Search This Blog

Monday, October 12, 2015

Tips Simpanan (Jangka Pendek,Sederhana,Panjang)



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Entry kali ni tentang tips simpanan yang saya telah lakukan.Alhamdulillah nampak hasil.oleh itu, rasanya lebih baik saya kongsikan supaya sama-sama beroleh manfaat.kalau yang boleh ikut,just follow kalau xboleh mungkin ada cara lain yg anda boleh kongsikan di ruangan komen.

1. Simpanan Takaful/ Insurans Diri

- Saya mula menyimpan di Takaful sejak 2008 berjumlah RM120 setiap bulan hingga umur 55 tahun.

KELEBIHAN:
- Perlindungan diri jika berlaku sesuatu musibah/penyakit yang memerlukan kos rawatan tinggi sepanjang usia hingga 80 tahun (kalau xsilap)
- Jika sepanjang umur ini saya xpernah claim wang saya akan dipulangkan +DIVIDEN.
- Oleh itu saya ada wang ketika hari tua saya

2. KWSP

- Simpanan ini sejak saya mula bekerja pada  2009.untung2 pencen nanti dah ada duit untuk berehat.huhuhu

3. Simpanan Duit Syiling

- Sekarang ni simpanan duit syiling semuanya saya akan masukkan kedalam akaun anak saya.(semasa entry ini ditulis anak saya baru sorang tetapi isteri sedang mengandung anak kedua)
- Saya akan campurkan Duit Syiling,Duit Pemberian org pada anak dan duit raya anak saya dicampurkan lalu dimasukkan ke dalam Akaun Tabung Haji.
- Jika setahun saya dapat menyimpan RM365 (Purata sehari RM1.00) pada usia anak saya 18 tahun, jumlah yang terkumpul adalah rm 6570 BELUM TERMASUK DIVIDEN TABUNG HAJI. 
*pengiraan berdasarkan amaun yang terendah
- Sekurang-kurangnya ada daripada tiada
- Kiranya ayah masih ambil peduli simpanan anak

4. Simpanan Duit Kertas RM 20

- Tujuan saya mengumpul not RM 20 utk jangka masa sederhana contohnya.Pembelian Perabot,Road Tax,melancong dan pembelian barang kurang RM1000

5. Simpanan Duit Kertas RM 1

Simpanan ini saya akan kumpul dan akan dimasukkan kedalam akaun Tabung Haji setahun sekali.Tahun 2014 saya berjaya menyimpan RM 1 sebanyak RM 1200. (simpanan yang dilupakan)

6. Simpanan Emas

-Simpanan jangka masa sederhana atau panjang.simpan sikit2 lebih kurang 1g setiap kali beli.berdasarkan track record harga emas meningkat jangka masa panjang.
- Contoh: Beli (1 g ) RM 150 pada tahun 2014 berkemungkinan boleh dijual ( 1g) RM 200 pada 2016. (untung RM 50 per gram)

6. Simpanan Membeli rumah/kenderaan/hartanah
Ini mungkin berbeza setiap orang.Alhamdulillah Allah kurniakan saya perniagaan yang dapat membantu untuk urusan ini.

* Jumlah Berbeza mengikut situasi setiap orang


Alhamdulillah ini adalah tips simpanan yang saya amalkan. Jika Lebih pendapatan boleh tingkatkan mengikut keupayaan.

Semoga bermanfaat (^.^)

CARA MUDAH DAN MURAH RAWAT RESDUNG (KLIK SINI)


