Darah merupakan satu
tisu unik yang mempunyai ciri-ciri tertentu dan merupakan satu medium
pengangkut oksigen ke seluruh tubuh, ia juga berfungsi untuk membekalkan tisu
dengan zat, menyingkir bahan kuman dan mengandungi sistem imunisasi bertujuan
mempertahankan diri dari jangkitan kuman.
Darah manusia berwarna merah, menjadi merah terang apabila di oksigen
kepada merah tua apabila tiada oksigen. Warnanya disebabkan oleh kandungan
hemoglobin di dalam darah atau dikenali sebagai protein pernafasan, tempat di
mana oksigen bergabung.
KOMPOSISI DARAH
Darah terdiri
daripada beberapa jenis korpuskel (corpuscles), yang membentuk 45%
bahagian daripada darah. 55% yang lain adalah plasma darah, cecair kekuningan yang membentuk medium cecair
darah.
Korpuskel Terdiri
Daripada :
1. Sel Darah Merah
Sel darah merah atau eritosit (sekitar 99%). S.D.M
tidak mempunyai nukleus sel dan organelle, S.D.M mengandungi hemoglobin
dan berfungsi untuk mengedarkan oksigen. S.D.M juga bertanggungjawab bagi
sistem jenis darah.
·
Terdapat lebi kurang
5 juta jumlah eritosit untuk setiap milimeter padu eritosit (mm3).
·
berbentuk dwicekung
dan bersaiz tetap.
·
Berasal daripada
tulang sum-sum
2.
Platlet
·
Platlet atau
thrombokytes (0.6 - 1.0%), bertanggungjawab untuk pembekuan darah.
- Terdiri daripada serpihan kecil.
- Terbentuk daripada sitoplasma sel besar
(megakariosit).
- Berasal daripada sum-sum tulang.
- Terdapat lebi kurang 2.5 juta jumlah Platlet
untuk setiap milimeter padu Platlet (mm3).
3.
Sel Darah Putih
·
Sel darah putih atau leukosit(0.2%), merupakan
sebahagian daripada sistem imunisasi; dan bertugas untuk memusnahkan
agen jangkitan(sistem pertahanan tubuh).
·
Menpunyai nukleus,
tidak mempunyai bentuk yang tetap dan berhemoglobin.
·
Terdapat lebi kurang
8000 jumlah sel darah putih untuk setiap milimeter padu darah putih (mm3).
4.
Plasma Darah
·
Salah satu jirim yang mempunyai zarah bercas bertenaga yang
bertindakbalas dengan daya elektromagnet.
·
Sejenis cecair tidak berwarna yang merupakan sebahagian daripada darah yang mengandungi fibrinogen yang membantu dalam
pembekuan darah.
·
Turut mengandungi
Serum yang mengandungi air, pelbagai jenis protein, glukosa, lipid, garam,
vitamin, enzim dan hormon.
·
Juga terdapat
immunoglobin (antibodi) yang bertindak balas terhadap sebarang serangan
bendasing seperti bakteria dan virus.
Keseluruhannya,
plasma dan korpuskel membentuk cecair yang ciri alirannya unik bersesuaian
dengan rekabentuk pembuluh darah.
Leukosit (sel darah
putih)
Terbahagi kepada 2
jenis iaitu:
1.
Granulosit :-
sitoplasma bergranul dan mempunyai nukleus
bercuping
2.
Agranulosit :-
sitoplasma tidak bergranul dan mempunyai
nukleus yang besar.
Granulosit.
·
Sitoplasma bergranul
·
Nukleus berbentuk
cuping.
Angranulosit
·
Sitoplasma tidak
bergranul.
·
Nukleus besar.
Fungsi Darah
1. Sebagai sistem pengangkutan:-
·
Pengangkutan air yang
merupakan pelarut dan bahantara utama
untuk tindak balas kimia berlaku.
·
Pengangkutan hasil
dari percernaan.
·
Pengangkutan hormon
dari kelenjar yang merembeskannya ke organ sasaran.
·
Pengangkutan gas
terlarut seperti oksigen dan gas karbon dioksida.
·
Pengangkutan bahan
kumuh seperti urea, asid urik dan karbon dioksida.
