Search This Blog

Thursday, November 24, 2016

PENGENALAN KEPADA DARAH




Darah merupakan satu tisu unik yang mempunyai ciri-ciri tertentu dan merupakan satu medium pengangkut oksigen ke seluruh tubuh, ia juga berfungsi untuk membekalkan tisu dengan zat, menyingkir bahan kuman dan mengandungi sistem imunisasi bertujuan mempertahankan diri dari jangkitan kuman.
Darah manusia berwarna merah, menjadi merah terang apabila di oksigen kepada merah tua apabila tiada oksigen. Warnanya disebabkan oleh kandungan hemoglobin di dalam darah atau dikenali sebagai protein pernafasan, tempat di mana oksigen bergabung.
Darah beredar dalam saluran darah dan dikitarkan oleh jantung. Darah melalui paru-paru untuk dioksigenkan, dan dikitarkan seluruh tubuh oleh salur arteri. Darah mengedarkan oksigen keseluruh badan melalui saluran halus darah yang dipanggil kapillari. Darah kemudian kembali ke jantung melalui vein. Darah juga mengangkut bahan kumuhan metabolik, dadah dan bahan kimia asing kepada hati untuk diuraikan dan kepada buah pinggang untuk disingkirkan sebagai air kencing.
KOMPOSISI DARAH
Darah terdiri daripada beberapa jenis korpuskel (corpuscles), yang membentuk 45% bahagian daripada darah. 55% yang lain adalah plasma darah, cecair kekuningan yang membentuk medium cecair darah.
Korpuskel Terdiri Daripada :
1.      Sel Darah Merah
Sel darah merah atau eritosit (sekitar 99%). S.D.M tidak mempunyai nukleus sel dan organelle, S.D.M mengandungi hemoglobin dan berfungsi untuk mengedarkan oksigen. S.D.M juga bertanggungjawab bagi sistem jenis darah.
·         Terdapat lebi kurang 5 juta jumlah eritosit untuk setiap milimeter padu eritosit (mm3).
·         berbentuk dwicekung dan bersaiz tetap.
·         Berasal daripada tulang sum-sum



2.      Platlet
·         Platlet atau thrombokytes (0.6 - 1.0%), bertanggungjawab untuk pembekuan darah.
  • Terdiri daripada serpihan kecil.
  • Terbentuk daripada sitoplasma sel besar (megakariosit).
  • Berasal daripada sum-sum tulang.
  • Terdapat lebi kurang 2.5 juta jumlah Platlet untuk setiap milimeter padu Platlet (mm3).
3.      Sel Darah Putih
·         Sel darah putih atau leukosit(0.2%), merupakan sebahagian daripada sistem imunisasi; dan bertugas untuk memusnahkan agen jangkitan(sistem pertahanan tubuh).
·         Menpunyai nukleus, tidak mempunyai bentuk yang tetap dan berhemoglobin.
·         Terdapat lebi kurang 8000 jumlah sel darah putih untuk setiap milimeter padu darah putih (mm3).

4.      Plasma Darah
·         Salah satu jirim yang mempunyai zarah bercas bertenaga yang bertindakbalas dengan daya elektromagnet.
·         Sejenis cecair tidak berwarna yang merupakan sebahagian daripada darah yang mengandungi fibrinogen yang membantu dalam pembekuan darah.
·         Turut mengandungi Serum yang mengandungi air, pelbagai jenis protein, glukosa, lipid, garam, vitamin, enzim dan hormon.
·         Juga terdapat immunoglobin (antibodi) yang bertindak balas terhadap sebarang serangan bendasing seperti bakteria dan virus.

Keseluruhannya, plasma dan korpuskel membentuk cecair yang ciri alirannya unik bersesuaian dengan rekabentuk pembuluh darah.


Leukosit (sel darah putih)
Terbahagi kepada 2 jenis iaitu:
1.      Granulosit :-
    sitoplasma bergranul dan mempunyai nukleus bercuping
2.      Agranulosit :-
    sitoplasma tidak bergranul dan mempunyai nukleus yang besar.
Granulosit.                                                                                                                                   
·         Sitoplasma bergranul
·         Nukleus berbentuk cuping.
Angranulosit
·         Sitoplasma tidak bergranul.
·         Nukleus besar.
Fungsi Darah
1.      Sebagai sistem pengangkutan:-
·         Pengangkutan air yang merupakan  pelarut dan bahantara utama untuk tindak balas kimia berlaku.
·         Pengangkutan hasil dari percernaan.
·         Pengangkutan hormon dari kelenjar yang merembeskannya ke organ sasaran.
·         Pengangkutan gas terlarut seperti oksigen dan gas karbon dioksida.
·         Pengangkutan bahan kumuh seperti urea, asid urik dan karbon dioksida.