Monday, August 17, 2015

ASAS PEDAGOGI





i. PENDAHULUAN
Guru dalam bilik darjah menggunakan berbagai teknik dan kaedah untuk membolehkan murid melakukan proses pembelajaran.    Aktiviti pembelajaran seperti  set  induksi, penerangan, penyoalan, tunjukcara,  variasi rangsangan, peneguhan,  penggunaan gerak-geri , gerak-isyarat, sikap(‘gesture’) dan perlakuan bukan lisan seperti senyum , anggukan kepala dan gerakan tangan dan sebagainya akan menentukan keberkesan guru. Guru yang berkesan akan memilih kemahiran-kemahiran yang sesuai dengan umur dan kebolehan murid serta objektif pelajaran, juga perlu memikirkan organisasi dan disiplin bilik darjah. Pengajaran mikro membolehkan guru  melatih diri dengan satu kemahiran pada satu masa, dan apabila satu kemahiran itu telah dikuasai, barulah dapat digabungjalinkan kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam pengajaran (Shahabuddin Hashim, 2003).  Pengajaran mikro juga dapat meningkatkan latihan dan kesedaran terhadap teknik pengajaran.
Refleksi saya berdasarkan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Fekah Tahun 3. Masa yang ditetapkan 30 minit. Tajuk pengajaran ialah tentang “Najis”. Setelah melihat semula rakaman dan pendapat daripada rakan-rakan dapatlah saya simpulkan kekuatan dan kelemahan pengajaran saya seperti berikut.

ii. KEKUATAN
Tugasan ini banyak membantu saya meningkatkan dan menambahkan lagi ilmu pengetahuan saya sebagai seorang guru. Diharapkan segala pengetahuan ini dapat dicurahkan kepada anak didik saya di sekolah dalam segala usaha bersesuaian dengan transformasi pendidikan masa kini.
Secara amnya saya dapat menyelesaikan tugasan ini dan saya juga berpuas hati dan berbangga kerana objektif pengajaran pada hari itu tercapai dengan cemerlang. Murid-murid juga bersemangat dan memberi kerjasama yang sepenuhnya menyebabakan tiada masalah dari segi pengawalan kelas. Fizikal kelas saya pada hari ini juga sangat ceria dan di sini dapatlah memberi keselesaan kepada murid-murid saya belajar dengan lebih kondusif, ceria dan mantap. Saya juga mempunyai personaliti yang baik seperti cara berpakaian adalah mengikut kod etika perguruan dan bersesuaian dengan gelaran seorang guru agama. Proses pengajaran dan pembelajaran juga berlaku dua hala apabila saya menggunakan teknik menyoal. (Ayob Jantan, 2005) Murid-murid memberi respon kepada soalan-soalan yang dikemukan oleh saya. Perkara ini amat berkesan untuk menarik minat murid untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai isi pelajaran. Kelebihan dan kekuatan yang dapat dikesan dalam menjalankan set induksi dalam tugasan makro pengajaran kali ini ialah saya telah melaksanakan set induksi yang menarik perhatian dan merangsang minat murid. Di samping itu juga, set induksi yang saya rancangkan menjurus kearah kesediaan minda murid seperti yang dikaitkan dengan pelajaran lepas, isu semasa dan persekitaran. Saya juga menghubungkan pengajaran saya dengan kehidupan seharian murid.
Penerangan saya dengan suara yang lantang dan jelas dalam menerangkan jenis jenis najis telah berjaya menarik minat murid terhadap pembelajaran dan berjaya merangsang minda pelajar untuk berfikir tentang isi pelajaran. Contoh-contoh yang saya berikan telah berjaya memikat hati pelajar tentang kewujudan najis di sekitar mereka. Justeru itu,  nada suara saya yang lantang memudahkan murid-murid di dalam kelas dapat mendengar dengan jelas seterusnya membantu pemahaman murid terhadap apa yang saya sampaikan. Hal ini akan memberi kesan yang baik kepada tumpuan dan fokus murid terhadap pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.
 Di samping itu juga , murid akan dapat memberi tumpuan terhadap isi pembelajaran tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain. Ketegasan dalam menyampaikan isi pembelajaran juga membuatkan murid lebih hormat kepada saya.

