Search This Blog

Tuesday, July 1, 2014

CARA BUKA AKAUN SEMASA DI CIMB

Alhamdulillah

Siap juga Akaun Syarikat untuk menjalankan Perniagaan Online

Secara ringkasnya saya menerangkan sebab dan keperluan tentang akaun syarikat.apa-apa kekurangan just komen.insyaallah saya akan membantu anda

Peniaga Online lebih disarankan untuk membuka Akaun Maybank atau CIMB,kerana kebanyakan pelanggan lebih gemar menggunakan 2 akaun ini sebagai transaksi.Jika anda membuka gerai makanan,sekolah swasta atau apa-apa periagaan yang menerima duit cash, bank seperti Ambank, Bank Islam sudah cukup kerana caj buka akaun lebih rendah berbanding Maybank (RM2000) dengan introducer dan CIMB (RM1000) tanpa Introducer,tetapi perlu mengambil produk CIMB seperti Insuran yang akan ditolak pada akaun semasa anda.Akaun saya ditolak Rm100 setiap bulan...huhuhuhu

Adakah Akaun Syarikat Sangat perlu untuk menjalankan perniagaan online??
Jawapan: Ya, Sangat Perlu kerana

1. Jika anda seorang peniaga online separuh masa, akaun semasa boleh dijadikan sebagai backup untuk anda membeli aset seperti rumah,kenderaan dan lain-lain.bayangkan gaji anda hanya rm2000 sebulan sebagai pekerja makan gaji,agak-agak bank nak luluskan jika anda hendak membeli rumah berharga rm500k? walaupun sebenarnya anda mampu membayar bulanan,tanpa bukti ianya mungkin membantutkan usaha anda.

2. PINJAMAN. insyaallah anda akan ditawarkan atau boleh mendapat pinjaman yang agak besar untuk anda meluaskan lagi perniagaan anda.

3. Kalau dah income perniagaan online mencecah transaksi rm1000 sehari dan anda menggunakan akaun simpanan sebagai transaksi ianya akan menyebabkan akaun anda akan dibekukan.mungkin juga anda akan disiasat oleh pihak berkuasa.

Mungkin ada lagi faedah lain yang akan dinikmati jika anda membuat akaun semasa,jika berminat berkongsi just tulis pada ruangan komen ya :)

CARA-CARA MEMBUAT AKAUN SEMASA DI CIMB

Ada beberapa dokumen dan keperluan yang anda akan gunakan untuk membuka Akaun Semasa.

1. KAD PENGENALAN.
-Pastikan cip Kad Pengenalan anda masih elok kerana dikuatiri sistem bank tidak dapat membaca cip anda.Jika rosak sila tukar IC anda sebelum membuka akaun. ini yang berlaku pada saya,jadi untuk mempercepatkan proses IC siap,saya telah membuat IC di UTC Sentul. Sehari je siap.Hari ini datang esok ambil. RM10 caj tukar IC.
-Pastikan anda membawa sekeping photostat IC

2. DOKUMEN DAFTAR SYARIKAT
-Sila bawa yang original dan 2 salinan dokumen Daftar Syarikat SSM ya :)

3. COP BULAT
Cop Bulat yang tertera nama dan no pendaftaran syarikat.Harga lebih kurang RM4.00 sahaja.

4. WANG TUNAI
Sila bawa bersama wang tunai RM1000 yang akan dimasukkan pada akaun syarikat anda selepas siap mengisi borang dan lengkap semua dokumen.

Selepas Seminggu datang semula pada cawangan yang anda buka akaun untuk mengambil buku Cek dan Kad ATM anda serta membuka akaun Online CIMB click :)

    
PANDUAN PERNIAGAAN DI EBAY CARA MAFIA .BAGAIMANA MENGHASILKAN RIBUAN DOLLAR DENGAN MENGGUNAKAN MULTIPLE AKAUN TANPA RISAU 
'DI SUSPEND' OLEH EBAY. SELAIN ITU BANYAK LAGI RAHSIA YG AKAN DIRUNGKAI UNTUK MENJADIKAN EBAY SEBAGAI PLATFORM PERNIAGAAN YANG UNGGUL.
(KLIK GAMBAR DI BAWAH)


http://tinyurl.com/rahsiamafiaebay

          


             


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...