakan dalam pelbagai bidang matematik termasuklah theory set, probability, logic, statistic dan sains computer. Gambarrajah Venn sebenarnya terdiri daripada beberapa bulatan yang bertindih. Pada tahun 1866 Venn telah menerbitkan karyanya “ The Logic Of Chance”, yang telah menjadi penyumbang utama ke arah evolusi theory dalam bidang statistik serta telah memperkembangkan salah satu aspek theory probability yang dikenali sebagai theory frekuensi. 

Omar Khayyam (1048 - 1131) PARSI 
Sumbangan terbesar Omar Khayyam ialah dalam bidang Algebra. Beliau pernah membuat percubaan untuk mengklasifikasikan kebanyakan persamaan algebra termasuk persamaan darjah (kuasa) ke-tiga. Malah beliau juga menawarkan beberapa penyelesaian untuk beberapa masalah algebra. Ini termasuklah penyelesaian geometrik bagi persamaan kiub dan sebahagian daripada penyelesaian kebanyakan persamaan lain. Bukunya `Mazalat fi al-Jabr wa al-Muqabila’ adalah karya agungnya dalam bidang algebra. Omar Khayyam telah mengenal pasti 13 jenis bentuk persamaan kiub. Kaedah penyelesaianpersamaan yang digunakan oleh Omar Khayyam adalah bersifat geometrikal. Dalam bidang geometri pula, beliau banyak membuat kajian-kajian yang menjurus kepada pembentukan teori garisan selari. 

 Abu Raihan Al-Biruni (973 – 1048) Khwarazm 
Karya agungnya ialah Rasa'll al-Biruni, sebuah ensiklopedia astronomi dan matematik. Kejayaannya yang terpenting ialah menentukanmusim dan pasang sudut air laut, menentukan kedudukan garis lintang dan garis bujur bumi, mencipta jam dan kalendar, mencipta rumustrigonometri dan mencipta alat menyukat ketumpatan. Al-Biruni juga telah menggunakan kaedah Matematik untuk membolehkan arah kiblat ditentukan dari mana-mana tempat di dunia. Beliau juga adalah orang yang pertama menyatakan bahawa jejari bumi ialah 6339.6 km Al-Khawarizmi / (780-850) Khwarazm Ilmuwan Islam ini telah membuktikan, kaedah campur, bahagi dan tolak yang dikembangkan agar menjadi lebih mudah oleh Al-Khawarizmi, tidak diubah hingga hari ini seperti pendekatan algebra serta algorithma. Pencarian ilmu nombor warisan masyarakat Hindu membawa Al-Khawarizmi berjumpa seorang sarjana Hindu bernama Kankah yang member tunjuk ajar dalam ilmu nombor Hindu. Pencapaian paling ulung Al-Khawarizmi ialah apabila beliau memberi nilai kepada angka kosong sedangkan dalam sistem nombor Hindu, kosong tiada nilai. Sehingga hari ini, istilah yang bermakna kosong digunakan bangsa Eropah sebenarnya berakar daripada istilah diperkenal Al-Khawarizmi sebagai sifar. Beliau turut mengasaskan fungsi punca ganda dua dalam usahanya menyelesaikan beberapa masalah kiraan dengan simbol asal menggunakan huruf jim, kemudian diwarisi tokoh seperti Al-Uqlidisi dan simbol itu juga sudah berubah. Al-Khawarizmi menyusun risalah kecil dalam bidang aritmetik yang dianggap sebagai pertama dalam bidang itu yang kemudiannya dikenali dengan nama Algorizam beberapa kurun selepasnya. 

Liu Hui (429 - 501) China 
Pencapaian luarbiasa yang di capai oleh Zu Chongzi dalam bidang matematik ialah pengiraan nisbah bagi ukur lilit sebuah bulatan kepada diameter. Beliau mengatakan bahawa nisbah ukur lilit kepada diameter bagi sesuatu bulatan adalah nisbah 3 kepada 1. Namun oleh kerana buku yang ditulis oleh beliau berjudul Zhui Shu telah hilang, maka adalah mustahil untuk mengetahui apakah kaedah yang digunakan oleh Zu Chongzi untuk mengira nisbah ini. Zu Chongzi juga berjaya dalam penemuan nilai phi, dengan nilai pecahan 355/113.

 6.0 PENUTUP 
 Kesimpulannya,operasi matematik adalah sesuatu yang penting di dalam kehidupan seharian manusia. Operasi matematik pasti memberi impak yang positif kepada individu dan masyarakat supaya tahap kecerdasan intelek dapat mengimbangkan kehidupannya seterusnya amat berguna di dalam sistem kehidupan manusia. Matematik juga memupuk dan melatih seseorang mempunyai keupayaan analitikal yang baik. Justeru itu, bagi membolehkan universiti melahirkan siswazah ekonomi yang bermutu, yang bakal menjadi penggubal dasar, penganalisis dan perancang ekonomi yang berkesan sama ada disektor kerajaan, swasta atau bekerja sendiri, kandungan dan pendedahan pelajar kepada matematik, statistik dan ekonometrik perlu dipertingkatkan.

   
PANDUAN PERNIAGAAN DI EBAY CARA MAFIA .BAGAIMANA MENGHASILKAN RIBUAN DOLLAR DENGAN MENGGUNAKAN MULTIPLE AKAUN TANPA RISAU 
'DI SUSPEND' OLEH EBAY. SELAIN ITU BANYAK LAGI RAHSIA YG AKAN DIRUNGKAI UNTUK MENJADIKAN EBAY SEBAGAI PLATFORM PERNIAGAAN YANG UNGGUL.
(KLIK GAMBAR DI BAWAH)


http://tinyurl.com/rahsiamafiaebay


                



Friday, October 5, 2012

TRIGONOMETRI


1. PENGENALAN
Matematik merupakan satu bidang ilmu pengetahuan yang sangat penting. Tokoh Matematik, Carl Friedrich Gauss mengatakan "Mathematics is the Queen of Science". Ia merangkumi bentuk, simbol serta ruang dan dibahagikan kepada beberapa cabang seperti aritmetik, calculus, trigonometri, geometri dan algebra. Trigonometri atau ilmu ukur segitiga merupakan salah satu cabang Matematik yang paling terkenal sejak ribuan tahun dahulu. Trigonometri memiliki peranan yang sangat penting dalam membongkar rahsia alam semesta.Idea asas trigonometri ialah pengukuran jarak secara tidak langsung. Secara fizikal adalah mustahil mengukur secara langsung tinggi piramid terbesar di Mesir atau lebar jurang antara gunung-gunung yang tidak dapat dicapai. Inilah antara beberapa masalah yang lain dalam bidang ukur dan pelayaran yang bergantung kepada penyelesaian segitiga.

  2. PENGERTIAN TRIGONOMETRI
 Perkataan trigonometri berasal dari perkataan Yunani iaitu, tri(tiga) :gonon(sudut) dan metria(pengukuran). Istilah ini menjelaskan kepentingan utama cabang Matematik ini. George Home mentakrifkan trigonometri sebagai ilmu sudut iaitu bidang yang mengajar bagaimana untuk mengukur dan menggunakan sudut-sudut semudah kita mengira panjang dan luas. Manakala menurut Edward J. Byng, trigonometri adalah ciptaan orang arab. Oleh kerana itu, banyak kata-kata dalam trigonometri yang menggunakan istilah dari Arab. Trigonometri juga telah ditakrifkan sebagai pengukuran dan pengiraan sisi-sisi serta sudut-sudut segitiga. Walaupun istilah trigonometri tidak digunakan sehinggalah pada tahun 1595 sejak diperkenalkan oleh Pitiscus, tetapi orang Islam telah berjaya menghasilkan perkembangan awal sains hasil usaha mereka yang tekun dan gigih.

  3. SEJARAH TRIGONOMETRI
 Perkembangan awal trigonometri terbukti apabila digunakan dalam keperluan penyelesaian masalah astronomi. Kemunculan trigonometri merupakan proses yang perlahan. Trigonometri berkembang disebabkan hubungan antara pendidikan Matematik dengan keperluan sains dalam bidang astronomi. Hubungan ini dianggap saling berkait, tetapi tersembunyi sehingga zaman Renaissans, barulah trigonometri dijadikan sebagai topik tambahan dalam astronomi.

  4. PERKEMBANGAN DAN TOKOH-TOKOH TRIGONOMETRI
 Trigonometri sebagai alat utama astronomi telah menjadi bidang kajian yang sangat diminati oleh ahli-ahli Matematik Islam sehingga trigonometri dapat berdiri sendiri sebagai sebuah disiplin ilmu. Orang islam adalah orang yang pertama kali menekankan pengkajian prinsip-prinsip cahaya. Ia adalah al-Haitham, yang telah menulis risalah-risalah penting tentang topik. Al-Haitham membina bentuk awal prinsip-prinsip cahaya yang akhirnya menjadi hukum snell tentang pembiasan cahaya. Prinsip oprik al-Haitham memberi sesuatu inspirasi supaya perhatian terhadap astronomi dan trigonometri lebih diutamakan. Antara tokoh – tokoh trigonometri adalah Muhammad Ibn Musa al-khawarizmi atau lebih dikenali sebagai Al-Khawarizmi. Beliau adalah seorang tokoh yang mula-mula memperkenalkan aljabar dan hisab. Beliau juga merupakan seorang ahli sains Islam yang terulung dalam ilmu Matematik. Selain itu Al-Khawarizmi juga merupakan seorang ahli astronomi dan geografi yang terkenal pada zamannya. Al-Khawarizmi selain terkenal dengan teori algoritmanya, beliau juga membangun teori-teori Matematik lain. Termasuk dalam bidang trigonometri yang mana beliau telah menemukan pemakaian sin, cos, tangent dan secan. Tokoh seterusnya adalah Al-Battani yang bertanggungjawab memperkenalkan konsep-konsep moden, perkembangan fungsi-fungsi dan identiti trigonometri. Beliau telah menghasilkan beberapa hasil tulisan tentang astronomi yang kebanyakkannya disalurkan melalui trigonometri. Beliau biasanya menggunakan formula sinus dengan kefahaman yang jelas jika dibandingkan dengan kaedah orang Yunani. Al-Battani digelar Albateganius oleh orang Latin, melengkapakan fungsi umbra dan umbra versa(kotangen dan tangen) dan menyediakan jadual kotangen dalam bentuk darjah. Tokoh lain seperti Abu Wafa Muhammad Ibn Muhammad Ibn Yahya Ibn Ismail al Buzjani juga merupakan satu di antara sekian banyak ilmuwan Muslim lalu. Setelah berhasil menyelesaikan pendidikan dasar dan menengahnya, Abu al-Wafa memutuskan untuk meneruskan ke jinjang yang lebih tinggi di Baghdad pada tahun 959 M. Beliau banyak membantu para ilmuwan serta secara peribadi mengembangkan teori terutama dalam bidang trigonometri. Konstruksi bangunan trigonometri versi Abu al-Wafa diakui sangat besar manfaatnya.