2. Sistem Homeostasis:-
·
Mengawal atur haba
tubuh dengan mengangkut haba ke kulit dan bahagian-bahagian lain badan untuk
dibuang.
·
Plasma darah
memelihara keseimbangan tekanan osmosis dalam dan luar sel serta memelihara
kestabilan ph.
3. Sistem Pertahanan:-
·
Terdapat tiga cara
dalam sistem pertahanan:
1)
Proses fagositosis
iaitu proses penelanan dan pencernaan bakteria atau benda asing oleh sel darah
putihseperti neutrofil dan monosit.
2)
Penghasilan antibodi iaitu sel limfosit bertindak melalui
beberapa cara iaitu menyelaput bakteria dan memudahkan fagosit menelannya,
melarutkan lapisan luar bakteria dan meneutralkan toksin yang dihasilkan oleh
bakteria.
3)
Pembekuan Darah :-
Platlet dan fibrinogen dalam darah akan
membeku.
Jenis Kumpulan Darah
·
Darah manusia terdiri
daipada 4 jenis iaitu :-
a)
Darah O
b)
Darah A
c)
Darah B
d)
Darah AB
Darah O
·
Merupakan kumpulan
darah yang tidak mempunyai sebarang antigen tetapi mempunyai antibodi di dalam
darah
·
Darah jenis O ini
hanya boleh menderma kepada semua kumpulan darah (A, B,AB dan O) dan hanya
boleh menerima darah jenis O sahaja .
Darah A
·
Merupakan kumpulan
darah yang mempunyai antigen A dan antibodi B
·
Darah jenis ini boleh
menerima darah dari jenis A,AB dan O sahaja
·
Manakala darah jenis
A pula hanya boleh menderma kepada kumpulan darah jenis A dan AB sahaja.
Darah AB
·
Darah AB merupakan
satu kumpulan darah yang tidak mempunyai antibodi tetapi mempunyai antigen A
dan B
·
Kumpulan darah AB
hanya boleh menderma kepada kumpulan darah jenis AB sahaja
·
Manakala darah jenis
ini pula merupakan penerima universal dimana
darah AB boleh menerima darah dari kumpulan darah yang lain.
Darah B
·
Merupakan kumpulan
darah yang mempunyai antigen B dan antibodi A
·
Darah jenis ini boleh
menerima kumpulan darah jenis B,AB dan O sahaja
·
Manakala darah dari
kumpulan B hanya boleh menderma kepada kumpulan darah jenis B dan AB sahaja.
Sistem Limfa
Bukan darah sahaja
yang diedarkan ke seluruh badan, sistem Limfa juga merupakan sistem peredaran.
Sistem ini membawa bendalir berair dipanggil cecair Limfa yang memainkan
peranan penting dalam sistem Pertahanan badan.
Sistem Limfa mengumpulkan bendalir
tisu yang telah mengalir ke dalam tisu dari kapilari dan membawanya semula ke dalam
vena melalui dua duktus di leher. Sistem Limfa terbentuk daripada jalinan
kapilari yang mempunyai hujung tertutup, seperti jejari sarung tangan. Kapilari
bergabung dengan salur yang lebih besar. Cecair limfa mengalir ke seluruh badan
dengan bantuan otot.
Salur Limfa mempunyai injap
didalamnya supaya cecair limfa mengalir dalam satu arah sahaja. Salur limfa
mempunyai dinding yang nipis supaya protein dan molekul agak besar yang tidak
dapat diserap oleh kapilari darah, akan dapat menembusinya.
Salur Limfa menembusi nodul
berbentuk bujur yang dipanggil kelenjar limfa. Terdapat kira-kira seratus
kelenjar limfa di dalam badan. Kebanyakkannya berada di bahagian zakar, ketiak
dan leher. Kelenjar limfa menghasilkan sel darah putih (limfosit) dan antibodi
yang berfungsi menentang jangkitan daripada merebak ke seluruh badan dengan
memerangkap mikrob dan membinasakannya.
Rujukan:
“Bagaimana Darah Kita Beredar”, 1999,
Johor, Pelangi Library Sdn Bhd
http://ms.wikipedia.org/wiki/Darah