iii. KELEMAHAN SERTA LANGKAH MENGATASI
Setelah diteliti dan dinilai semula saya rasa masih ada kekurangan pada makro pengajaran saya ini. Pertamanya adalah penggunaan papan tulis. Saya tidak menulis tajuk pelajaran setelah memperkenalkan tajuk pelajaran kepada murid-murid. Tajuk pelajaran sepatutnya perlu ditulis dengan jelas pada papan tulis. Kecuaian saya ini menyebabkan murid yang berada di aras 1, mungkin tertanya-tanya mengenai tajuk yang diperkenalkan oleh saya selepas set induksi dilaksanakan. Selain itu saya juga tidak memakai tanda nama sewaktu mengajar. Tanda nama merupakan cabang dalam kod etika perguruan (Muhamat Said, 2007). Seseorang guru yang tidak memakai tanda nama dianggap salah dari segi kod etika berpakaian kakitangan kerajaan seperti yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Jika diberi peluang sekali lagi saya berharap perkara-perkara yang mungkin dianggap remeh ini tidak akan berlaku lagi.
Selain itu, saya tidak menggunakan bahan bantu mengajar mengikut seperti apa yang telah saya rancangkan. Hal ini berlaku kerana berlaku sedikit kekangan tatkala memasang projektor pada kelas saya. Projekter tersebut rosak dan tidak boleh digunakan menyebabkan saya telah hilang mood dan terpaksa menggantikan bahan bantu mengajar saya dengan kertas majung sahaja. Saya telah pun menyediakan slide (power point) untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran saya ini, namun kita hanya merancang dan Allah saja yang telah menentukan. Sepatutnya saya juga boleh menggunakan tayangan video yang dimuat naik dari “you tube” sebagai bahan pengajaran kerana dengan tayangan tersebut murid-murid mungkin lebih berminat dan bersemangat untuk mengetahui isi pelajaran saya pada hari itu (Rozinah Jamaludin, 2005). Jika saya diberi peluang sekali lagi untuk mengajar tajuk ini, saya akan mengaplikasikan penggunaan ICT dalam pengajaran saya.
Saya juga kurang prihatin dengan aktiviti atau kaedah pengajaran saya. Saya hanya menggunakan beberapa kaedah biasa sahaja iaitu penyoalan, perbincangan, pembentangan dan membaca semula teks yang dipamerkan serta kaedah sumbangsaran. Selain itu saya juga lebih banyak menggunakan kedah syarahan. Jika dilihat semula kaedah atau teknik lakunan atau simulasi juga boleh digunakan agar murid-murid menjadi lebih cergas.
Pada langkah pengukuhan pula saya kurang melibatkan semua murid. Murid yang berada di aras 1 tidak dikumpulkan dan tidak dibimbing sepenuhnya. Saya hanya membimbing murid yang bertanyakan soalan sahaja. Jika saya berpeluang sekali lagi mengajar tajuk ini perkara-perkara sebegini akan lebih saya berikan perhatian.
Seterunya saya juga kurang menyentuh kepintaran semua murid secara terperinci. Saya lebih banyak memberi ruang kepada murid yang aktif sahaja menyertai pengajaran saya. Murid-murid yang berada pada aras 1 tidak berperanan kerana tidak diberi ruang kepadanya secara khusus. Jika saya diberi peluang mengajar tajuk ini lagi, saya akan memastikan semua murid menyertai proses pengajaran dan pembelajar yang saya jalankan.
Saya juga kurang menitik berat akan masa yang patut diambil bagi sesi pengajaran saya kali ini. Justeru saya terkejar-kejar menggunakan setiap masa yang ada dengan keadaan yang agak kalut. Jika saya berpeluang mengajar sekali lagi tajuk ini, saya akan memperuntukkan masa yang lebih. Masa 30 minit agak kurang sesuai untuk mengajar secara keseluruhan isi kandungan dalam tajuk ini. Contohnya saya boleh menggunakan 15 minit pada pengertian dan bahagian najis sahaja, manakala saya perlu menggunakan 15 minit lagi untuk mengajar contoh dan jenis-jenis najis. Masa yang sebegini dapat memberi ruang mengajar yang lebih selesa untuk mempelbagaikan aktiviti seperti tayangan video, simulasi dan sebagainya. Pengurusan masa sangat penting bagi seseorang guru terutama ketika merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran sebenar. Masa yang diatur dengan baik serta bijak akan menghasilkan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang baik dan berkesan.