2.      Sistem Homeostasis:-
·         Mengawal atur haba tubuh dengan mengangkut haba ke kulit dan bahagian-bahagian lain badan untuk dibuang.
·         Plasma darah memelihara keseimbangan tekanan osmosis dalam dan luar sel serta memelihara kestabilan ph.

3.      Sistem Pertahanan:-
·         Terdapat tiga cara dalam sistem pertahanan:
1)      Proses fagositosis iaitu proses penelanan dan pencernaan bakteria atau benda asing oleh sel darah putihseperti neutrofil dan monosit.
2)      Penghasilan antibodi iaitu sel limfosit bertindak melalui beberapa cara iaitu menyelaput bakteria dan memudahkan fagosit menelannya, melarutkan lapisan luar bakteria dan meneutralkan toksin yang dihasilkan oleh bakteria.
3)      Pembekuan Darah :-
       Platlet dan fibrinogen dalam darah akan membeku.

Jenis Kumpulan Darah
·         Darah manusia terdiri daipada 4 jenis iaitu :-
a)      Darah O
b)      Darah A
c)      Darah B
d)     Darah AB
Darah O
·         Merupakan kumpulan darah yang tidak mempunyai sebarang antigen tetapi mempunyai antibodi di dalam darah
·         Darah jenis O ini hanya boleh menderma kepada semua kumpulan darah (A, B,AB dan O) dan hanya boleh menerima darah jenis O sahaja .
Darah A
·         Merupakan kumpulan darah yang mempunyai antigen A dan antibodi B
·         Darah jenis ini boleh menerima darah dari jenis A,AB dan O sahaja
·         Manakala darah jenis A pula hanya boleh menderma kepada kumpulan darah jenis A dan AB sahaja.
Darah AB
·         Darah AB merupakan satu kumpulan darah yang tidak mempunyai antibodi tetapi mempunyai antigen A dan B
·         Kumpulan darah AB hanya boleh menderma kepada kumpulan darah jenis AB sahaja
·         Manakala darah jenis ini pula merupakan penerima universal dimana  darah AB boleh menerima darah dari kumpulan darah yang lain.
Darah B
·         Merupakan kumpulan darah yang mempunyai antigen B dan antibodi A
·         Darah jenis ini boleh menerima kumpulan darah jenis B,AB dan O sahaja
·         Manakala darah dari kumpulan B hanya boleh menderma kepada kumpulan darah jenis B dan AB sahaja.
Sistem Limfa
Bukan darah sahaja yang diedarkan ke seluruh badan, sistem Limfa juga merupakan sistem peredaran. Sistem ini membawa bendalir berair dipanggil cecair Limfa yang memainkan peranan penting dalam sistem Pertahanan badan.
            Sistem Limfa mengumpulkan bendalir tisu yang telah mengalir ke dalam tisu dari kapilari dan membawanya semula ke dalam vena melalui dua duktus di leher. Sistem Limfa terbentuk daripada jalinan kapilari yang mempunyai hujung tertutup, seperti jejari sarung tangan. Kapilari bergabung dengan salur yang lebih besar. Cecair limfa mengalir ke seluruh badan dengan bantuan otot.
            Salur Limfa mempunyai injap didalamnya supaya cecair limfa mengalir dalam satu arah sahaja. Salur limfa mempunyai dinding yang nipis supaya protein dan molekul agak besar yang tidak dapat diserap oleh kapilari darah, akan dapat menembusinya.
            Salur Limfa menembusi nodul berbentuk bujur yang dipanggil kelenjar limfa. Terdapat kira-kira seratus kelenjar limfa di dalam badan. Kebanyakkannya berada di bahagian zakar, ketiak dan leher. Kelenjar limfa menghasilkan sel darah putih (limfosit) dan antibodi yang berfungsi menentang jangkitan daripada merebak ke seluruh badan dengan memerangkap mikrob dan membinasakannya. 

Rujukan:
Bagaimana Darah Kita Beredar”, 1999, Johor, Pelangi Library Sdn Bhd
http://ms.wikipedia.org/wiki/Darah















No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...