i.
PENDAHULUAN
Guru
dalam bilik darjah menggunakan berbagai teknik dan kaedah untuk membolehkan
murid melakukan proses pembelajaran. Aktiviti pembelajaran
seperti set induksi, penerangan, penyoalan, tunjukcara,
variasi rangsangan, peneguhan, penggunaan gerak-geri , gerak-isyarat,
sikap(‘gesture’) dan perlakuan bukan lisan seperti senyum , anggukan kepala dan
gerakan tangan dan sebagainya akan menentukan keberkesan guru. Guru yang
berkesan akan memilih kemahiran-kemahiran yang sesuai dengan umur dan kebolehan
murid serta objektif pelajaran, juga perlu memikirkan organisasi dan disiplin
bilik darjah. Pengajaran mikro membolehkan guru melatih diri dengan satu
kemahiran pada satu masa, dan apabila satu kemahiran itu telah dikuasai,
barulah dapat digabungjalinkan kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam
pengajaran (Shahabuddin Hashim, 2003). Pengajaran mikro juga dapat
meningkatkan latihan dan kesedaran terhadap teknik pengajaran.
Refleksi
saya berdasarkan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Fekah Tahun 3. Masa
yang ditetapkan 30 minit. Tajuk pengajaran ialah tentang “Najis”. Setelah
melihat semula rakaman dan pendapat daripada rakan-rakan dapatlah saya
simpulkan kekuatan dan kelemahan pengajaran saya seperti berikut.
ii.
KEKUATAN
Tugasan
ini banyak membantu saya meningkatkan dan menambahkan lagi ilmu pengetahuan
saya sebagai seorang guru. Diharapkan segala pengetahuan ini dapat dicurahkan
kepada anak didik saya di sekolah dalam segala usaha bersesuaian dengan
transformasi pendidikan masa kini.
Secara
amnya saya dapat menyelesaikan tugasan ini dan saya juga berpuas hati dan
berbangga kerana objektif pengajaran pada hari itu tercapai dengan cemerlang.
Murid-murid juga bersemangat dan memberi kerjasama yang sepenuhnya menyebabakan
tiada masalah dari segi pengawalan kelas. Fizikal kelas saya pada hari ini juga
sangat ceria dan di sini dapatlah memberi keselesaan kepada murid-murid saya
belajar dengan lebih kondusif, ceria dan mantap. Saya juga mempunyai
personaliti yang baik seperti cara berpakaian adalah mengikut kod etika
perguruan dan bersesuaian dengan gelaran seorang guru agama. Proses pengajaran
dan pembelajaran juga berlaku dua hala apabila saya menggunakan teknik menyoal.
(Ayob Jantan, 2005) Murid-murid memberi respon kepada soalan-soalan yang
dikemukan oleh saya. Perkara ini amat berkesan untuk menarik minat murid untuk
mengetahui dengan lebih lanjut mengenai isi pelajaran. Kelebihan dan kekuatan
yang dapat dikesan dalam menjalankan set induksi dalam tugasan makro pengajaran
kali ini ialah saya telah melaksanakan set induksi yang menarik perhatian dan
merangsang minat murid. Di samping itu juga, set induksi yang saya rancangkan
menjurus kearah kesediaan minda murid seperti yang dikaitkan dengan pelajaran
lepas, isu semasa dan persekitaran. Saya juga menghubungkan pengajaran saya
dengan kehidupan seharian murid.
Penerangan
saya dengan suara yang lantang dan jelas dalam menerangkan jenis jenis najis
telah berjaya menarik minat murid terhadap pembelajaran dan berjaya merangsang
minda pelajar untuk berfikir tentang isi pelajaran. Contoh-contoh yang saya
berikan telah berjaya memikat hati pelajar tentang kewujudan najis di sekitar
mereka. Justeru itu, nada suara saya yang lantang memudahkan murid-murid
di dalam kelas dapat mendengar dengan jelas seterusnya membantu pemahaman murid
terhadap apa yang saya sampaikan. Hal ini akan memberi kesan yang baik kepada
tumpuan dan fokus murid terhadap pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.
Di
samping itu juga , murid akan dapat memberi tumpuan terhadap isi pembelajaran
tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain. Ketegasan dalam menyampaikan isi
pembelajaran juga membuatkan murid lebih hormat kepada saya.
iii.
KELEMAHAN SERTA LANGKAH MENGATASI
Setelah
diteliti dan dinilai semula saya rasa masih ada kekurangan pada makro
pengajaran saya ini. Pertamanya adalah penggunaan papan tulis. Saya tidak
menulis tajuk pelajaran setelah memperkenalkan tajuk pelajaran kepada
murid-murid. Tajuk pelajaran sepatutnya perlu ditulis dengan jelas pada papan
tulis. Kecuaian saya ini menyebabkan murid yang berada di aras 1, mungkin
tertanya-tanya mengenai tajuk yang diperkenalkan oleh saya selepas set induksi
dilaksanakan. Selain itu saya juga tidak memakai tanda nama sewaktu
mengajar. Tanda nama merupakan cabang dalam kod etika perguruan (Muhamat Said,
2007). Seseorang guru yang tidak memakai tanda nama dianggap salah dari segi
kod etika berpakaian kakitangan kerajaan seperti yang telah digariskan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia. Jika diberi peluang sekali lagi saya berharap
perkara-perkara yang mungkin dianggap remeh ini tidak akan berlaku lagi.
