Search This Blog

Friday, December 16, 2016

Kemahiran Berfikir secara Kreatif dan Kritis (KBKK)




Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) adalah merupakan salah satu konsep yang diperkenalkan dalam situasi Pembelajaran Bestari.  Ianya bertujuan untuk menggalakkan pelajar-pelajar berfikir dalam menentukan sesuatu cadangan atau jawapan.  Beberapa alat pemikir (thinking tools) digunakan sebagai panduan kepada guru-guru dalam mengendalikan  pembelajaran dalam kelas.
Definisi yang sesuai untuk kemahiran berfikir masih dipertikaikan kerana kebanyakan tokoh mempunyai pendapat yang berbeza-beza. Walaupun tafsiran tentang pemikiran itu berbeza-beza, namun secara amnya kebanyakan tokoh pemikir bersetuju bahawa pemikiran dapat dikaitkan dengan proses menggunakan minda untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Dapatlah dirumuskan bahawa,Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialami.
Kemahiran berfikir secara Kreatif
            Menurut Woolfolk (1998), kretiviti adalah pemikiran imaginati, baru dan asli apabila menyelesaikan masalah atau menghassilkan produk baru. Kemahiran berfikir secara kreatif juga dapat dirumuskan sebagai kecekapan atau keupayaan menggunakan minda menerokai pelbagai kemungkinan menghasilkan sesuatu yang baru, asli dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan. Kemahiran kreatif dikaitkan dengan otak bahagian kanan atau hemisfera kanan. Kesimpulannya kreativiti ialah keupayaan menghasilakan atau mencipta sesuatu objek atau idea yang baru, asli dan unik. Antara contoh kemahiran berfikir secara kreatif termasuklah:
·         Menjana dan menghasilakan idea yang pelbagai
·         Mencipta analogi
·         Mencipta metafora
Kemahiran berfikir secara Kritis
            Perkataan critical berasal daripada perkataan kritikos yang beerti menyoal bagi mempertingkatkan pengetahuan. Perkataan kritikal dicipta bagi istilah mengelak berlakunya kesilapan, kekeliruan dan andaian-andaian yang kurang tepat. Dalam hal ini kemahiran berfikir secara kritis boleh dimaksudkan sebagai kecekapan dan keupayaan minda menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, menganalisis atau meneliti kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar menggunakan alasan dan bukti yang munasabah. Kemahiran berfikir secara kreatif juga akan memperluaskan idea dan memperkembangkan imiginasi. Contoh-contoh kemahiran berfikir secara kritis adalah seperti yang berikut:
·         Membanding dan membezakan
·         Membuat kategori
·         Meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan
·         Membuat sekuens
·         Menerangkan sebab
·         Membuat ramalan
·         Mengusul periksa andaian
·         Membuat infrens
·         Mengesahkan sumber maklumat
KBKK dalam Pendidikan Islam
            Bagi subjek Sirah Nabawiyah contohnya, murid boleh membincangkan bagaimana starategi peperangan yang diatur oleh Rasulullah SAW dan para sahabat dari sudut logik, hikmah serta memahami latar belakang perancangan tersebut secara holistik dan mendalam. Pelajar juga boleh memikirkan pengaplikasian pengajaran yang diperolehi daripada sirah Nabi untuk di gunapakai pada hari ini.
            Seterusnya bagi subtopik Akhlak, program ini menjadi keperluan kritikal kerana banyak situasi dunia luar daripada bilik darjah yang memerlukan kepada kemahiran berfikir kritis ini. Sebagai contoh dalam bab bergaul dengan keluarga. Pelajar diajar untuk memahami punca masalah dan seterusnya mencadangkan tindakan-tindakan yang boleh diambil. Maka apabila perkara tersebut benar-benar terjadi, pelajar mampu berfkikir, mencari jalan penyelesaian yang terbaik dan bertindak secara rasional.
            Subtopik Ibadah, pelajar boleh didedahkan dengan permasalahan dalam ibadah. Kesannya pelajar boleh mengaplikasikan ilmu teori atau konsep yang dipelajari ke dalam situasi kehidupan. Sebagai contoh tajuk Solat  Jama’ dan Qasar dalam sukatan pelajaran tahun 5, yang membolehkan musafir yang bermusafir sejauh 90 kilometer boleh mengabungkan dua waktu solat. Apabila situasi ini terjadi dalam kehidupan, ianya boleh diaplikasikan dan secara tidak langsung mendedahkan pelajar dengan kemahiran berijtihad dalam islam.
            Bagi pendidikan Aqidah pula, cara ini boleh dijalankan ke atas topik yang melibatkan pencarian dalil-dalil akal tentang kewujudan Allah, sifat-sifat Allah-Al Wahid, Ar-Rahman dan sebagainya serta dalil kewujudan Malaikat. Pelajar boleh membincangkan bukti-bukti kewujudan tersebut selain daripada yang terdapat dalam silibus.

 PRODUK SUAMI TAHAN LAMA. MENDAYUNG LEBIH 30 MINIT DENGAN PRODUK BUATAN MELAYU, MUSLIM, MALAYSIA.TAHAN LAMA ISTERI GEMBIRA

(KLIK GAMBAR DI BAWAH)

http://tinyurl.com/gelmax

           
 KEJUTKAN ISTERI ANDA DENGAN SAIZ ZAKAR LUAR BIASA HEBAT??

(KLIK GAMBAR DI BAWAH)
kedaionlinekeluarga.webs.com


Thursday, December 8, 2016

GOUT: PUNCA DAN PENAWARNYA














LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...