Search This Blog

Tuesday, December 6, 2011

KISAH WALI ALLAH "AWAIS AL-QARNI"

Sebuah kapal yang penuh dengan muatan dan mempunyai kira-kira 200 orang penumpang berlepas dari satu pelabuhan di Mesir. Di dalam kapal tersebut terdapat ahli-ahli perniagaan yang terkenal.
di dalam pelayaran, tiba-tiba kapal tersebut dilanda angin kencang dan ombak besar lalu menyebabkan kapal tersebut terumbang ambing hampir pecah.Seluruh anak kapal berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan kapal tersebut tetapi sia-sia kerana angin dan ombak besar terus menerus memukul kapal tersebut.
Semua yang berada di dalam kapal tersebut berasa sangat cemas dan kelam kabut. dalam keadaan cemas dan kelam kabut tersebut, terdapat seorang lelaki yang tidak memperlihatkan wajah yang gusar ataupun cemas. Mulutnya sentiasa berzikir kepada Allah.
Dengan keadaan yang tenang, lelaki tersebut turun lalu berjalan di atas air dan bersembahyang di atas laut yang bergelora. Mereka yang melihat kejadian tersebut amat terkejut dan berasa sangat takjub. barulah mereka tahu bahawa lelaki tersebut adalah "wali Allah" lalu mereka meminta pertolongan darinya.
namun lelaki tersebut tidak memandang mereka yang memanggilnya. mereka yang berada didalam kapal yang hampir tenggelam itu terus menerus memanggil lelaki tersebut dengan berkata "wahai wali Allah" tolonglah dan jangan tinggalkan kami.
lalu lelaki itu menoleh ke arah mereka seraya berkata "apa hal??".seolah beliau tidak mengetahui apa-apa.berkata seorang daripada mereka."wahai wali Allah tidakkah kamu mengambil berat tentang kapal yang hendak tenggelam ini??.lalu wali Allah itu berkata :"dekatkan diri kamu pada Allah."penumpang bertanya lagi: apa yang kami perlu buat?? Jawab wali Allah : tinggalkan semua hartamu, jiwamu akan selamat..penumpang itu berkata lagi: wahai wali Allah kami sanggup meninggalkan harta kami asalkan kami selamat..wali Allah berkata: turun kamu semua ke dalam air dengan membaca Bismillah. dengan membaca Bismillah seorang demi seorang ke ats air dan menghampiri wali Allah yang sedang berzikir.. tidak berapa lama kemudian tenggelamlah kapal yang membawa saratan yang penuh dengan harta. mereka hanya melihat kapal mereka tenggelam di dalam laut sambil mereka berdiri di atas air.
salah seorang dari mereka bertanya: siapakah kamu wahai wali Allah?? lalu wali Allah itu berkata, saya adalah AWAIS AL-QARNI.. peniaga itu berkata lagi, wahai wali Allah, didalam kapal tersebut terdapat harta kepunyaan fakir miskin Madinah yang dihantar oleh jutawan Mesir.wali Allah bertanya lagi: jika Allah mengembalikan harta kamu, adakah kamu akan mengagihkan kepada orang miskin Madinah?? peniaga itu berkata" betul, saya tidak akan menipu wahai wali Allah".
setelah wali Allah mendengar pengakuan dari peniaga tersebut, maka beliau pun mengerjakan solat sunat 2 rakaat di atas air dan berdoa supaya kapal tersebut ditimbulkan semula bersama harta-hartanya. tidak lama kemudian kapal itu timbul sedikit demi sedikit sehingga terapung semula di atas air. kesemua barang perniagaan dan barang-barang lain berada dalam keadaan selamat dan tidak ada apa yang kurang.
setelah itu naiklah semua penumpang dan meneruskan pelayaran ke madinah. sampai di Madinah mereka mengagihkan kepada orang miskin di sana sehingga tidak seorang pun yang tertinggal..


CARA MUDAH DAN MURAH RAWAT RESDUNG (KLIK)

Friday, December 2, 2011

HIJRAH




Penghijrahan adalah suatu yang penting untuk kita lakukan
bagi menuju ke lorong yang lebih baik. Dan mempunyai scop
yang luas seperti meninggalkan perbuatan jahat kepada
kebaikan. Perlu melakukannya sepanjang perjalanan hidup.
Perubahan ini dijadikan penanda aras samada perjuangan

untuk meletakan diri sebagai hamba Allah yang lebih baik
berjaya atau sebaliknya.

Dalam situasi berhijrah banyak dugaan yang akan kita hadapi,
pelbagai gangguan yang akan mengikuti kita sama ada syaitan
atau manusia. Semua ini untuk menggagalkan jalanan menuju
destinasi kejayaan bagi meraih segala kebaikan. Apa yang
penting mantapkan aqidah dan memperkukuhkan iman.

Sebagai seorang muslim sekiranya solat tidak penuh lima
waktu, lakukan dengan sepenuhnya. Kemudian hendaklah
memperbaiki kualitinya, diikuti dengan solat-solat sunat pula.
Ini juga sebagai satu hijrah.

Ya..setiap insan mahukan yang terbaik, tapi bukanlah mudah
seperti membalikan telapak tangan, perlukan usaha yang
bersunguh-sungguh, namun jangan lupa dengan diiringi
doa, kerana doa juga merupakan senjata kita. Allah swt yang
mengatur segalanya.

Hijrah membolehkan seseorang melakukan lebih banyak
kebaikkan untuk diri sendiri, keluarga, agama, bangsa dan
negara. Allah melipat gandakan kejayaan dan keberkatan
kepada mereka yang sanggup bersusah payah melakukan
usaha hijrah.

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
Orang yang berhijrah itu ialah orang yang meninggalkan apa-
apa yang dilarang oleh Allah ke atasnya.
(HR Bukhari & Muslim)

Allah swt berfirman yang bermakdud:
Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu
kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka
sendiri.
(Ar-R'ad;11)


CARA MUDAH DAN MURAH RAWAT RESDUNG (KLIK)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...