  5. KEPENTINGAN TRIGONOMETRI DALAM KEHIDUPAN Trigonometri merupakan alat utama ilmu ukur segitiga. Tigonometri memiliki banyak kegunaannya pada kehidupan seharian, diantaranya pada bidang teknik ukur tanah dan astronomi. Trigonometri memiliki kaitan yang sangat erat dalam kehidupan kita, baik secara langsung dan tidak langsung. Ilmu perbintangan dan konstruksi bangunan sangat dibantu oleh hadirnya trigonometri. Kepentingan trigononomerti sangat besar manfaatnya dalam ilmu astronomi, kerana ukuran benda-benda langit tidak mungkin diukur dengan menggunakan penggari, mesti dikira dengan bermain skala-skala dan sudut-sudut, sehingga dapat dikenalpasti ukurannya secara tepat. Rumus trigonometri sudut ganda digunakan untuk nilai-nilai ukuran sisi bagi sudut-sudut yang tidak istimewa. Meskipun penggunaan kalkulator diizinkan dalam penelitian, namun kalkulator umumnya tidak mampu menangani masalah nombor yang memerlukan ketelitian tinggi. Kerana dalam beberapa masalah nombor perlakuan tanpa pembulatan adalah metode terbaik.Selain di bidang ilmu astronomi, trigonometri juga sangat erat kaitannya dengan pekerjaan seorang ahli ilmu ukur tanah. Pengukuran tanah adalah suatu cabang ilmu alam untuk menentukan posisi ruang dimensi tiga dari suatu tempat pada permukaan bumi. Hasil pengukuran tanah yang diperoleh antara lain digunakan untuk membuat peta topografi dari bumi untuk menentukan luas wilayah suatu daerah. Trigonometri juga penting pada Geografi dan Navigasi untuk perhitungan dalam astronomi. Bintang-bintang dianggap tetap pada bola kristal dengan ukuran besar, dan model yang sempurna untuk tujuan praktis. Satu aplikasi dari trigonometri adalah astronomi. Seperti bumi juga bola, trigonometri digunakan dalam geografi dan navigasi. Ptolemy (100-178) yang digunakan trigonometri pada geografi dan menggunakan tabel trigonometri dalam karya-karyanya. Columbus membawa salinan dari Regiomontanus ‘Ephemerides Astronomicae pada perjalanan ke Dunia Baru dan menggunakannya untuk keuntungannya.




Testimoni dari Seorang Makcik yang sudah 10 Tahun Menderita sakit Urat Saraf, bila kami menyarankan untuk mengamalkan Kapsul "PENAWAR RAJA SARAF" tak habis 1 botol yang mengandungi 20 set botol kecil. insyaa Allah semua jadi kembali Normal Alhamdulillah. (KLIK GAMBAR UNTUK VIDEO MAKCIK INI)


tinyurl.com/ubati saraf

HUKUM MEWARNA RAMBUT (JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM)

MEWARNA RAMBUT MENURUT PANDANGAN ISLAM

PENDAHULUAN
 Perbuatan mewarna rambut pada hari ini tidak lagi menjadi suatu perkara asing. Tanpa mengira usia, sama ada muda ataupun tua terdapat kecenderungan mereka untuk mengubah warna rambut mengikut warna yang disukainya. Amalan ini bukan sahaja terhad terhadap orang bukan islam malah orang Islam turut mengamalkannya. Persoalannya apakah orang Islam yang mengamalkan perbuatan ini memahami hokum-hukum yang berkaitan dengannya atau ia hanya sekadar ikutan tanpa menyedari kesannya sama ada dari segi hukum atau kesan-kesan lain yang akan mereka terima. DEFINISI MEWARNA RAMBUT Kitab Lisan al-Arab mentakrifkan amalan mewarna rambut sebagai satu perbuatan mengubah warna rambut kepada warna merah, kuning atau selainnya. Perbuatan ini dipanggil makhdub.

  SEJARAH MEWARNA RAMBUT
Amalan mewarna rambut telah bermula beribu-ribu tahun dahulu. Pokok inai telah ditanam di Mesir, India, Parsi dan Syria. Serbuk inai digunakan di Negara-negara Timur sejak zaman purbakala untuk mewarna rambut dan kuku. Cleopatra dan Nefertiti dikatakan sering menggunakan inai untuk mencantikkan dirinya. Mumia daripada makam yang ditemui di Mesir juga didapati mempunyai kuku dan rambut yang berinai. Sementara itu orang yang mula-mula mewarnakan rambutnya dengan warna hitam ialah firaun pada zaman Nabi Musa dan dikalangan orang Arab yang mula-mula mewarnakan rambutnya dengan warna hitam ialah Abdul Mutalib Ibn Hasyim. Dengan kata lain amalan mewarna rambut telah diamalkan sejak zaman-berzaman, daripada zaman Firaun hinggalah zaman Jahiliyyah . warna yang digunakan ialah merah dan hitam.

 AMALAN RASULULLAH S.A.W
 Ulama berbeza pendapat samada Rasulullah mewarnakan rambut atau tidak. Bagi yang menyatakan Rasulullah mewarnakan rambutnya yang beruban adlah berasaskan solan Muhammad Ibn Sirin kepada Anas bin Malik, adakah Rasulullah mewarnakan rambutnya. “Dari Ibn sirin katanya, “saya bertanya Anas adakah Nabi mewarnakan rambutnya? Kata Anas, “ubannya hanya sedikit sahaja.” Kata-kata Anas ini mempunyai kesamaran, ini kerana beliau tidak menjawab dengan nyata pertanyaan Ibn sirin, samada Rasulullah mewarnakan rambutnya atau tidak? Oleh itu, Thabit berkata Anas ditanya buat kali kedunya tentang soalan yang sama. Kata Aqsolani orang yang bertanya kali ini juga adalah 0uhammad Ibn Sirin. Pada kali ini anas menjawab, “(Uban Rasulullah s.a.w) hanyalah sedikit untuk dicelup dengan warna, sekiranya aku mahu, nescaya aku dapat mengira jumlah helai uban yang terdapat dijanggutnya.” Dalam penjelasan kali ini jelaslah Anas mengatakan bahawa uban dan janggut Rasulullah adalah sedikit, tidak memadai untuk dicelup warna. Ini bermakna Rasulullah tidak mewarnakankan ubannya kerana ianya adalah sedikit. Sementara bagi golongan yang menyatakan Rasulullah mewarnakan rambutnya yang beruban berdasarkan peristiwa yang diriwayatkan oleh Ibn Mawhab dan pendapat-pendapat yang lain. Kenyataan yang pertama berdaskan hadith yang bermaksud “aku melihat beberapa helai rambut yang bewarna merah.” Manakala kenyataan kedua pula berdasarkan hadith yang bermaksud “Aku menemui Ummi Salamah, maka dia mengeluarkan beberapa helai rambut Rasulullah s.a.w kepada kami.” Dan yang ketiga pula ialah berdasrkan hadith yang bermaksud “ Ummi Salamah memperlihat kepadanya rambut Rasulullah yang bewarna merah.” Ketiga-tiga kenyataan ini cuba menerangkan bahawa Rasulullah s.a.w mencelupkan rambut baginda dengan warna merah. Menurut Yunus, Ibn Abi Khaisyamah, Ahmad, Affan, Abdul Rahman, dan Sya’bn bin Abd Rahman bahawa rambut Rasulullah bewarna merah kerana dicelup dengan warna inai dan katm.

AMALAN PARA SAHABAT
Terdapat riwayat yang menyebut bahawa ramai dikalangan sahabat yang mewarnakan rambut mereka yang telah beruban. Antaranya ialah Abu Bakar As Siddiq, Saidina Umar. Mughirah, Jaril al-Banjari, Abu Hurairah, Abu Wasil, Hasan dan Husin. Sementara para sahabat yang tidak mewarnakan uban mereka secara umumnya bukanlah menafikan keharusan mewarna rambut tetapi rata-rata mereka menganggap diri mereka tidak layak lagi untuk mengubah warna uban lalu membiarkan sahaja uban putih memenuhi rambut mereka. Antara yang tidak mewarnakan rambut ialah Saidina Ali, Ubai bin Ka’ab dan Anas bin Malik. Walau bagaimanapun niat lebih penting diutamakan apabila seseorang ingin mewarnakan rambutnya. Jika mewarnakan itu memungkinkan dirinya terus terjebak kepada amalan maksiat tanpa menyedari dirinya telah hamper ke penghujung usia, maka amalan seperti itu lebih baik ditinggalkan. Uban pada hakikatnya menjadi petanda kepada hakikat seseorang untuk menilai diri samada semakin menjurus kepada amal-amal kebaikan atau terus hidup mengejar kehendak dunia.

  AMALAN MEWARNA RAMBUT MASA KINI
 Melihat kepada kenyataan yang ada pada masyarakat kini, terdapat kalangan muda-mudi Islam yang mewarnakan rambut mereka dengan warna perang, kerana meniru atau tertarik dengan rambut orang barat yang perang warnanya. Sebahagian pula mewarna-warnikan rambut kerana mengamalkan budaya punk kononnya. HUKUM BAHAN PEWARNA YANG DIGUNAKAN Panel kajian Syariah dalam mesyuarat kali ke 29, yang diadakan pada 19-21 Jun 2000 telah memutuskan hukum mewarna rambut dan seumpamanya hendaklah mematuhi syarat-syarat seperti berikut : 1. Bahan pewarna itu bersih dan suci daripada benda-bnda yang diharamkan syara 2. Telap air dan wudhuk dan berhadas besar 3. Tidak memudharatkan pengguna 4. Harus mewarnakan rambut kerana uban selain warna hitam • Mewarna rambut dengan warna hitam hanya diharuskan kepada individu yang berpenyakit • Sementara, orang yang tidak terlalu tua, mkruh mewarnakan rambutnya dengan warna hitam • Haram, menghitamkan rambut bagi yang terlalu tua, umur tua berdasarkan setempat • Sengaja mewarnakan rambut dengan warna-warni yang pelbagai tujuan adalah haram • Harus bagi perempuan mewarnakan rambut dengan izin suami dan untuk suami.