iv. KESIMPULAN
Ekoran daripada membuat refleksi ini, saya dapat mengambil kesempatan untuk memuhasabah diri saya dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran terutama pada tajuk ini. Masih banyak perkara yang perlu saya perbaiki. Justeru saya perlu mengambil beberapa langkah segera dan bersesuaian jika saya diberi peluang mengajar pada lain kalinya. Perkara-perkara yang boleh menyebabkan proses pengajaran dan pembelajara menjadi lemah perlulah segera diatasi dan juga dielakkan dari berlaku. Yang sedemikian seseorang guru haruslah memiliki sifat kreatif, kritis dan inovatif. Hal ini akan lebih menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan secemerlang mungkin. Walaubagaimana dan apa carapun yang paling penting adalah berlakunya proses guru mengajar dan murid belajar di dalam kelas. Perkara ini lebih diutamakan kerana ianya merupakan proses pengajaran atau penyampaian ilmu yang sebenar. Murid dididik secemerlang mungkin akhlak dan peribadinya selaras dengan keseimbangan duniawi dan ukhrawi selain mencapai objektif yang paling diharapkan oleh semua warga pendidik sesuai dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Saya akan sentiasa berusaha untuk mencuba pelbagaikan kaedah,startegi dan teknik yang berkesan bagi pemahaman murid ke atas setiap isi pelajaran yang disampaikan dan saya akan membuat refleksi semula apakah kelemahan saya untuk penambahbaikan ke atas setiap pengajaran yang saya lakukan. Justeru itu, saya juga akan berkongsi pandangan dan pendapat daripada rakan-rakan agar tercapai amanah yang dipertanggungjawabkan sebagai seorang pendidik untuk menyebarkan ilmu kepada anak bangsa kita sendiri.



CARA MUDAH DAN MURAH RAWAT RESDUNG (KLIK DISINI)



Friday, March 27, 2015

Terima Kasih Banyak Nuffnang (Mac 2015)

Tajuk gempak Gila...hihihi

Apa mimpi bagi sampai banyak BE ni

tapi Kalau 1 BE bagi RM100 boleh berenti kerja ni

Harap-harap jadi kenyataan..aamiiiiiin


CARA MUDAH DAN MURAH RAWAT RESDUNG (KLIK)


Friday, March 20, 2015

TUNE TALK TONE EXCEL




Pada lazimnya setiap manusia tercari-cari cara menambah pendapatan sampingan tanpa meninggalkan kerja hakiki.
tetapi ada kalanya nak buat buat kerja sampingan tetapi tak tahu nak buat apa....huhuhuhu.balik kerja letih lepastu nak tambah side income pulak dengan niaga malam, pastu bila pikir2 balik rasa macam dah xlarat. tapi memikirkan keluarga, semangat balik tapi masih lagi terpikir apa nak buat.... biasa kan? :)

Disini saya berikan cadangan.apa kata start buat bisnes sen-sen tetapi berterusan...

Bisnes apa tu?

JAWAPAN: TUNE TALK TONE EXCEL


Ok ke Bisnes ni?

Tak kenal maka tak cinta. Jadi Jom kita review sikit tentang perniagaan ni.
(cerita pasal kadar, kelebihan dan plan bisness je ek...pasal company anda semua google ya...huhuhu)

1. Liputan
Tune Talk menggunakan insfratruktur Celcom seperti pemancar, talian dan lain-lain. dimana sahaja ada liputan Celcom disitu juga terdapat liputan Tune Talk.

