Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Entry kali ni tentang tips simpanan yang saya telah lakukan.Alhamdulillah nampak hasil.oleh itu, rasanya lebih baik saya kongsikan supaya sama-sama beroleh manfaat.kalau yang boleh ikut,just follow kalau xboleh mungkin ada cara lain yg anda boleh kongsikan di ruangan komen.
1. Simpanan Takaful/ Insurans Diri
- Saya mula menyimpan di Takaful sejak 2008 berjumlah RM120 setiap bulan hingga umur 55 tahun.
KELEBIHAN:
- Perlindungan diri jika berlaku sesuatu musibah/penyakit yang memerlukan kos rawatan tinggi sepanjang usia hingga 80 tahun (kalau xsilap)
- Jika sepanjang umur ini saya xpernah claim wang saya akan dipulangkan +DIVIDEN.
- Oleh itu saya ada wang ketika hari tua saya
2. KWSP
- Simpanan ini sejak saya mula bekerja pada 2009.untung2 pencen nanti dah ada duit untuk berehat.huhuhu
3. Simpanan Duit Syiling
- Sekarang ni simpanan duit syiling semuanya saya akan masukkan kedalam akaun anak saya.(semasa entry ini ditulis anak saya baru sorang tetapi isteri sedang mengandung anak kedua)
- Saya akan campurkan Duit Syiling,Duit Pemberian org pada anak dan duit raya anak saya dicampurkan lalu dimasukkan ke dalam Akaun Tabung Haji.
- Jika setahun saya dapat menyimpan RM365 (Purata sehari RM1.00) pada usia anak saya 18 tahun, jumlah yang terkumpul adalah rm 6570 BELUM TERMASUK DIVIDEN TABUNG HAJI.
*pengiraan berdasarkan amaun yang terendah
- Sekurang-kurangnya ada daripada tiada
- Kiranya ayah masih ambil peduli simpanan anak
4. Simpanan Duit Kertas RM 20
- Tujuan saya mengumpul not RM 20 utk jangka masa sederhana contohnya.Pembelian Perabot,Road Tax,melancong dan pembelian barang kurang RM1000
5. Simpanan Duit Kertas RM 1
Simpanan ini saya akan kumpul dan akan dimasukkan kedalam akaun Tabung Haji setahun sekali.Tahun 2014 saya berjaya menyimpan RM 1 sebanyak RM 1200. (simpanan yang dilupakan)
6. Simpanan Emas
-Simpanan jangka masa sederhana atau panjang.simpan sikit2 lebih kurang 1g setiap kali beli.berdasarkan track record harga emas meningkat jangka masa panjang.
- Contoh: Beli (1 g ) RM 150 pada tahun 2014 berkemungkinan boleh dijual ( 1g) RM 200 pada 2016. (untung RM 50 per gram)
6. Simpanan Membeli rumah/kenderaan/hartanah
Ini mungkin berbeza setiap orang.Alhamdulillah Allah kurniakan saya perniagaan yang dapat membantu untuk urusan ini.
* Jumlah Berbeza mengikut situasi setiap orang
Alhamdulillah ini adalah tips simpanan yang saya amalkan. Jika Lebih pendapatan boleh tingkatkan mengikut keupayaan.
Semoga bermanfaat (^.^)