  KESIMPULAN
Mewarna rambut adalah salah satu cara untuk menampilkan kecantikan dirinya. Perbuatan ini tidak salah kerana Islam sendiri sangat mementingkan kecantikan terhadap umatnya. Apatah lagi jika kecantikan itu disertakan dengan tingkah laku dan ciri-ciri keimanan yang sempurna. Walau bagaimanapun dalam menjaga kecantikan, islam telah meletakkan batas tertentu dari segi hukum-hakamnya. Demikian jugalah soal mewarna rambut. Ia perlu dilihat dalam pelbagai aspek sebelum amalan mewarna rambut yang sebenarnya disunatkan membawa kepada hukum haram kerana kejahilan kita terhadap aspek pewarnaan rambut yang dibenarkan oleh Islam. Telitilah pada bahan yang digunakan, tujuan ia digunakan, malah kesan yang akan menimpa sebelum rambut diwarna untuk kecantikan. Untuk itu sebelum mewarna rambut mantapkanlah pengetahuan tentang konsep mewarna rambut secara menyeluruh sebelum mengamalkannya. Begitu juga tuntutan syara’ yang berkaitan dengannya perlu diambil tahu. Jangan mengejar yang harus dengan meninggalkan yang wajib dan jadikan kekaburan pemikiran sebagai halangan untuk kita mengamalkan tuntutan syariat yang sebenarnya.


Testimoni dari Seorang Makcik yang sudah 10 Tahun Menderita sakit Urat Saraf, bila kami menyarankan untuk mengamalkan Kapsul "PENAWAR RAJA SARAF" tak habis 1 botol yang mengandungi 20 set botol kecil. insyaa Allah semua jadi kembali Normal Alhamdulillah. (KLIK GAMBAR UNTUK VIDEO MAKCIK INI) 

tinyurl.com/ubati saraf

KONSEP MAZHAB

KONSEP MAZHAB Definisi Mazhab
Menurut kamus al Mu’jam al wasith, masdar bagi mazhab ialah dzihab, dzuhub dan mazhab yang beerti telah lalu, telah berlaku dan mati. Selain itu mazhab juga dieertikan sebagai jalan dan keyakinan yang diikuti. Menurut ahli falsafah, mazhab beerti pemikiran-pemikiran, teori-teori ilmiah dan filsafat yang saling berkaitan hingga menjadi kesatuan yang utuh. Demikian definisi mazhab mengikut ahli bahasa dan falsafah. Dalam Islam sebenarnya ada banyak mazhab. Hal ini kerana ulama yang berkemampuan dari kalangan sahabat Nabi, tabiin dan tabi’ Al-Tabiin yang mempunyai cukup syarat dan keperluan berijtihad adalah ramai. Setelah kewafatan Rasulullah, para sahabat dan tabi’in, serta perkembangan agama islam itu sendiri maka wujudnya beberapa aliran yang telah mewujudkan beberapa mazhab yang telah diguna pakai untuk memberi jawapan kepada masalah fikh dan tauhid di beberapa tempat di dunia ini. Antara aliran islam yang ada ialah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Syiah.

  Ahli Sunnah Wal Jamaah 
 Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah nama (istilah) yang menunjukkan kepada segolongan umat islam yang berpegang teguh kepada asas akidah (usul akidah) yang dirintis oleh ulama salaf al saleh yang iltizam kepada sunnah Rasulullah saw. Merujuk kepada sejarah islam, nama tersebut belum ditemui di zaman Rasulullah saw, para sahabat dan Tabi’in. Pada zaman itu permasalahan masyarakat islam lebih banyak ditumpukan kepada persoalan-persoalan poitik. Kata Ahli Sunnah Wal Jamaah membawa erti pengikut al sunnah dan jamaah. Sunnah dalam bahasa Arab mengandungi erti tariq yang membawa makna metode, kebiasaan, perjalanan hidup atau perilaku. Mengikut Ibnu Athir perkatan al-sunnah dengan segala bentuk yang dinyatakan secara berulang-ulang di dalam hadis bermakna perjalanan hidup atau perilaku. Mengikut istilah syarak, para muhaddisin mendifinasikan sebagai sesuatu yang diriwayatkan Rasulullah saw sama ada berupa perbuatan, percakapan, ketetapan, sifat dan akhlak tidak kira sebelum atau selepas dilantik menjadi nabi. Mengikut ulama usul, sunnah ialah sesuatu yang diilhamkan nabi Muhammad saw secara khusus, tidak ada nasnya di dalam al-quran, tetapi dinyatakan oleh nabi Muhammad saw dan sekali gus merupakan penjelasan awal dalam isi al-quran itu sendiri. Manakala menurut ulama fikh, sunnah itu adalah ketetapan daripada Rasulullah saw yang bukan diwajibkan. Setelah timbulnya pelbagai ajaran yang membawa kepada perpecahan ummah dan meluasnya propaganda-propaganda bidaah serta aliran Ahli Ahwa’ maka istilah Sunnah digunakan sebagai simbol untuk membezakan antara Ahli Sunnah, Ahli Bidaah atau Ahli Ahwa’. Perkataan Jamaah pula berasal dari kata al ijtima’ yang mengandungi erti berkumpul atau bersatu padu dan perkataan lawannya adalah al-furqah yang bermakna berpecah belah. Ibn Taimiah dalam fatwanya menjelaskan bahawa perkataan jamaah mengandungi erti persatuan. Al-jamaah telah menjadi nama bagi ummah yang bersatupadu. Oleh itu Ahli Sunnah Wal Jamaah bermaksud mereka yang beriltizam mengikut sunnah Rasulullah saw dan sahabatnya serta ulama tabi’in dan bersatu mengikut kebenaran kitab Allah dan sunnah Rasulnya. Di dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah sebenarnya mempunyai banyak mazhab tetapi hanya ada 4 mazhab yang boleh dijadikan rujukan dan beramal dengannya kerana mazhab ini datang kepada kita secara mutawatir. Mazhab-mazhab itu adalah Mazhab Syafie, Mazhab Hanafi, Mazhab Maliki dan Mazhab Hambali. Keempat-empat mazhab ini mempunyai peraturan, kaedah, dan panduan yang sempurna dan lengkap yang ditulis didalam kitab masing-masing. 

  Mazhab Syafie 
Mazhab Syafie (bahasa Arab: شافعية, Syāfi'īyaṯ) adalah mazhab fiqah yang dicetuskan oleh Muhammad bin Idris al-Syafii atau juga dikenali sebagai Imam Syafie. Mazhab ini kebanyakan diikuti para penduduk selatan Mesir, bahagian barat Arab Saudi, Syria, Indonesia, Semenanjung Malaysia, Pantai Koromandel, Malabar, Hadramaut (Yaman), dan Bahrain. Pemikiran fiqah mazhab ini diawali oleh Imam Syafie, yang hidup di zaman pertentangan antara aliran ahli hadis (cenderung berpegang pada teks hadis) dan ahl al-ra'y (cenderung berpegang pada akal fikiran atau ijtihad). Beliau belajar dari Imam Malik sebagai tokoh ahli hadis, dan Imam Muhammad bin Hasan asy-Syaibani sebagai tokoh ahl al-ra'y yang juga murid Imam Abu Hanifah. Imam Syafie kemudian merumuskan aliran atau mazhabnya sendiri, yang dapat dikatakan berada di antara kedua kelompok tersebut. Imam Syafii menolak Istihsan dari Imam Abu Hanifah mahupun Mashalih Mursalah dari Imam Malik. Walau bagaimanapun, Mazhab Syafie menerima penggunaan qiyas secara lebih luas berbanding Imam Malik. Meskipun berbeza dari kedua mazhab tersebut, keunggulan Imam Syafii sebagai ulama fiqah, Usul al-Fiqh, dan hadis di zamannya membuat mazhabnya memperoleh banyak pengikut dan kealimannya diakui oleh ramai ulama yang hidup sezaman dengannya. 

  Mazhab Hanafi 
Mazhab Hanafi ialah salah satu mazhab fiqh dalam Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah. Mazhab ini telah di asaskan oleh Imam Abu Hanifah (ابو حنيفه) atau nama sebenar beliau Nukman bin Thabit (نعمان ن ثابت). Mazhab ini terkenal sebagai mazhab yang paling terbuka kepada idea moden. Mazhab ini diamalkan terutama sekali di kalangan orang Islam Sunni Mesir, Turki, sub-benua India,Tajikistan,Iraq, sebahagian Afrika Barat dan negara-negara lain. Mazhab Hanafi merupakan mazhab tertua dan terbesar dengan 30% pengikut. Mujathid Mazhab Hanafi; Imam Abu Yusuf Ya’qub bin Ibrahim Al-Anshari dan Abu Abdillah Muhammad bin Al-Hasan Asy-Syaibani lebih dikenali sebagai Imam Muhammad, Abu Ja’far Al-Warraq Ath-Thahawi lebih dikenali sebagai Imam Tahawi, Imam Abu Mansur Al-Maturidi pengasas Mazhab Aqidah Matrudi dan lain-lain. Kehadiran mazhab mazhab ini tidak boleh dilihat sebagai perbezaan mutlak seperti dalam Kristian (Prostestan dan Katolik) dan beberapa agama lain. Sebaliknya ini merupakan perbezaan sihat melalui pendapat logik dan idea dalam memahami Islam. Perkara pokok seperti akidah atau tauhid masih sama dan tidak berubah. 

  Mazhab Maliki 
Mazhab Maliki (Arab: مالكية) adalah satu dari empat mazhab fiqh atau hukum Islam dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah. Pengasas Mazhab ini ialah Malik bin Anas bin Malik Al-Ashbani Al anshari. Beliau merupakan Imam Madinah dan salah seorang dari empat imam di kalangan Ahlu Sunnah. Beliau berguru pada Nafi’ Maula Ibnu Umar, Zuhri, Rabiah Ar-Ra’yi dan lain-lainnya. Imam Malik terkenal dengan sikap hati-hati dalam hal dengan siapa beliau mengambil ilmu, dalam mengambil riwayat hadis dan dalam memberi fatwa. Fiqihnya terkenal dengan mengikuti Al-Quran, Sunnah dan amalan penduduk Madinah.Mazhab Maliki diamalkan di Utara Afrika dan sebahagian Afika Barat. Mahzab ini mempunyai bilangan pengikut ketiga teramai iaitu lebih kurang 15% daripada Muslim. Mazhab ini berbeza daripada tiga mazhab yang lain kerana terdapat tambahan kepada sumbernya. Selain menggunakan Al Quran, hadis, ijma' dan qiyas, Imam Maliki juga menggunakan amalan orang Islam Madinah pada zamannya itu sebagai sumber yang kelima. Mengikut Imam Malik, amalan orang Madinah dilihat sebagai sunnah hidup memandangkan Nabi Muhammad berhijrah, tinggal, dan wafat di Madinah, dan kebanyakan sahabat Nabi tinggal di Madinah. Kesannya, Hadis yang dikaji oleh mazhab ini agak terhad daripada mazhab yang lain. Imam Malik lahir di Madinah pada tahun 93 Hijrah dan wafat pada tahun 179 Hijrah di Madinah. Karangannya yang paling terkenal adalah Al-Muwatha, disamping itu dia mempunyai karangan yang lain diantaranya Tafsiru Gharibil Quran dan Ar-Raddu ‘alal Qadariyyah. 