2. Simkad
Harga simcard Tune Talk (sehingga post ini ditulis) adalah RM90 dan terdapat RM30 didalamnya.

3. Faedah

- Airtime percuma setiap kali anda topup.
  Topup RM50 (free RM20 airtime)
  Topup RM30 (free RM10 airtime)
selain nilai diatas tiada airtime percuma

- Kekalkan No Lama
- Percuma mata ganjaran setiap kali anda topup



Apa guna dengan point-point ni?
Anda boleh menebus tiket penerbangan dan hadiah-hadiah yang ditawarkan (yang menariknya handphone...huhuhuu)

-Selain itu anda juga akan dicover perlindungan Insurans sebanyak RM100k, Diskaun penerbangan Airasia dan penginapan di Tune Hotel. (Tertakluk pada terma dan Syarat)

4. Kadar Panggilan,SMS dan Internet

- Kadar Panggilan RM 0.28 seminit.
- RM 0.10 SMS
- RM 0.10/ 1MB
- RM 42.00 / 1GB

5. Bisnes/ Perniagaan

selain memiliki kelebihan untuk kegunaan sendiri Tune Talk Tone Excel juga mempelawa para usahawan yang berminat menjalankan perniagaan sendiri.. (yg ni syok sikit :) )

- Jika anda memperkenalkan satu simcard Tone Excel anda layak menerima komisen sebanyak RM 20 satu simcard.. Jika sebulan anda perkenalkan kepada 5 orang..anda akan dapat RM 100/ Bulan..
Tiada limit untuk anda perkenalkan. Ianya dipanggil Bonus Fast Track.



- Selain Bonus Fast Track Ada lagi satu bonus yang super duper best...huhuhu
   Ianya ialah BONUS TOPUP

- Setiap Kali rakan yang anda perkenalkan di Fast Track tadi topup, anda juga akan dapat hasilnya... yehuuuu!! malah jika rakan yang anda taja tersebut memperkenalkan pula pada orang lain maka anda pun turut terkena tempiasnya...



CONTOH:
 Anda perkenalkan pada Abu dan beliau topup RM 100 sebulan maka anda mendapat 6% daripadanya iaitu RM 6. Jika anda menaja 100 orang yang topup RM 100 setiap sorang maka anda telah mendapat RM 600.

Jika Abu memperkenalkan pada Ali dan beliau topup RM 100 sebulan maka anda mendapat 3% daripadanya iaitu RM 3. Jika Ali menaja RM 100 orang yang topup RM 100 setiap Orang maka anda telah mendapat RM 300.

Jika Ali memperkenalkan pada Johan dan beliau topup RM 100 sebulan maka anda mendapat 11% daripadanya iaitu RM 11.

Jika anda sebagai agen sahaja pendapatan anda akan berhenti pada Level 3 sahaja.Tetapi jangan risau jika anda dan boleh melakukan seperti diatas anda boleh upgrade dan memiliki Bonus Topup secara INFINITI!!!! ( yang ni saya terangkan pada entry yang lain ya...hihihihi )

Rasanya cukuplah sampai disini penerangannya.letih nak taip tanpa copy paste ni.. :)
Jika Berminat Boleh Contact/Sms/Wassap : 019-360 7150 (SHIDI)


CARA MUDAH DAN MURAH RAWAT RESDUNG (KLIK)








Barakallah by Maher Zain with Video and Lyrics

Barakallah by Maher Zain with Lyrics

ENJOY!!!!!



                                              "Baraka Allahu Lakuma"


We’re here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together
We’re gathered here to celebrate
A moment you’ll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever

Let’s raise our hands and make Du’a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.

From now you’ll share all your chores
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure

We pray that He will fill your life
With happiness and blessings
And grants your kids who make your home
Filled with laughter

Let’s raise our hands and make Dua
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.

بارك الله
بارك الله لكم ولنا

الله بارك لهما
الله أدم حبهما
الله صلّي وسلّم على رسول الله

الله تب علينا
الله ارض عنا
الله اهد خطانا
على سنة نبينا

Let’s raise our hands and make Du’a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
Barakallahu Lakuma wa Baraka alikuma


CARA MUDAH DAN MURAH RAWAT RESDUNG (KLIK)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...