Selain
itu, saya tidak menggunakan bahan bantu mengajar mengikut seperti apa
yang telah saya rancangkan. Hal ini berlaku kerana berlaku sedikit kekangan tatkala
memasang projektor pada kelas saya. Projekter tersebut rosak dan tidak boleh
digunakan menyebabkan saya telah hilang mood dan terpaksa menggantikan bahan
bantu mengajar saya dengan kertas majung sahaja. Saya telah pun menyediakan slide
(power point) untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran saya ini, namun
kita hanya merancang dan Allah saja yang telah menentukan. Sepatutnya saya juga
boleh menggunakan tayangan video yang dimuat naik dari “you tube” sebagai bahan
pengajaran kerana dengan tayangan tersebut murid-murid mungkin lebih berminat
dan bersemangat untuk mengetahui isi pelajaran saya pada hari itu (Rozinah
Jamaludin, 2005). Jika saya diberi peluang sekali lagi untuk mengajar tajuk
ini, saya akan mengaplikasikan penggunaan ICT dalam pengajaran saya.
Saya
juga kurang prihatin dengan aktiviti atau kaedah pengajaran saya.
Saya hanya menggunakan beberapa kaedah biasa sahaja iaitu penyoalan,
perbincangan, pembentangan dan membaca semula teks yang dipamerkan serta kaedah
sumbangsaran. Selain itu saya juga lebih banyak menggunakan kedah syarahan.
Jika dilihat semula kaedah atau teknik lakunan atau simulasi juga boleh
digunakan agar murid-murid menjadi lebih cergas.
Pada
langkah pengukuhan pula saya kurang melibatkan semua murid. Murid yang
berada di aras 1 tidak dikumpulkan dan tidak dibimbing sepenuhnya. Saya hanya
membimbing murid yang bertanyakan soalan sahaja. Jika saya berpeluang sekali
lagi mengajar tajuk ini perkara-perkara sebegini akan lebih saya berikan
perhatian.
Seterunya
saya juga kurang menyentuh kepintaran semua murid secara terperinci.
Saya lebih banyak memberi ruang kepada murid yang aktif sahaja menyertai
pengajaran saya. Murid-murid yang berada pada aras 1 tidak berperanan kerana
tidak diberi ruang kepadanya secara khusus. Jika saya diberi peluang mengajar
tajuk ini lagi, saya akan memastikan semua murid menyertai proses pengajaran
dan pembelajar yang saya jalankan.
Saya
juga kurang menitik berat akan masa yang patut diambil bagi sesi
pengajaran saya kali ini. Justeru saya terkejar-kejar menggunakan setiap masa
yang ada dengan keadaan yang agak kalut. Jika saya berpeluang mengajar sekali
lagi tajuk ini, saya akan memperuntukkan masa yang lebih. Masa 30 minit agak
kurang sesuai untuk mengajar secara keseluruhan isi kandungan dalam tajuk ini.
Contohnya saya boleh menggunakan 15 minit pada pengertian dan bahagian najis
sahaja, manakala saya perlu menggunakan 15 minit lagi untuk mengajar contoh dan
jenis-jenis najis. Masa yang sebegini dapat memberi ruang mengajar yang lebih
selesa untuk mempelbagaikan aktiviti seperti tayangan video, simulasi dan
sebagainya. Pengurusan masa sangat penting bagi seseorang guru terutama ketika
merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran sebenar. Masa
yang diatur dengan baik serta bijak akan menghasilkan satu proses pengajaran
dan pembelajaran yang baik dan berkesan.
iv.
KESIMPULAN
Ekoran
daripada membuat refleksi ini, saya dapat mengambil kesempatan untuk memuhasabah
diri saya dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran terutama pada
tajuk ini. Masih banyak perkara yang perlu saya perbaiki. Justeru saya perlu
mengambil beberapa langkah segera dan bersesuaian jika saya diberi peluang
mengajar pada lain kalinya. Perkara-perkara yang boleh menyebabkan proses
pengajaran dan pembelajara menjadi lemah perlulah segera diatasi dan juga
dielakkan dari berlaku. Yang sedemikian seseorang guru haruslah memiliki sifat
kreatif, kritis dan inovatif. Hal ini akan lebih menjayakan proses pengajaran
dan pembelajaran berjalan dengan secemerlang mungkin. Walaubagaimana dan apa
carapun yang paling penting adalah berlakunya proses guru mengajar dan murid
belajar di dalam kelas. Perkara ini lebih diutamakan kerana ianya merupakan proses
pengajaran atau penyampaian ilmu yang sebenar. Murid dididik secemerlang
mungkin akhlak dan peribadinya selaras dengan keseimbangan duniawi dan ukhrawi
selain mencapai objektif yang paling diharapkan oleh semua warga pendidik
sesuai dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Saya
akan sentiasa berusaha untuk mencuba pelbagaikan kaedah,startegi dan teknik
yang berkesan bagi pemahaman murid ke atas setiap isi pelajaran yang
disampaikan dan saya akan membuat refleksi semula apakah kelemahan saya untuk
penambahbaikan ke atas setiap pengajaran yang saya lakukan. Justeru itu, saya
juga akan berkongsi pandangan dan pendapat daripada rakan-rakan agar tercapai
amanah yang dipertanggungjawabkan sebagai seorang pendidik untuk menyebarkan
ilmu kepada anak bangsa kita sendiri.
No comments:
Post a Comment