  Mazhab Hambali 
 Pengasas Mazhab Hambali adalah Ahmad bin Muhammad bin Hambal merupakan salah seorang tokoh pengasas mazhab fikh Islam terkenal,seorang tokoh ilmuwan islam yang berani dan kuat berpegang teguh dengan Islam. Seorang tokoh ilmuwan dalam pelbagai disiplin ilmu dan banyak menghasilkan kitab. Beliau dilahirkan di Baghdad pada tahun 164 hijrah dan berketurunan Arab dari Bani Syayban dari Rabia. Ia dilahirkan di Baghdad. Guru Utamanya ialah Sufyan bin Uyayna. Imam Hambali pernah menjadi murid Imam Syafi’i. imam Ahmad bin Hambal sangat terkenal dengan ilmu hadis dengan menghafal lebih kurang 700,000 hadis. Karya besarnya ialah Musnad, sebuah ensiklopedia yang memuatkan 2900 Hadis Nabi. Karya lainnya adalah Ar-raddad alaf-Zindika dan Kitabus Sunnah.Sumber-sumber mazhab ini adalah Al-quran, hadis, fatwa para sahabat dan qiyas. Mazhab Hambali diamalakan di Mesir, India, Hijaz, di pendalaman Oman dan beberapa tempat di sepanjang Teluk Persia dan beberapa kota dia Asia Tengah. Mazhab ini dikatakan paling banyak pengikutnya dibandingkan dengan mazhab yang lain.


CARA MUDAH DAN MURAH RAWAT RESDUNG (KLIK)

KAEDAH INDUKTIF DAN DEDUKTIF

KAEDAH INDUKTIF DAN DEDUKTIF
          Kaedah induktif merupakan salah satu kaedah mengajar yang sesuai digunakan dalam pengajaran pelbagai mata pelajaran, khususnya Matematik, Sains dan Bahasa (Mok Soon Sang, 2001). Pengajaran berasaskan gaya induktif adalah satu pendekatan mengajar yang melibatkan satu proses penaakulan yang tinggi di mana melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan (Kamarudin Husin & Siti Hajar Abdul Aziz, 2004). Hilda Taba mempercayai bahawa pelajar membuat generalisasi hanya setelah maklumat dapat diorganisasi dengan sempurna. Taba adalah lebih dikenali dengan model pengajarannya yang melibatkan pemikiran induktif. Menurut beliau, dengan menggunakan pelbagai strategi, pelajar boleh dibantu menyelesaikan masalah dengan jayanya. Strategi induktif ini mengalir dalam proses kognitif dan memerlukan pelajar menggunakan teknik soalan-soalan ringkas (Hilda Taba, 1962). Pengajaran berasaskan gaya pemikiran deduktif adalah satu pendekatan mengajar yang mengasaskan pengajaran berdasarkan keseluruhan konsep. Konsep deduktif boleh ditakrifkan sebagai sesuatu pendekatan mengajar yang bermula daripada sesuatu atau beberapa rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan yang diikuti dengan aplikasinya ke atas contoh-contoh yang khusus (Mok Soon Sang, 2003). Seperti dalam pendekatan induktif, ia juga menggunakan proses penaakulan yang tinggi. Kaedah deduktif berlandaskan pendekatannya merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana ia memerlukan murid-murid memperolehi kefahaman yang mendalam dan pengetahuan yang cukup. Dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu ‘subjek matter’, pendekatan deduktif melibatkan pelajar-pelajar mempelajari peraturan-peraturan atau diberi maklumat tertentu sebelum mereka diminta melakukan penganalisisan bahan yang hendak dipelajari itu. Kaedah ini menjadi pilihan, kerana pelajar terlibat secara aktif dalam kumpulan dan dapat melatih mereka untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Pelajar lemah dapat berinteraksi dengan pelajar pandai. Selain itu mereka dapat melatih diri untuk berkomunikasi dan bergaul dengan pelajar yang pelbagai latar belakang. Pendekatan Induktif Pendekatan Induktif memberi peluang kepada pelajar membuat kesimpulan sendiri mengenai sesuatu konsep ataupun benda. Ianya mengutamakan contoh-contoh pada awal pengajaran dan dibuat generelisasi daripadanya. Pendekatan Induktif ini juga tidak digalakan memberi definisi penerangan dan kandungan pelajaran dan ianya lebih mengutamakan mengemukakan soalan, memerhati, mengkaji, membentuk contoh serta kesimpulan diberikan kemudian. 

 Konsep Induktif Antara Konsep Induktif ialah:- 
1. Mempelajari sesuatu untuk mendapatkan “hukum” 
2. Memperkenalkan pengetahuan dan memberi pengalaman. 
3. Membentuk satu kesimpulan umum daripada contoh-contoh tertentu. 
4. Cuba mendapatkan kesimpulan melalui satu urutan pemikiran. 
5. Membuat satu andaian yang munasabah daripada yang spesifik kepada umum. 
6. Bermatlamatkan kepada pembentukan kebiasaan. 
7. Menggunakan pengantaraan deria (pengalaman deria) untuk mendapatkan pengetahuan. 
8. Memerlukan kekerapan ulangan dalam pelbagai konteks untu menguasai sesuatu kemahiran. 
9. Menekankan pengajaran berbentuk konkrit. 
10. Memberi peluang sepenuhnya kepada murid belajar di bawah bimbingan guru. 
11. Menekankan penglibtan murid secara aktif. 
12. Mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan berkesan. 
13. Banyak menekankan aspek lisan. 

  Kelebihan Pendekatan Induktif 
Kelebihan pendekatan induktif ialah pendekatan ini dapat mengasah kemahiran berfikir dalam kalangan murid. Hal ini disebabkan mereka perlu menggunakan keupayaan mental untuk mengenal pasti rumus-rumus yang menjadi dasar kepada pembentukan sesuatu ayat. Selain itu, daya kefahaman dan ingatan murid terhadap isi pelajaran dapat dipertingkatkan kerana mereka sendiri yang terlibat dalam pengesanan rumus. Pendekatan ini juga melibatkan penyerapan yang aktif dalam kalangan pelajar.Melalui pendekatan ini, strategi perbincangan dapat digalakkan kerana tugas menentukan rumus dibuat oleh murid-murid sendiri dengan ini suasana pembelajaranakan menjadi lebih hidup. Kelebihan lain menggunakan pendekatan ini ialah kemahiran lisan dapat disuburkan kerana pendekatan ini memerlukan perbincangan yang banyak di dalam bilik darjah dan juga murid-murid tidak begitu dibebani dengan rumus-rumus pada peringkat awal pembelajaran sebaliknya mereka didedahkan dengan pelbagai contoh penggunaan terlebih dahulu. Justeru itu perkara ini boleh mengurangkan kebosanan mereka 

  Kelemahan Pendekatan Induktif 
Setiap sesuatu itu mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri begitu juga dengan pendekatan induktif. Antara kelemahaan pendekatan ini adalah pengajaran yang dilakukan mengambil masa yang panjang kerana guru perlu membimbing murid mengesan rumus. Sekiranya sesebuah kelas itu terdiri daripada murid-murid yang ramai jumlahnya, penjurusan fikiran ke satu arah sukar dibuat kerana setiap murid mempunyai fikiran, pendapat dan pemahaman yang berbeza. Bagi murid-murid yang lemah pula, pendekatan ini akan menimbulkan masalah kerana adalah sukar bagi mereka untuk memikirkan rumus-rumus daripada contoh-contoh ayat yang diberikan. 

  Model Deduktif 
 Dalam pengajaran yang bermodelkan pendekatan ini guru memainkan peranan penting untuk menerangkan atau mengajarkan dan diasaskan kepada hoskut tertentu, manakala murid hanya mendengar dan mengikutinya. Walaubagaimanapun, kefahaman mereka dinilai melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan pada peringkat aplikasi. Untuk menentukan bahawa pengajaran ini mendatangkan kesan yang lebih mendalam, guru haruslah memastikan bahawa generalisasi yang hendak diajarkan itu dihuraikan dengan jelas, difahami dan contoh-contoh penerapan generalisasi di dalam ayat-ayat mestilah mencukupi dan benar-benar menepati rumus-rumus tersebut. Guru tidak digalakkan untuk dimasukkan contoh-contoh yang memperlihatkan penyimpangan, terutamanya pada awal pengajaran. Contoh-contoh tidak semestinya diberikan oleh guru tetapi boleh juga diminta daripada murid, iaitu setelah contoh-contoh yang disediakan oleh guru dikemukakan. Dalam aplikasi pula, latihan-latihan yang disediakan haruslah beraneka jenis dan dalam konteks yang bermakna. Hal ini bertujuan untuk memberi peluang kepada murid menerapkan rumus dalam situasi yang baru. Pendekakatan menggunakan deduktif dicirikan dengan pelajar mempelajari berdasarkan sesuatu hukum. Pelajar perlu menaakul untuk mendapatkan fakta/contoh AplikasiContohRumus/Generalisasi

  Konsep Deduktif 
1. Mempelajari sesuatu berdasarkan sesuatu hukum. 
2. Satu produksi fakta untuk membuktikan satu penyataan umum. 
3. Menganalisa fakta yang membentuk generalisasi. 
4. Membuat satu penghuraian daripada umum kepada khusus. 

  Kelebihan Pendekatan Deduktif.
 Kelebihan pendekatan deduktif adalah ianya memudahkan tugas guru yang mana guru mengemukakan prinsip asas manakala murid menggunakan prinsip berkenaan. Pendekatan ini berbeza dengan pendekatan induktif kerana pendekatan ini cara ini cepat dan menjimatkan masa pengajaran kerana rumus-rumus disediakan dan dihuraikan terus oleh guru. Murid tidak perlu mengambil masa untuk memikirkan atau mengesan rumus. Pendekatan ini juga boleh meninggalkan kesan pembelajaran yang memuaskan kepada pelajar-pelajar dewasa. Apa yang lebih penting ialah ianya tiada risiko mendapat hasil yang salah atau tidak sempurna. 

