Search This Blog

Wednesday, April 11, 2012

FALSAFAH PENDIDIKAN

Falsafah berasal dari dua patah perkataan Yunani,Philo iaitu cinta dan Sophic iaitu hikmat. Ahli falsafah Barat seperti Socrates, Plato, Aristotle dan Descrades member definisi falsafahsebagai ‘keyakinan yang yakin’.Bertitik tolak dari definisi ini, masyarakat Barat menjadikan falsafah sebagai pegangan hidup. Falsafah dari pandangan Islam tidak lari dari makna kata asalnya namun diolah bagi memastikan kesesuaian dengan sumber utama agama Islam iaitu ‘cinta terhadap hikmat dan berusaha untuk mendapatkannya’.Dari takrif ini jelaslah falsafah dari pandangan Islam mestilah bersandar dengan tiga sumber utama iaitu Al-Quran, Hadis dan ijmak ulama. Galakan Al-Quran sendiri dalam mencari hikmah dipaparkan dalam kitab suci Al-Quran yang bermaksud : “Barangsiapa diberi hikmah, maka ia telah diberi kebaikan yang banyak”. ( Surah Al-Baqarah,2: 269 ). Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud: “ Hikmah adalah benda yang hilang dari orang mukmin maka siapa yang menemuinya hendaklah ia memungutnya”. Dari segi falsafah,maksud pendidikan adalah proses memanusiakan manusia. Ianya bermaksud proses memupuk dan meningkatkan kesedaran dalam diri manusia tentang fizikal dan metafizikal (Ghazali,2001). Falsafah pendidikan kebangsaan (FPK) dibentuk bagi merialisasikan hasrat Negara melahirkan indidvidu yang dapat membangunkan Negara dan hidup harmoni dan berkasih sayang. Ini bererti sukatan pelajaran, pedagogi, penerapan nilai kokurikulum dan kurikulum pendidikan dikawal oleh FPK. FPK pada asasnya menekankan pembangunan empat unsur utama dalam diri seorang individu iaitu intelek, rohani, jasmani maka warganegara yang dicita-citakan adalah insan yang mempunyai kepercayaan yang benar dan mantap, patriotik, mencintai ilmu, menjaga kesihatan, dapat berdikari, suka bermasyarakat dan dapat mengawal emosi dengan bijak. Jika dilihat FPK adalah bersesuaian dengan apa yang diajar dalam Agama Islam itu sendiri iaitu aspek pembangunan diri manusia. Seperti kalam Saidina Umar Al-Khattab yang menjawab persoalan Rasulullah SAW ketika ditanya apakah yang akan diminta oleh Umar seandainya doanya dimakbulkan? Jawab Saidina Umar: “Aku akan meminta sepuluh orang pemuda yang gagah dan bijak pandai untuk aku asuh hingga menjadi asset bagi umat Islam”. (Yusuf Kandahlawi, Hayatus Sahabah). Perlu disedari bahawa FPK tidak akan mendatangkan sebarang kesan, andainya ia tidak dihayati dan dilaksanakan dalam budaya dan iklim institusi pendidikan itu sendiri. (Ghazali, 2001). Beberapa isu nasional yang menghiasi dada akhbar saban tahun memerlukan jawapan adakah Kementerian Pendidikan benar-benar merialisasikan matlamat FPK atau FPK itu sendiri perlu dipinda bagi memenuhi tuntutan negara yang semakin maju dan berhadapan dengan cabaran global. Memetik kata-kata Y. Bhg. Dato’ Dr. Hj. Ahamad bin Sipon, bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia ketika perutusan Hari Guru 2005, “Kualiti merupakan sesuatu yang subjektif dan ia merujuk kepada darjah kecermelangan, mutu atau sifat keunggulan. Dalam konteks membangunkan pendidikan berkualiti bertaraf dunia dan untuk membolehkan Negara kekal kompetitif di persada antarabangsa maka kualiti perlu dibudayakan dalam sistem pendidikan Negara secara berterusan dan menyeluruh. Dalam system persekolahan ia bermula dengan guru. Guru berkualiti ialah guru berwawasan dan bermatlamat. Guru yang rajin akan berusaha untuk meningkatkan kompetensinya dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan dan kemahiran. Guru ini memilih untuk mencapai darjah cemerlang, gemilang dan terbilang dalam kejayaannya”. Akhir sekali guru mestilah sentiasa bermuhasabah diri agar sentiasa dapat mengamalkan cirri-ciri guru berkualiti yang sebati dengan jiwa dan berkekalan dalam sebarang bentuk perlakuan, pertuturan, pemikiran dan budaya kerja sepanjang perkhidmatan. Jangan biarkan pepatah menyebut ‘guru kencing berdiri, murid kencing berlari’ atau ‘seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul’ mencemari profesion keguruan.



Testimoni dari Seorang Makcik yang sudah 10 Tahun Menderita sakit Urat Saraf, bila kami menyarankan untuk mengamalkan Kapsul "PENAWAR RAJA SARAF" tak habis 1 botol yang mengandungi 20 set botol kecil. insyaa Allah semua jadi kembali Normal Alhamdulillah. (KLIK GAMBAR UNTUK VIDEO MAKCIK INI) 
tinyurl.com/ubati saraf
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...