  Kelemahan Pendekatan Deduktif 
 Manakala kelemahan menggunakan pendekatan ini adalah pengajaran mungkin membosankan kerana murid dibebani dengan rumus-rumus yang wajib dipatuhi. Pendekatan ini boleh mengongkong kreativiti mereka kerana mereka terlalu terikat kepada rumus. Selain itu, pemikiran murid tidak tercabar untuk mengesan dan menentukan rumus kerana rumus-rumus diberikan oleh guru. Justeru itu, penglibatan murid tidak begitu aktif kerana guru lebih banyak memainkan peranan, khususnya dalam hal menghuraikan rumus. Melihat dari segipsikologi, sesuatu yang dapat dikesan atau dijumpai sendiri oleh murid dalam sesuatu pembelajaran dapat menjamin ingatan yang lebih kekal, berbanding dengan sesuatu yang diberitahu terus oleh guru. Dengan demikian, pendekatan ini tidak begitumenjamin ingatan yang berkekalan dalam kalangan murid tentang rumus-rumus yang diajarkan itu.

PANDUAN PERNIAGAAN DI EBAY CARA MAFIA .BAGAIMANA MENGHASILKAN RIBUAN DOLLAR DENGAN MENGGUNAKAN MULTIPLE AKAUN TANPA RISAU 
'DI SUSPEND' OLEH EBAY. SELAIN ITU BANYAK LAGI RAHSIA YG AKAN DIRUNGKAI UNTUK MENJADIKAN EBAY SEBAGAI PLATFORM PERNIAGAAN YANG UNGGUL.
(KLIK GAMBAR DI BAWAH)


http://tinyurl.com/rahsiamafiaebay

Thursday, July 19, 2012

SEJARAH PUASA

Sejarah puasa Ramadan bermula pada akhir bulan Syaaban tahun kedua Hijrah iaitu dua tahun selepas Nabi Muhammad berpindah dari mekah ke Madinah. Madinah terletak sejauh 320 kilometer ke utara Mekah. Peristiwa ini berlaku pada bulan September 622. Sepanjang hayat, beliau sempat berpuasa Ramadan sebanyak sembilan kali. Para sarjana Islam merekodkan sejarah puasa bermula sejak Nabi Adam. Beliau berpuasa bagi membayar kafarah dosa kerana memakan buah terlarang di dalam syurga. Akibat terpengaruh dengan tipu daya syaitan, beliau dihalau keluar dari syurga dengan hikmah yang diatur oleh Allah. Allah menetapkan Adam dan keturunannya beribadah di bumi dan mentadbir bumi dengan agama Allah. Ibadat puasa ini terus ditunaikan pada zaman nabi-nabi dengan tujuan menguatkan iman, roh dan jasad dalam menghadapi cabaran nafsu yang menggoda. Selain itu, puasa juga adalah cara mendekatkan diri kepada Tuhan serta menghapuskan dosa yang pernah dilakukan. Pakar-pakar sejarah mendapati puasa dilakukan oleh semua manusia sejak zaman-berzaman. Bangsa Mesir purba yang menyembah berhala juga berpuasa. Bangsa Yunani juga mewajibkan setiap anak lelaki dan perempuan berpuasa. Bangsa Romawi dan Hindu masih berpuasa hingga ke hari ini. Dalam kitab Taurat, puasa diwajibkan ke atas orang-orang Yahudi pada hari ke-10 hari bulan ke tujuh dalam kalendar mereka. Ia bertepatan dengan bulan Syaaban bagi orang Islam lalu ia dinamakan hari Asyura(sepuluh). Mereka berpuasa siang dan malam. Puasa yang termasyur bagi orang-orang Nasrani pula ialah puasa sebelum Iedil Fishi iaitu hari memperingati kebangkitan al-Masih dari kubur. Menurut Imam al-Qurtubi, pada zaman Nabi Musa dan Nabi Isa, Allah juga mewajibkan mereka dan umat mereka supaya berpuasa pada bulan Ramadan. Kemudian mereka mengubah puasa Ramadan itu dengan menambah 10 hari sebagai nazar pendeta yang sembuh daripada sakit. Oleh itu, puasa orang Nasrani menjadi 40 hari. Pada masa itu, Ramadan bermula pada musim panas. Mereka meminda puasa Ramadan itu pada musim sejuk. Pendeta yang sakit itu bernazar, sekiranya dia sembuh daripada sakit mulutnya dia menambah puasa sehingga menjadi 50 hari. Kemudian ia dipinda dan ditambah oleh ketua-ketua gereja dengan berpuasa yang lain dan dalam bentuk yang lain. Ada yang berpuasa daripada memakan daging, telur, ikan,susu dan sebagainya. Imam Mujahid berkata Allah mewajibkan puasa ke atas setiap generasi manusia. Rashid Ridha menguatkan pendapat ini dengan berkata, "Puasa hari ini pernah dilakukan oleh masyarakat Arab sebelum Islam." Aisyah melaporkan orang Quraish Mekah berpuasa pada hari Asyura. Puasa hari Asyura berlaku pada 10 Muharram setiap tahun hijrah. Apabila Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah, beliau mendapati orang Yahudi juga berpuasa pada hari Asyura. Oleh itu, beliau dan para sahabat berpuasa dengan menambah satu hari sebelum hari Asyura bagi membezakan puasa orang Yahudi dengan orang Islam. Pada penghujung bulan Syaaban tahun kedua Hijrah, Allah menurunkan ayat 183 hingga 185 surah al-Baqarah yang mewajibkan umat Islam berpuasa selama sebulan dalam bulan Ramadan. Selepas puasa Ramadan diwajibkan, hukum mengenai puasa Asyura pun berubah. Nabi Muhammad mengeluarkan hukum mengenai puasa Asyura yang dilakukan sebelum itu, "Sesiapa yang ingin berpuasa pada hari Asyura, berpuasalah den sesiapa yang hendak berbuka berbukalah." Nabi Muhammad berpuasa Ramadan selama hidupnya sebanyak sembilan kali. Lapan kali dengan 29 hari dan sekali sahaja puasa penuh 30 hari. Mengikut laporan yang lain sebanyak dua kali puasa penuh 30 hari. Allah maha bijaksana menetapkan puasa wajib pada bulan Ramadan serta menentukan kitab-kitabnya turun pada bulan yang sama. Puasa pada bulan Ramadan adalah suruhan Allah supaya meninggalkan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa. Larangan-larangan itu pula adalah asas keperluan hidup manusia walaupun pada asalnya ia dihalalkan pada masa yang lain. Antaranya adalah makan, minum, hubungan seks antara suami dengan isteri dan lain-lain. Hubungan suami isteri bkan sekadar memuaskan nafsu bahkan masyarakat perlu melahirkan zuriat dan penyambung keturunan. Walaupun semua ini halal pada asalnya, apabila memasuki bulan Ramadan, Allah melarang melakukannya pada tempoh yang ditetapkan. Artikel dipetik daripada buku Ramadan Tetamu yang Dirindui hasil tulisan Tuan Abdul Hadi Awang.


Testimoni dari Seorang Makcik yang sudah 10 Tahun Menderita sakit Urat Saraf, bila kami menyarankan untuk mengamalkan Kapsul "PENAWAR RAJA SARAF" tak habis 1 botol yang mengandungi 20 set botol kecil. insyaa Allah semua jadi kembali Normal Alhamdulillah. (KLIK GAMBAR UNTUK VIDEO MAKCIK INI) 

tinyurl.com/ubati saraf

Tuesday, May 29, 2012

SUMBANGAN MANTAN PERDANA MENTERI (TUNKU ABDUL RAHMAN, TUN ABDUL RAZAK, TUN MAHATHIR MOHAMAD)



Malaysia telah banyak menyumbangkan kepakaran di peringkat antarabangsa semenjak dari zaman penjajahan portugis di Melaka pada tahun 1511 sehinggala pada era Dato’ Seri Najib Tun Haji Abdul Razak sekarang. Sumbangan Malaysia kepada dunia luar amat luas dan merangkumi pelbagai bidang dan agenda. Antaranya ialah bidang industri, politik pertanian, sukan, hiburan, pelancongan, sejarah ketamadunan bangsa serta agama dan sebagainya lagi yang membolehkan Malaysia di kenali di peringkat seantero dunia. Telah ramai pemimpin Negara yang menyumbang kepada kemajuan Malaysia dalam pelbagai bidang ini. Contohnya Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir Mohammad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Perdana Menteri Malaysia yang keenam Dato’ Seri Najib Tun Razak. Kesemua mereka telah memberi sumbangan yang tidak sedikit kepada Malaysia dahulu, kini dan akan datang. Sejak merdeka pada tahun 1957, Malaysia telah ditadbir di bawah kepimpinan enam Perdana Menteri.


Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj ( Bapa Kemerdekaan ) PERDANA MENTERI MALAYSIA - Pertama 

Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj dilahirkan pada 8 Febuari 1903 di Alor Setar, Kedah. Baginda merupakan anak ketujuh Sultan Kedah yang ke 24 iaitu Sultan Abdul Hamid Shah. Bonda Tunku bernama Manjalara. Beliau semasa kecil dibesarkan di Istana Kota Lama atau lebih dikenali sebagai Istana Tiga Tangga. Walaupun beliau dari keluarga diRaja namun jiwa rakyatnya tumbuh subur dan beliau lebih gemar berkawan dengan rakyat jelata. Tunku mendapat pendidikan awal di Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Setar. Antara guru beliau ialah Cikgu Mohamad bin Iskandar ( Bapa Tun Mahathir Muhammed ) dan Cikgu Hassan. Semasa beliau berusia 13 tahun beliau menyambung pelajaran di Sekolah Debsirindir, Bangkok. Di sekolah ini beliau mendalami Bahasa Siam dan juga Bahasa Inggeris. Di Bangkok beliau tinggal dengan ayah saudaranya iaitu Tunku Yusoff. Pada tahun 1916, apabila Tunku Yusoff meninggal dunia beliau mengambil keputusan untuk pulang ke Alor Setar, Kedah. Kemudiannya menyambung pelajaran di Penang Free School. Antara guru beliau ialah En. Goh, Mr Hamilton, Mr. Davies, Mr Butler dan Mr. Star. Setelah tamat dengan jayanya beliau melanjutkan pelajaran ke St. Catherine College tahun 1920 dari Cambridge University di England dari tahun 1922-1923. Di England, beliau bersama-sama sahabatnya iaitu Tuanku Abdul Rahman (YDPA Pertama) menubuhkan Malay Society of Great Britain. Baginda merupakan setiausaha pertama persatuan tersebut. ( Yusof Hashim. 1986:20 ) Pada tahun 1931 beliau kembali ke Tanah Melayu dan menjawat jawatan Penolong Pegawai Daerah Kulim dan kemudian dipindahkan ke Kuala Nerang. Pada tahun 1933 Tunku dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Daerah Kulim. Kemudian dipindahkan ke Pulau Langkawi dengan jawatan yang sama iaitu Pegawai Daerah pulau Langkawi. Tanggungjawab sebagai Pegawai Daerah membuatkan beliau dekat dengan rakyat jelata khususnya peninjauan hidup masyarakat yang serba dalam keadaan daif. Tunku berasa sungguh insaf melihatkan bangsa sendiri insaf melihatkan bangsa sendiri hidup dalam keadaan mundur dan miskin. Tahun 1931 baginda menamatkan zaman bujangnya dengan mengahwani gadis cina berketurunan siam bernama Meriam setelah memeluk islam. Perkahwinan mereka ini dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Tunku Khatijah dan Tunku Ahmad Nerang. Namun jodohnya tidak panjang kerana isteri kesayangannya meninggal dunia kerana mengidap penyakit malaria. Pada tahun 1939 baginda mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan Sharifah Rodziah dan kekal hingga ke akhir hayat. Beliau meninggal dunia ketika berusia 87 tahun iaitu pada 10 Disember 1990 dan dikebumikan di Makam Diraja, Langgar. Sumbangan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (31 Ogos 1957 – 22 September 1970 )
Perdana Menteri yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang digelar sebagai “Bapa Kemerdekaan” adalah orang yang bertanggungjawab berusaha memerdekakan Tanah Melayu dari cengkaman Pihak penjajah terutama pihak British. Tanggal 31 Ogos 1957, tepat pukul 12.00 malam, Tunku Abdul Rahman melaungkan ungkapan “Merdeka” dan diikuti keesokan harinya laungan “Merdeka” dilaungkan sekali lagi sebanyak 7 kali di Stadium Merdeka. Seluruh rakyat Malaysia berbangga dan berasa sebak di atas kurniaan kemerdekaan ini setelah hidup dalam penjajahan selama 450 tahun. Kembara Di dalam Politik Pengunduran Dato’ Onn Jaafar dari Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR/UMNO) telah memberikan ruang yang secukupnya untuk Tunku Abdul Rahman memperlihatkan kepimpinan yang dinamik dan halatuju kepimpinan melayu ke arah yang lebih jelas dan terbuka. Tugas sebagai pegawai daerah banyak mendidik beliau untuk menjad seorang politikus melayu yang prihatin dengan perjuangan membela nasib bangsa melayu. Lantaran itu apabila beliau mengambil alih jawatan Presiden Umno pada tahun 1951 telah memeberikan baginda kesempatan yang baik untuk memperjuangkan nasib bangsa melayu yang dilihatnya sebagai salah satu bangsa yang ketinggalan dalam semua lapangan kehidupan. Pada Pasca merdeka, kerajaan Perikatan di bawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj telah mengusulkan pembentukan Gagasan Malaysia pada tahun 1961. Pembentukan Malaysia yang mengabungkan Semenanjung Tanah Melayu, singapura, Borneo Utara (Sabah) Brunei dan Sarawak telah ditentang oleh Dr. Burhanuddin dan tokoh-tokoh radikal yang lain seperti Ahmad Boestamam, Prof. Zulkifli Muhammad dan Dato’ Onn yang turut berada dalam Dewan Rakyat. Sebagai contoh Dr. Burhanudin menegaskan di Dewan Rakyat bahawa konsep Malaysia yang hendak dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan haruslah berpaksikan kepada Konsep Melayu Raya. Pada 29 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman telah melancarkan cadangan penyatuan negeri-negeri Melayu di Singapura. Cadangan yang dikemukakan oleh Tunku ini kemudiannya mendapat sambutan yang menggalakkan dan seterusnya mendapat liputan akhbar-akhbar dalam dan luar Negara dengan meluasnya. Bukan setakat cadangan sahaja tetapi diikuti dengan penubuhan Jawatankuasa Perundingan Setiakawan ‘Melayu Raya’ yang dianggotai negeri-negeri seperti Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei yang dipengerusikan Donald Stephens. Kegiatan Islam Selepas menjadikan Islam sebagai agama Malaysia yang rasmi pada 1960, Tunku mengasaskan Pertubuhan Kebajikan Agama Islam (PERKIM), sebuah pertubuhan untuk membantu mualaf Islam untuk menyesuaikan diri kepada penghidupan baru. Beliau memegang jawatan Presiden PERKIM sehingga setahun sebelum kematiannya. Pada 1961, Malaysia menjadi tuan rumah kepada "Pertandingan Membaca Al-Quran Peringkat Antarabangsa" yang pertama, suatu peristiwa yang diperkembangkan daripada gagasan Tunku sewaktu beliau mengadakan pertandingan tahap negeri yang pertama di Kedah pada tahun 1951. Pada 1969, Tunku membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan dilantik sebagai Setiausaha Agung yang pertama. Beliau kemudian menubuhkan Bank Pembangunan Islam sebagai sebuah institusi yang khusus di dalam OIC. Tunku juga merupakan Presiden "Majlis Da'wah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik" (RISEAP) dari 1982 sehingga 1988. Sumbangan Tunku kepada dunia tidak terlalu besar dan meluas memandangkan beliau banyak menaburkan bakti dan berjasa kepada rakyat tempatan dalam usaha untuk memperoleh kemerdekaan daripada penjajah. Tun Abdul Razak Hussein ( Bapa Pembangunan ) 

PERDANA MENTERI MALAYSIA – Kedua
Abdul Razak bin Hussein dilahirkan pada 11 Mac 1922 di Pekan, Pahang, dan telah dibesarkan oleh datuknya dalam keluarga yang memelihara tradisi, adat resam dan agama. Abdul Razak membesar sebagai seorang kanak-kanak yang sering disebut sebagai contoh di kampungnya, taat kepada orang tua, cerdas dan bersopan-santun.Abdul Razak mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Melayu di Kampung Langgar di Pekan, Pahang pada zaman awal pemerintahan British. Dia bukan seorang pelajar miskin – ayahnya ialah Datuk Hussein, salah seorang pembesar wilayah di negeri Pahang. Namun begitu dia pergi ke sekolah berkaki ayam, semata-mata kerana perasaan hormat kepada rakan-rakannya yang rata-rata datang dari keluarga miskin dan tidak mampu membeli kasut sekolah. Begitulah awalnya kesedaran yang tertanam pada diri Abdul Razak tentang kepayahan hidup orang Melayu luar bandar ketika itu. Pada 1934 Abdul Razak melanjutkan pengajian ke peringkat menengah di Maktab Melayu Kuala Kangsar, di mana dia terus menunjukkan kecemerlangannya, bukan sahaja di bidang akademik tetapi juga di padang bola, hoki dan kriket, juga dalam kepimpinan pelajar. Tamat pengajian menengah, Abdul Razak memasuki Kolej Raffles di Singapura, tetapi pengajiannya terbantut bila Perang Dunia Kedua meletus. Dua tahun selepas perang berakhir, pada 1947 Abdul Razak mendapat biasiswa kerajaan British untuk melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang di England. Semasa di England, Abdul Razak mula aktif dalam politik. Pada masa itu, bakal Perdana Menteri Tanah Melayu , Tunku Abdul Rahman, juga sedang mengambil jurusan undang-undang di tempat yang sama. Tunku pada waktu itu adalah Yang Dipertua Persatuan Melayu Great Britain manakala Abdul Razak adalah setiausahanya. Abdul Razak juga telah menubuhkan Forum Tanah Melayu, yang merupakan wadah untuk pelajar-pelajar dari Tanah Melayu berdiskusi tentang isu-isu tanah air. Pada 1950 Abdul Razak menerima ijazah undang-undang dari Lincoln's Inn. Sekembali ke tanah air, Abdul Razak menyertai Perkhidmatan Awam. Pada tahun yang sama, beliau dipilih sebagai Ketua Pemuda Umno. Pada tahun berikutnya, Abdul Razak dilantik menjadi Timbalan Presiden Umno, ketika usianya 29 tahun. Sebagai sahabat kepada Tunku Abdul Rahman sejak zaman pengajian di London, Abdul Razak cepat dapat meletakkan dirinya sebagai orang nombor dua Umno dalam melaksanakan pelan pembangunan untuk Tanah Melayu. Pada 1953 Abdul Razak telah dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, dan dua tahun berikutnya pada usia 34 tahun, Abdul Razak menjadi Menteri Besar Pahang yang termuda. Bila Parti Perikatan memenangi pilihan raya umum pertama pada 1955, Datuk Abdul Razak telah dilantik sebagai Menteri Pelajaran dalam barisan kabinet pertama Tunku Abdul Rahman. Pada tahun berikutnya Abdul Razak berada di London sekali lagi bersama Tunku Abdul Rahman, kali ini sebagai anggota rombongan Tanah Melayu untuk menuntut kemerdekaan daripada Britain. Tun Abdul Razak meninggal dunia akibat leukemia di London pada Januari 1976. Pemergiannya yang tiba-tiba ketika rakyat sedang menikmati pembangunan, telah menggoncang seluruh negara. Tun Abdul Razak tidak sempat melihat hasil terbaik usaha-usahanya, tetapi batu asas pembangunan yang telah diletakkannya untuk Malaysia telah membuka ruang untuk negara meneruskan pembangunan yang lebih pesat seperti yang dinikmati hingga hari ini. Sumbangan Tun Abdul Razak (22 September 1970 - 14 Januari 1976)
Tidak sampai 18 bulan selepas Kemerdekaan dicapai, Abdul Razak telah dipertanggungjawabkan memikul tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Luar Bandar. Abdul Razak menjalankan kedua-kedua tugas dengan penuh tanggungjawab dan tenaga yang tidak mengenal erti gagal. Malah, sebaik sahaja dilantik sebagai Menteri Luar Bandar, Abdul Razak terus bangkit bertindak, merancang dan melaksanakan pelbagai projek pembangunan melalui siri rancangan lima-tahun. Sepanjang sepuluh tahun Abdul Razak memegang portfolio itu, beliau telah menjelajah sejauh tidak kurang 60,000 batu setahun ke setiap daerah di seluruh negara. Beliau telah mempamerkan iltizam yang tinggi dalam memperbaiki taraf kehidupan penduduk luar bandar. Rancangan Buku Merah dan Bilik Gerakan yang dipelopori Abdul Razak mencatit setiap butir perkembangan projek di setiap daerah rintangan, kegagalan, kemajuan dan kejayaannya. Pada awal 1960an ternyata para petani dan nelayan di seluruh negara mula menikmati hasil usaha mereka, suatu yang amat jarang berlaku sebelum itu.Tentunya, Abdul Razak bukan sahaja menumpukan usahanya kepada pembangunan luar bandar semata-mata. Selain mengusahakan penubuhan Felda, Felcra, Risda dan badan-badan lain yang bersangkutan pembangunan luar bandar, Abdul Razak juga mengusulkan penubuhan institusi-institusi lain seperti Bank Bumiputera, Mara, ITM, Universiti Kebangsaan, Perbadanan Nasional Berhad, Petronas dan Perbadanan kemajuan Ekonomi di setiap negeri. Sebagai Menteri Pelajaran pertama, Abdul Razak membentuk Dasar Pendidikan Kebangsaan yang mengiktiraf bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam pengajaran di pusat-pusat pendidikan. Dengan dasar yang berpandangan jauh ini, keharmonian kaum telah dapat disemaikan di peringkat kanak-kanak. Dikira dari hari pertama Abdul Razak memikul tugas sebagai Menteri Pelajaran, beliau telah membina sejumlah 3,000 buah sekolah, manakala tiga juta orang dewasa yang buta huruf telah dapat membaca dan menulis. Selepas pilihan raya tahun 1969, satu perselisihan kaum telah tercetus di Kuala Lumpur, ditiupkan pula oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab. Keadaan darurat telah diisytiharkan dan sebuah badan dikenali sebagai Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan, dengan Abdul Razak sebagai pengarahnya. Abdul Razak mengepalai MAGERAN selama 21 bulan. Di bawah pengurusan bijaksana Abdul Razak, ketenteraman dapat dipulihkan dan kedua-dua pihak bertelagah dapat berbaik semula dan bekerja bersama seperti sebelumnya. Pada September 1970, Abdul Razak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia kedua, selepas Tunku meletakkan jawatan dari kerajaan dan Parti Perikatan. Tun Abdul Razak menyambung usaha-usaha yang telah dimulakan oleh Tunku, mengisi Kemerdekaan yang baru dicapai dengan pelbagai projek pembangunan ekonomi dan sosial. Pentadbirannya yang tidak sampai enam tahun telah menyaksikan pembangunan yang begitu pesat di seluruh negara. Dasar Ekonomi Baru telah diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak pada pertengahan 1970 untuk membasmi kemiskinan di kalangan semua kaum dan menyusun semula aktiviti ekonomi ke arah pembahagian kekayaan negara yang lebih saksama. Jika disenaraikan satu-persatu sumbangan Tun Abdul Razak kepada negara, pastinya ia akan menjadi buku yang tebal, namun di antara pemberiannya yang paling berharga ialah pengwujudan Dasar Kebudayaan Nasional, yang telah menyediakan asas penting bagi pembentukan satu budaya Malaysia yang unik dan menggabungkan ciri-ciri semua kaum serta kesucian agama dan pengenalan Rukunegara sebagai ideologi nasional yang menggariskan hasrat serta ikrar rakyat Malaysia ke arah mencipta masyarakat Malaysia yang saksama, progresif, liberal dan bertatasusila. Di sebalik perwatakannya yang pendiam dan lemah lembut, Tun Abdul Razak sebenarnya adalah seorang wira berani yang sanggup mengharungi seribu rintangan dalam memajukan dan membela nasib rakyat. Bertepatanlah bila beliau dinobatkan sebagai Bapa Pembangunan Malaysia. Untuk kestabilan serantau, Abdul Razak mengusulkan pengwujudan Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) bagi Asia Tenggara. Beliau juga telah merintis jalan bagi menjalin hubungan yang lebuh baik dengan Republik Rakyat China. Dua tahun selepas menjadi Perdana Menteri, Tun Abdul Razak membuat keputusan untuk menjemput Dr Mahathir Mohamad, yang tersingkir pada 1969, kembali ke pangkuan Umno. Natijah dari keputusan ini telah mencipta beberapa dekad yang paling bermakna dalam sejarah Malaysia. 

 Tun Dr. Mahathir bin Mohamad ( Bapa Pemodenan ) Perdana Menteri Malaysia Keempat
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dilahirkan di Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah tanggal 10 Julai 1925. Merupakan anak bongsu daripada 9 adik-beradik dari pasangan Mohamed Iskandar dan Wan Tempawan Wan Hanapi. Tarikh lahir beliau yang didaftarkan pada 20 Disember 1925 (kesemua adik-beradik beliau didaftarkan lahir pada bulan Disember) oleh bapannya adalah untuk memudahkan urusan pendaftaran persekolahan. Dr. Mahathir mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Selepas lulus, beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di Government English School (GES) (kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid), Alor Setar pada tahun 1932. Sewaktu semua sekolah ditutup di eraPendudukan Jepun di Tanah Melayu, beliau telah membuka kedai kopi secara kecil-kecilan dan kemudiannya berniaga pisang goreng. Setelah tamat Perang Dunia Ke-2, beliau menyambung pelajarannya di sekolah yang sama pada tahun 1945 sehingga peringkat Sijil Tinggi Pelajaran (Senior Cambridge). Beliau seterusnya menuntut di Kolej Perubatan King Edward VII, Universiti Malaya, Singapura, dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) pada tahun 1953. Selepas mendapat ijazah, beliau ditugaskan sebagai doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang, Malaysia. Dr Mahathir telah bergiat aktif dalam politik sejak 1945 yang mana beliau mengambil bahagian dalam kempen menentang Malayan Union. Apabila UMNO ditubuhkan pada 1946, beliau adalah salah seorang yang pertama mendaftarkan diri sebagai ahli. Sebagai Pengerusi Parti Negeri Kedah, dan Pengerusi Jawatankuasa Politik, beliau dengan tidak sengajanya menimbulkan perasaan marah dengan golongan yang mempunyai perkaitan dengan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman apabila beliau membentangkan kriteria-kriteria kelayakan dalam pemilihan calon untuk pilihan raya umum 1959. Berasa sakit hati atas penuduhan bahawa beliau hendak memilihkan calon-calon yang rapat dengannya, Dr Mahathir enggan mengambil bahagian dalam pilihan raya tersebut. Pada Pilihan Raya Ketiga dalam tahun 1964, Dr Mahathir dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Setar selepas menewaskan calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dengan majoriti sebanyak 60.2%. Beliau menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 1965. Dalam Pilihan Raya 1969, beliau ditewaskan oleh calon PAS, Haji Yusoff Rawa, dengan cuma 989 undi sahaja, selepas beliau mengumumkan bahawa beliau tidak memerlukan undi-undi orang Cina untuk mencapai kerusinya. Berikutan peristiwa 13 Mei 1969, Dr Mahathir dipecat daripada keahliannya dalam Majlis Tertinggi UMNO pada 12 Julai, selepas pengedaran umum suratnya kepada Tunku Abdul Rahman. Dalam suratnya, beliau telah mengkritik cara pentadbiran Tunku. Pada 26 September 1969, Dr Mahathir juga dipecat keahliannya dalam UMNO. Semasa di luar parti, Tun Dr Mahathir mengarang buku "Dilema Melayu" (The Malay Dilemma). Buku kontroversi itu, yang mendedah dan menganalisis perwatakan orang Melayu telah diharamkan pada tahun 1970 dan pengharamannya hanya ditarik balik selepas Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri 18 tahun kemudiannya. Apabila Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir masuk semula ke dalam UMNO pada 7 Mac 1972 dan dilantik sebagai senator pada tahun 1973. Beliau bertanding di Kubang Pasu pada pilihan raya umum 1974, yang mana beliau menang tanpa bertanding. Selepas pilihan raya, Dr Mahathir dilantik sebagai Menteri Pelajaran dalam kabinet Tun Abdul Razak. Beliau memenangi salah satu daripada tiga kerusi naib presiden UMNO pada tahun 1975. Pada 1976, Perdana Menteri Tun Abdul Razak meninggal dunia secara mengejut dan penggantinya Datuk Hussein Onn melantik Dr Mahathir sebagai timbalannya, sambil masih mengekalkan portfolio pendidikan yang disandangnya. Tidak lama selepas itu Tun Dr Mahathir menjadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian. Pada pertengahan 1981, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Hussein Onn mengumumkan persaraannya dan menamakan Dr Mahathir sebagai penggantinya. Pada 10 Julai, 1981 Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat, dan lapan hari selepas itu sebagai Menteri Pertahanan. Pada 31 Oktober, 2003, Dr Mahathir bersara dan menamakan timbalannya, Datuk Seri Abdullah Badawi sebagai penggantinya. 

Sumbangan Tun Dr. Mahathir (16 Julai 1981 – 31 Oktober 2003)
Pada tahun-tahun awal pentadbirannya, Dr. Mahathir telah melancarkan Dasar Pandang ke Timur, di mana kerajaan berpaling ke negara-negara timur yang maju seperti Jepun dan Korea Selatan untuk tujuan usaha sama, perdagangan, pendidikan tinggi dan aspek-aspek lain yang difikirkan bersesuaian. Lebih kurang pada masa yang sama, Dr. Mahathir memeperkenalkan kempen ‘Bersih, Cekap, Amanah’ dan kemudian ‘Kepimpinan Melalui Teladan’. Pada 1990, Dr. Mahathir melancarkan Wawasan 2020, pelan sembilan cabaran yang menggariskan hasrat dan halatuju kerajaan dan rakyat Malaysia iaitu untuk mencapai taraf negara maju menjelang 2020. Taraf negara maju yang dibayangkan Dr. Mahathir bukanlah yang meniru cara hidup di negara-negara maju yang ada ketika ini, tetapi yang berlandaskan moral dan nilai-nilai murni mengikut acuan Malaysia sendiri. Pada 1996, Dr. Mahathir memacu Malaysia setapak lagi meninggalkan era ekonomi pertanian mundur, kali ini ke arah era maklumat, dengan melancarkan Koridor Raya Multimedia (MSC). Ekonomi berasaskan pengetahuan yang dirangsangkan oleh pembinaan MSC adalah peringkat ketiga peralihan ekonomi Malaysia yang akan membawa negara ke taraf negara maju menjelang 2020. Antara lainnya, projek MSC merangkumi aplikasi-aplikasi seperti kerajaan elektronik, tele-perubatan dan kad pintar serbaguna. Di satu hujung MSC terletak Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA, pembangunan gergasi yang menampilkan bangunan pejabat tertinggi di dunia, Menara Berkembar PETRONAS. Juga terletak di sepanjang koridor ini adalah pusat penyelidikan dan pembangunan berteknologi tinggi dan ‘Putrajaya’ bandar pintar pertama di dunia yang kini menjadi pusat pentadbiran Malaysia. Semua projek berbilion ringgit ini dan juga projek kereta nasional pertama Malaysia serta projek-projek mewah yang lain seperti Menara Kuala Lumpur, Jambatan Pulau Pinang dan banyak lagi projek-projek bertaraf dunia kerap menghadapi kritikan sewaktu ia mula dilaksanakan. Ramai menganggap Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysiayang paling berani dan lantang sehingga kini. Sama ada di dalam negara mahupun di persada antarabangsa Dr. Mahathir secara berani dan terbuka menyuarakan pendirian negara. Beliau dianggap jurucakap kepada negara-negara Dunia Ketiga mahupun Dunia Islam. Antara lainnya, Dr. Mahathir menjadi pengkritik utama kuasa barat tentang kegagalan menangani pedagang matawang yang menjadi punca krisis ekonomi pada lewat 1990an. Kemudian bila keganasan antarabangsa memuncak pada awal alaf baru, Dr. Mahathir dengan lantang mengecam tindakan pengganas, dan berulang kali menegaskan bahawa satu-satunya cara menangani keganasan ialah dengan mencari puncanya. Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad adalah pemimpin serba boleh, yang mungkin hanya satu dalam sejuta. Beliau adalah doktor, arkitek, jurutera, artis pakar niaga dan pemidato. Beliau juga adalah guru, pemikir, perancang dan pelakasana. Beliau adalah ayah dan sahabat. Paling penting beliau adalah negarawan terulung yang dilahirkan di bumi bertuah ini. Pada Mei 2003, satu koleksi 14 buku tentang pemikiran dan wawasan Dr. Mahathir telah dilancarkan oleh Yang di-Pertuan Agong. Sebuah Institut pemikiran Dr. Mahathir juga sedang dibangunkan. 

 PEMBAHARUAN PENTADBIRAN KERAJAAN UNTUK PEMBANGUNAN 
Di bawah kepimpinan Dr. Mahathir, pentadbiran negara Malaysia telah melalui pelbagai perubahan dan pembaharuan. Pembaharuan pentadbiran adalah untuk pembangunan negara. Perubahan yang ketara dalam sektor awam memperlihatkan satu peralihan paradigma yang merangkumi bukan sahaja perubahan struktur dan sistem, tetapi juga nilai, sikap dan pemikiran anggota perkhidmatan awam atau kakitangan kerajaan. Peranan baru ini telah meletakkan kepentingan hubungan yang erat antara sektor awam dan sektor swasta dalam semangat Pensyarikatan Malaysia. Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000) sektor awam terus melaksanakan program pembaharuan semasa serta memperkenalkan inisiatif baru bagi mempertingkatkan kualiti perkhidmatan yang diberi kepada orang awam.Usaha juga akan terus dipertingkatkan penyampaian perkhidmatan untuk memenuhi kehendak sektor swasta terutamanya dalam bidang pelaburan, perdagangan dan perniagaan. Dalam tempoh Rancangan Malaysia Keenam (1991-1996) kerajaan di bawah pimpinan beliau telah mengambil usaha untuk memeperkenalkan perubahan bagi mempertingkatkan budaya kecermelangan dalam menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan. Program pembaharuan pentadbiran yang dilaksanakan oleh kerajaan meliputi bidang-bidang yang luas, iaitu pengurusan kualiti, perlaksanaan Piagam Pelanggan, penghasilan inovasi, pembaikan kepada sistem dan prosuder kerja, pengukuran produktiviti dan prestasi, peluasa penggunaan teknologi maklumat, pengukuhan struktur organisasi, pembaikan dalam pengurusan anggota awam, penerapan nilai positif dan etika kerja, perwujudan sistem inspektor dan perlaksanaan Dasar Syarikat Malaysia. Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketujuh, Kerajaan terus memberi tumpuan kepada usaha memperbaiki pentadbiran dan pengurusan. Langkah-langkah akan diambil bagi memastikan usaha pembaharuan berjalan dengan lancar dan berkesan. Langkah yang diambil akan diteruskan dan inisiatif baru akan diteroka bagi meningkatkan kecekapan dan produktiviti sektor awam disamping mewujudkan persekitaran yang sesuai bagi pertumbuhan sektor swasta. Maklumat ini akan hanya dapat dicapai melalui penyediaan perkhidmatan yang lebih mengutamakan pelanggan, pembaikan kepada sistem dan prosedur kerja, penekanan kepada prestasi dan hasil, penggunaan IT yang lebih luas, pengukuhan struktur organisasi dan pengurusan anggota sektor awam, pembaikan sistem pengesanan projek, pengukuhan akauntabiliti, disiplin dan etika kerja, ‘follow-up’ dan follow through’ perlaksanaan program serta pengukuhan kerja sektor awam dan swasta. 

KE ARAH PERKHIDMATAN YANG LEBIH MENGUTAMAKAN PELANGGAN 
 Gerakan kualiti terus menjadi asas bagi kerajaan dalam usaha menjadikan sektor awam lebih mengutamakan pelanggan. Perlaksanaan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) akan dipergiatkan lagi dalam kalangan agensi yang berurusan secara langsung dengan orang awam terutamanya agensi yang terlibat dalam kutipan hasil serta galakan perdagangan dan pelaburan Di samping itu kerajaan akan menambah bilangan perkhidmatan dan agensi yang menyertai Rangkaian Perkhidmatan Awam (PSN). Selaras dengan rancangan ini, PSN akan dihubungkan dengan lebih banyak pejabat pos dan diperluaskan lagi ke Sabah dan Sarawak. Kerajaan juga memberi tumpuan untuk meningkatkan kualiti pengurusan dan sistem jaminan kualiti pengurusan dan sistem jaminan kualiti dalam usaha memperbaiki perkhidmatan yang diberikan oleh agensi sektor awam. Bagi mencapai matlamat ini, tindakana akan diambil bagi merancang dan melaksanakan siri ‘ Standard ISO 9000’ di kementerian jabatan dan agensi secara berperingkat. Langkah-langkah akan diambil bagi menyedarkan garis panduan mengenai siri standard ini disamping menjalankan program latihan bagi mempercepatkan perlaksanaannya dalam perkhidmatan awam. 

 PERANAN TEKNOLOGI MAKLUMAT YANG LEBIH LUAS
 Di bawah pentadbiran Dr. Mahathir juga, industri teknologi maklumat (IT) telah diperkenalkan di negara ini. Penggunaan IT dalam sektor awam diperluaskan dengan tumpuan kepada pembangunan insfrastruktur IT bagi meningkatkan keberkesanan pengurusan dan produktiviti. Usaha ini akan merealisasikan objektif ke arah mewujudkan perkhidmatan awam yang kurang menggunakan kertas. Program IT kerajaan akan memberi tumpuan kepada penggubalan standard IT, pembangunan pangkalan data wam, perlaksanaan Rangkaian Telekomunikasi Bersepadu Kerajaan (GITN), peningkatan keselamatan komputer dan rangkaian komputer, pembangunan anggota IT serat kesedaran terhadap IT. Penggubalan Pelan Standard IT akan menggariskan Standard untuk Pertukaran Data Elektronik (EDI), prosedur perolehan, sistem metodologi pembangunan sistem serta prosedur dan garis panduan untuk pengumpulan dan penyebaran maklumat. Dari segi metodologi pembangunan, perhatian akan diberikan kepada pendekatan ‘object-oriented’ yang bertujuan meningkatkan produktiviti pembangunan perisian melaui pengurangan dalam kos pembangunan kitaran hayat dan meningkatkan perisian mudah alih. PROJEK MEASAT Dalam usaha membangunkan masyarakat Malaysia yang bermaklumat, pembangunan Lebuhraya Maklumat dan Koridor Raya Multimedia (MSC) menerusi insfrastruktur telekomunikasi telah memberi kejayaan yang cemerlang. Pelancaran satelit milik Malaysia, iaitu Malaysia East Asia Satellite (MEASAT) pada Januari 1996 telah meletakkan Negara Malaysia di ruang angkasa globalisasi. Ini membolehkan perkhidmatan telekomunikasi, penyiaran dan IT diperoleh secara langsung dan serentak dari satu tempat ke satu tempat dan keseluruh pelusuk negara serta hampir seluruh Asia Timur. Penggunaan gentian optik, stesen bumi dan satelit, kabel darat dan dasar laut, teknologi pancaran tanpa talian dan selular serta teknologi ‘broadband’ dan digital yang sama-sama membentuk insfrastruktur telekomunikasi abad ke 21 Malaysia akan membolehkan penghantaran secara meluas aplikasi IT seperti video, grafik, suara, multimedia, cetakan desktop, perniagaan secara ‘virtual’, LTC pendidikan jarak jauh, tele-perubatan dan aplikasi IT yang lain. Malaysia memiliki keupayaan yang mencukupi bagi memenuhi keperluan dan telekomunikasi dan IT-nya dengan perlaksanaan sepenuhnya insfrastruktur ini. Melalui kupasan tentang tajuk ini, ianya telah membuka mata dan minda kita selaku rakyat Malaysia untuk sama memberikan satu kerjasama bagi melicinkan perlaksanaan dan rancangan barisan pemimpin dalam merangka pembangunan yang mampu menyumbang kepada kemajuan negara sekali gus meletakkan negara Malaysia sebaris negara maju yang lain di dunia. Pelbagai rancangan yang bakal dilaksanakan adalah untuk rakyat dan negara. Bagi sama-sama menjaga negara kita ke arah keamanan dan kesejahteraan yang berterusan, kita sendiri perlu menanamkan semangat cintakan negara dan memberi kerjasama dalam terus menjulang nama Malaysia.

PANDUAN PERNIAGAAN DI EBAY CARA MAFIA .BAGAIMANA MENGHASILKAN RIBUAN DOLLAR DENGAN MENGGUNAKAN MULTIPLE AKAUN TANPA RISAU 
'DI SUSPEND' OLEH EBAY. SELAIN ITU BANYAK LAGI RAHSIA YG AKAN DIRUNGKAI UNTUK MENJADIKAN EBAY SEBAGAI PLATFORM PERNIAGAAN YANG UNGGUL.
(KLIK GAMBAR DI BAWAH) 

http://tinyurl.com/rahsiamafiaebay

             
                 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...